• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Cara Membonceng Motosikal Dengan Selamat

Cara Membonceng Motosikal Dengan Selamat
Amzar Hazeeq
January 19, 2026

Panduan penting untuk pembonceng supaya perjalanan lebih selesa dan bebas risiko.

cara membonceng motosikal dengan selamat

Subscribe to our Instagram Channel for instant news & updates!

Membonceng motosikal mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya keselamatan pembonceng sama penting seperti penunggang. Ramai kemalangan motosikal berlaku bukan kerana laju, tetapi kerana pembonceng tidak tahu posisi, pergerakan dan tingkah laku yang betul semasa di atas motor. Dengan beberapa langkah mudah, risiko boleh dikurangkan dengan banyak.

Artikel ini akan menerangkan bagaimana membonceng motosikal dengan selamat, sama ada untuk perjalanan dekat, jauh atau harian.

1. Pakai Kelengkapan Keselamatan Yang Lengkap

Walaupun anda hanya membonceng, helmet adalah wajib. Gunakan helmet yang bersaiz betul dan diikat dengan kemas. Selain itu, pakai pakaian berlengan panjang, seluar panjang dan kasut bertutup untuk melindungi badan sekiranya berlaku kecemasan.

Ramai pembonceng memandang remeh perkara ini, sedangkan kecederaan serius selalunya berlaku kepada pembonceng yang tidak memakai perlindungan mencukupi.

cara membonceng motosikal dengan selamat

2. Naik dan Turun Motosikal Dengan Betul

Sebelum naik, pastikan motosikal berhenti sepenuhnya dan stabil. Kebiasannya naik dari sebelah kiri dan jangan melompat atau tergesa-gesa. Elakkan naik atau turun ketika penunggang belum bersedia kerana ini boleh menyebabkan motor hilang keseimbangan. Komunikasi ringkas seperti “ok” atau isyarat kecil sangat membantu untuk elakkan salah faham.

3. Duduk Dalam Posisi Yang Stabil dan Selesa

Posisi duduk pembonceng sangat mempengaruhi kestabilan motosikal. Duduk tegak, rapat dengan penunggang dan pastikan kedua-dua kaki berada di atas footpeg sepanjang perjalanan.

Elakkan duduk terlalu ke belakang atau terlalu tegang kerana ini boleh menyukarkan penunggang utnuk mengawal motosikal, terutamanya semasa membrek atau mengambil selekoh.

cara membonceng motosikal dengan selamat

4. Pegang Dengan Cara Yang Selamat

Pembonceng boleh memegang pinggang penunggang atau pemegang khas di belakang jika ada. Yang penting, pegangan mestilah stabil, tidak terlalu longgar dan tidak juga terlalu kuat hingga menyukarkan pergerakan penunggang.

Semasa membrek, pegang dengan lebih kemas untuk mengelakkan badan menggelongsor ke hadapan secara tiba-tiba.

5. Ikut Pergerakan Penunggang Semasa Selekoh

Ini antara kesalahan paling biasa pembonceng. Semasa mengambil selekoh, ikut lean angle motosikal dan jangan melawan pergerakan penunggang. Jika pembonceng condong bertentangan, motosikal boleh jadi tidak stabil dan berbahaya. Tenangkan badan dan biarkan motosikal bergerak secara semula jadi.

cara membonceng motosikal dengan selamat

6. Elakkan Pergerakan Mengejut

Pergerakan secara tiba-tiba seperti mengubah posisi, menoleh secara agresif atau bermain telefon boleh mengganggu imbangan motosikal. Jika perlu bergerak, lakukan dengan perlahan dan maklumkan penunggang terlebih dahulu. Ingat, motosikal jauh lebih sensitif terhadap pergerakan berbanding kereta.

7. Fahami Had Pembonceng dan Motosikal

Tidak semua motosikal sesuai untuk membawa pembonceng dalam jarak jauh atau kelajuan tinggi. Jika motosikal kecil atau suspensi lembut, pembonceng perlu lebih berhati-hati dan memahami had keselesaan serta keselamatan. Jika rasa tidak selesa atau takut, beritahu penunggang. Keselamatan lebih penting daripada ego.

cara membonceng motosikal dengan selamat

Kesimpulan

Membonceng motosikal dengan selamat bukan hanya tanggungjawab penunggang, tetapi juga pembonceng. Dengan posisi yang betul, pergerakan terkawal dan kelengkapan keselamatan lengkap, perjalanan akan jadi lebih selamat dan menyeronokkan untuk kedua-dua pihak.

Sedikit kesedaran boleh memberi perbezaan besar antara perjalanan selamat dan kemalangan yang boleh dielakkan.

Related Items2026baruberitaGaya HiduppillionUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
January 19, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HiduppillionUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Panduan Lengkap Ambil Lesen Motosikal di Malaysia
Top 5 Motor Kapcai 2026 di Malaysia