• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Kini Enam Terbaik Dunia Selepas Cemerlang di GP Belanda

Hakim Danish Kini Enam Terbaik Dunia Selepas Cemerlang di GP Belanda
Amzar Hazeeq
June 30, 2026

Pelumba muda negara bangkit dari petak ke-16 untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan melonjak ke tangga keenam keseluruhan Kejuaraan Dunia Moto3.

Hakim Danish GP Belanda

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba muda Malaysia, Hakim Danish Ramli, terus mengharumkan nama negara apabila berjaya melonjak ke kelompok enam pelumba terbaik dunia dalam Kejuaraan Dunia Moto3 selepas mempamerkan aksi luar biasa di Grand Prix (GP) Belanda yang berlangsung di Litar TT Assen.

Bermula dari petak ke-16, Hakim Danish mempamerkan tunggangan penuh berani dan konsisten apabila berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh, selepas dinaikkan daripada tempat ke-10 susulan beberapa pelumba di hadapan dikenakan penalti. Keputusan itu membolehkan beliau membawa pulang sembilan mata berharga untuk kempen kejuaraan musim ini.

Hakim Danish GP Belanda

Kebangkitan mengagumkan dari petak ke-16

Hakim Danish memulakan perlumbaan dengan cemerlang apabila melonjak ke tangga kelapan seawal pusingan kedua sebelum terus memperbaiki kedudukan sehingga berada di tempat kedua pada pusingan ketujuh.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu kemudian bersaing sengit bersama kelompok pendahulu, termasuk pelumba Sepanyol David Almansa dan Maximo Quiles, dengan beberapa kali bertukar kedudukan sepanjang perlumbaan.

Hakim Danish sekali lagi kembali ke tangga kedua pada pusingan ke-11 dan kekal dalam perebutan podium sehingga lima pusingan terakhir. Bagaimanapun, masalah cengkaman tayar belakang menjejaskan rentaknya, sekali gus menyukarkan usaha untuk mempertahankan kedudukan daripada serangan pelumba lain.

Hakim Danish GP Belanda

Lonjak ke tangga keenam keseluruhan Moto3

Keputusan di Assen menyaksikan Hakim Danish kini mengumpul 82 mata, sekali gus melonjak ke kedudukan keenam keseluruhan Kejuaraan Dunia Moto3 dan berkongsi mata dengan pelumba Indonesia, Veda Pratama.

Dalam saingan Rookie of the Year, Hakim Danish turut mengukuhkan kedudukannya di tangga kedua dengan jumlah mata yang sama, hanya 20 mata di belakang pendahulu, Brian Uriarte dari Sepanyol.

Perlumbaan GP Belanda dimenangi oleh Maximo Quiles daripada pasukan CFMOTO Gaviota Aspar Team, diikuti David Almansa di tempat kedua, manakala Marco Morelli melengkapkan kedudukan podium.

Hakim Danish GP Belanda

Hakim Danish: Banyak pengajaran untuk dibawa ke Sachsenring

Mengulas mengenai perlumbaan tersebut, Hakim Danish mengakui beliau berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan walaupun berdepan cabaran besar pada penghujung perlumbaan.

“Saya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh hari ini. Perlumbaan kali ini memang sangat mencabar kerana saya perlu memberikan tekanan maksimum pada setiap pusingan.

“Saya melakukan permulaan yang baik dan berjaya memotong seorang demi seorang pelumba untuk berada dalam kelompok hadapan. Saya cuba mengejar Maximo Quiles dan David Almansa, tetapi rentak mereka lebih pantas.

“Dalam lima pusingan terakhir, saya mula mengalami masalah dengan tayar belakang. Saya cuba mempertahankan kedudukan dan terus bersaing untuk merebut podium, namun tidak berjaya.”

Beliau berkata pengalaman di Assen akan dijadikan pengajaran bagi memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi perlumbaan seterusnya.

“Saya akan jadikan perlumbaan ini sebagai pengalaman untuk terus belajar dan memperbaiki kelemahan. Secara keseluruhannya saya gembira dengan prestasi hari ini dan tidak sabar untuk berlumba di Sachsenring.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja, khususnya AEON Credit Service Malaysia, pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi, keluarga serta semua penyokong yang sentiasa memberi kepercayaan kepada saya. Saya akan terus bekerja keras untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.”

Zulfahmi Khairuddin bangga dengan perkembangan Hakim Danish

Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, menyifatkan pencapaian Hakim Danish di Assen sebagai sesuatu yang membanggakan, terutama selepas berjaya bangkit daripada petak ke-16 untuk bersaing bersama kelompok hadapan.

Menurut beliau, prestasi tersebut membuktikan peningkatan ketara yang ditunjukkan pelumba muda negara itu sepanjang musim.

“Perlumbaan di Assen memang sesuatu yang membanggakan. Bermula dari petak ke-16 dan mampu bersaing bersama kelompok hadapan bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi di litar teknikal seperti Assen.

“Kini Danish berada di kedudukan keenam keseluruhan kejuaraan, satu pencapaian yang sangat baik dan sejujurnya saya sendiri tidak menjangkakan dia mampu berada pada tahap ini.”

Beliau berharap Hakim Danish dapat terus mengekalkan prestasi, kekal bebas daripada kecederaan dan terus belajar daripada setiap perlumbaan, sambil yakin pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi akan terus memberikan jentera terbaik sepanjang musim.

Fokus kini beralih ke GP Jerman

Selepas keputusan memberangsangkan di Assen, Hakim Danish kini akan mengalihkan tumpuan kepada Grand Prix Jerman di Litar Sachsenring, yang dijadual berlangsung pada 12 Julai, dengan misi meneruskan momentum positif dan mengukuhkan kedudukannya dalam Kejuaraan Dunia Moto3.

Related Items2026baruberitahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 30, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitahakim danishIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama

More in Berita

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Top 5 Motor Untuk Student Pada Tahun 2026
Farres Putra Raih Kemenangan Sulung CP150 di Cub Prix Jempol