• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Farid Hakimi Pertahan Gelaran CP125 di Jempol

Farid Hakimi Pertahan Gelaran CP125 di Jempol
Hazique Zairill
June 30, 2026

Farid Hakimi mengekalkan rekod cemerlang di Dataran Seri Jempol susulan insiden kemalangan melibatkan pencabar-pencabar utama pada penghujung perlumbaan.

CP125

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Md Farid Hakimi Farid Sezli berjaya mempertahankan gelaran CP125 di Dataran Seri Jempol selepas muncul juara pada Pusingan 3 Kejuaraan Malaysian Cub Prix 2026, sekali gus meraih kemenangan pertamanya musim ini.

Pelumba dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 Racing itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 12 minit 02.685 saat selepas mengharungi saingan sengit yang hanya ditentukan pada pusingan terakhir.

Farid menguasai sebahagian besar perlumbaan, namun menerima tentangan hebat daripada pemenang Shoot Out, Md Khairi Asyraf Mahmood dari IPONE YAMAHA YY Pang Racing Team yang beberapa kali berjaya merapatkan jurang dan mencabar kedudukan pendahulu.

Bagaimanapun, drama berlaku pada pusingan ke-15 apabila Khairi, Md Syamil Amsyar M Iffende dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 Racing dan Md Akif Abdullah dari ZYNERGYS Honda KC Racing Team terlibat dalam kemalangan ketika perebutan kelompok hadapan, sekali gus membuka laluan kepada Farid untuk memastikan kemenangan.

CP125

Md Idlan Haqimi Raduan dari ZYNERGYS Honda KC Racing Team memanfaatkan situasi tersebut untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan 12 minit 03.086 saat, manakala rakan sepasukannya, Md Farish Iqmal Khayrul Elyas, melengkapkan podium selepas melakukan kebangkitan cemerlang dari kelompok belakang.

Perlumbaan bermula dengan insiden awal apabila Adie Putra Sukarno dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR terjatuh sejurus perlumbaan dimulakan. Farid kemudian mengambil alih pendahuluan di hadapan Syamil, Akif, Idlan dan Adib Hareez Hazwat, manakala Khairi hanya berada di kedudukan keenam.

Memasuki pusingan ketiga, Khairi mula menunjukkan kelajuan sebenar apabila mencatat masa terpantas 47.863 saat sebelum memintas beberapa pelumba untuk menghampiri kelompok hadapan. Menjelang pusingan kelapan, beliau sudah berada di tempat kedua dan terus memberikan tekanan kepada Farid.

CP125

Aksi semakin mendebarkan pada tiga pusingan terakhir apabila Khairi beberapa kali cuba memintas Farid. Beliau berjaya mengambil alih pendahuluan pada pusingan ke-13, namun Farid segera merampas semula kedudukan itu pada pusingan berikutnya.

Ketika perebutan kemenangan memasuki kemuncaknya, kemalangan yang membabitkan Khairi, Syamil dan Akif di selekoh ketiga mengubah keseluruhan keputusan perlumbaan. Farid kekal tenang untuk melintasi garisan penamat sebagai juara.

Farid berkata strategi utamanya adalah mendapatkan pendahuluan sebaik sahaja perlumbaan bermula kerana menjangkakan Khairi akan memberikan cabaran hebat.

“Saya sentiasa memerhati papan kedudukan untuk melihat jurang dengan pelumba di belakang. Pada awalnya saya nampak Syamil mengejar, tetapi beberapa pusingan terakhir saya sedar Khairi semakin menghampiri dan saya sudah bersedia menghadapi serangannya.”

“Kami berdua berentap habis-habisan hingga ke penghujung perlumbaan. Saya tahu Khairi seorang pelumba yang berpengalaman, tetapi saya juga yakin dengan kemampuan sendiri di litar ini. Alhamdulillah, kemenangan akhirnya menjadi milik saya.”

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan. Semua mekanik dan kru bekerja keras sepanjang minggu untuk memastikan jentera berada pada tahap terbaik. Kemenangan ini adalah hasil usaha seluruh pasukan,” katanya.

CP125

Keputusan Lima Terbaik CP125 – Pusingan 3

  1. Md Farid Hakimi Farid Sezli (PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 Racing) – 12’02.685s
  2. Md Idlan Haqimi Raduan (ZYNERGYS Honda KC Racing Team) – 12’03.086s
  3. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas (ZYNERGYS Honda KC Racing Team) – 12’04.586s
  4. Adib Hareez Hazwat (TAB Sports SCK Honda Racing) – 12’07.668s
  5. Raiyan Khardanee M. Sanusi (IPONE Yamaha YY Pang Racing Team) – 12’09.377s

Related Items2026baruberitaCp125cubprixFarid HakimiJempolMalaysian Cub PrixPetronas Sprinta RacingUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 30, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaCp125cubprixFarid HakimiJempolMalaysian Cub PrixPetronas Sprinta RacingUtama

More in Berita

Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road

Amzar HazeeqOctober 16, 2026
Read More

Jualan Clearance Stock di Seluruh Showroom iMotorbike!

Hazique ZairillOctober 15, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor

Amzar HazeeqOctober 15, 2026
Read More

Apa Yang Insurans Motor Tak Cover? Ramai Rider Tak Tahu

Amzar HazeeqOctober 15, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Rider Wanita

Amzar HazeeqOctober 13, 2026
Read More

Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?

Hazique ZairillOctober 13, 2026
Read More

Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Orang Pendek: Lebih Yakin, Lebih Mudah Dikendalikan
    BeritaSeptember 23, 2026
  • iMotorbike Malaysia Day Clearance Tawar Harga Jackpot
    BeritaSeptember 21, 2026
  • 6 Motor Bulanan RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 24, 2026
  • ZXMoto 500RR vs Kawasaki Ninja ZX-4RR: Pendatang Baharu atau Jenama Ternama?
    BeritaSeptember 17, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Jualan Clearance Stock di Seluruh Showroom iMotorbike!
    BeritaOctober 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Apa Yang Insurans Motor Tak Cover? Ramai Rider Tak Tahu
    BeritaOctober 15, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Farres Putra Raih Kemenangan Sulung CP150 di Cub Prix Jempol
Review Aveta Vanguard 250 SE: Dilengkapi Dengan Ciri-ciri Pengembaraan