• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Top 5 Motor Kapcai 2026 di Malaysia

Top 5 Motor Kapcai 2026 di Malaysia
Hazique Zairill
January 19, 2026

Tak kira baru atau lama, ini motor kapcai yang masih relevan dan best untuk ride daily di Malaysia pada tahun 2026. 

5 Motor Kapcai 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Perasan tak, walaupun sekarang dah tahun 2026 dan macam-macam jenis skuter elektrik atau motor besar keluar, kapcai tetap jadi “king” kat jalan raya Malaysia? Tak pelik pun, sebab kapcai ni memang dah sebati dengan jiwa kita. Nak buat pergi kerja boleh, nak hantar barang boleh, nak bawak pergi surau atau mamak pun senang. Paling penting, kapcai ni senang nak jaga, ringan, dan minyak pun jimat.   

Kalau you guys tengah cari motor yang “tahan lasak” dan tak pening kepala nak jaga, jom kita tengok Top 5 Motor Kapcai 2026 di Malaysia yang masih hot dan paling relevan tahun ni. 

5 Motor Kapcai 2026

1. Yamaha Y16ZR (King Jalan Town)

Siapa tak kenal Y16? Sampai sekarang, motor ni masih jadi idaman ramai anak muda (dan yang berjiwa muda). Abang kepada Y-Suku (Y15ZR), motor ni guna enjin 155cc VVA dia memang tak mengecewakan kalau korang jenis suka highway. Dari segi rupa pula, memang sporty habis, ala motor race kecil. Sebab tu ramai rider muda jatuh hati dengan model ni.

Kenapa best: Ada Assist & Slipper Clutch, so bila korang tukar gear tu rasa lembut je, tak adalah keras semacam. 

Kenapa Relevan 2026:  Rekaan dia tetap nampak sharp dan moden. Kalau bawak pergi kerja, memang nampak bergaya sikit lah atas jalan dan dekat parking tu.

5 Motor Kapcai 2026

2. Honda Dash 125 (Keseimbangan Sempurna)

Honda Dash ni ibarat kawan yang korang boleh harap bila-bila masa. Tak terlalu laju macam 150cc, tapi tak adalah lembab sangat. Enjin 125cc PGM-FI dia memang terkenal dengan gelaran “enjin tak reti rosak”.

Kenapa best: Brek depan belakang dah pakai disk, so kalau korang kena “emergency brake” sebab kereta depan masuk simpang tak bagi signal, korang lebih selamat.

Kenapa Relevan 2026:  Alat ganti (spare parts) bersepah kat kedai. Kalau rosak tengah jalan pun, semua pomen tahu baiki motor ni. Kos alat ganti yang murah dan senang cari dekat mana-mana bengkel, menjadikan ia pelaburan yang sangat berbaloi untuk jangka masa panjang.

5 Motor Kapcai 2026

3. SYM VF3i 185 (Paling Power dekat Highway)

Kalau korang jenis hari-hari kena ride jauh atau selalu balik kampung pakai motor, SYM VF3i ni jawapannya. Kapasiti 183cc dia ni memang paling besar dalam dunia kapcai kat Malaysia.

Kenapa best: Tangki minyak sebesar 7 liter, antara yang terbesar untuk kategori kapcai, mengurangkan kekerapan berhenti di stesen minyak.

Kenapa Relevan 2026: Untuk tahun 2026, VF3i masih relevan, terutama untuk mereka yang nak kapcai rasa “besar” tapi harga masih masuk akal. Laju pun laju tau! 

5 Motor Kapcai 2026

4. Honda Wave Alpha (Wira Ekonomi)

Tiada senarai kapcai yang lengkap tanpa nama Wave Alpha. Motor ni boleh kita panggil legend kapcai Malaysia. Dari dulu sampai sekarang, model ni memang terkenal dengan sifat tahan lasak dan jimat minyak.

Ia adalah definisi sebenar motosikal mampu milik. Model 2026 ini terus diperkasakan dengan sistem suntikan bahan api (FI) yang memenuhi piawaian Euro 4. Sebab tu Wave Alpha selalu jadi pilihan rider luar bandar, penghantar makanan, dan sesiapa yang nak motor paling praktikal. Design dia mungkin asas, tapi untuk kegunaan harian, susah nak cari motor yang boleh lawan dari segi reliability.

Kenapa best: Minyak dia jimat sampai tahap korang rasa macam motor ni tak pakai petrol pun. Sangat sesuai untuk korang yang buat kerja penghantaran (delivery) seharian.

Kenapa Relevan 2026: Dalam ekonomi sekarang, Wave Alpha adalah penyelamat dompet. Walaupun simple, tapi Wave Alpha ni senang nak jual balik. Harga second hand dia sentiasa ada peminat.

5 Motor Kapcai 2026

5. Yamaha LC135 Fi V8 (Legenda Yang Berevolusi)

Tak lengkap list kalau tak ada LC135. Sampai versi V8 sekarang, motor ni tetap ada peminat tegar. Walaupun dia auto-clutch (tak ada klac tangan), tapi pikap dia memang boleh pergi laju.

LC135 juga senang untuk modify dan tambah aksesori dan nilai pasaran second hand dia masih tinggi. Untuk rider yang nak kapcai dengan karakter tersendiri dan bukan sekadar “point A ke point B”, LC135 Fi V8 masih relevan sampai hari ni.

Kenapa best: Saiz dia kompak dan slim. Kalau jalan jem teruk kat KL tu, LC135 ni memang juara selit.

Status 2026: LC135 ni dah jadi macam satu budaya kat Malaysia. Pakai 10 tahun pun orang masih cari lagi, sebab tu harga dia tetap “keras” kat pasaran motor terpakai.

Kesimpulan

Tak kisah la korang nak beli baru atau cari yang second-hand dekat iMotorbike, 5 motor ni memang pilihan yang paling selamat dan pilihan bijak untuk tahun 2026. Penjagaan senang, poket pun tak bocor! So, korang tengah aim motor yang mana satu tu? Visit je iMotorbike.com! 

@imotorbike.my

Top 5 Kapcai Best 2026👇 1.Yamaha Y16ZR 2.Honda Dash 125 3.SYM VF3i 4.Honda Wave Alpha 5.Yamaha 135LC Fi Berminat? Kunjungi showroom kami atau layari laman web sekarang.

♬ original sound – imotorbike.my – imotorbike.my

Related Items2026baruberitaHondaLc135malaysiasymUtamaVF3iyamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
January 19, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaHondaLc135malaysiasymUtamaVF3iyamaha

More in Berita

Izan Guevara Sertai MotoGP Prima Pramac Yamaha Untuk Musim 2027

Amzar HazeeqAugust 28, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Terakhir Ogos 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillAugust 28, 2026
Read More

Cara Pilih Helmet Yang Sesuai Dengan Bentuk Kepala

Amzar HazeeqAugust 28, 2026
Read More

Yamaha YZF-R2 Dilancarkan di India

Hazique ZairillAugust 28, 2026
Read More

Cara Menjaga Motosikal Anda: 5 Tips Penting Setiap Rider Kena Tahu

Amzar HazeeqAugust 28, 2026
Read More

Litar Sepang Ditutup Sementara Untuk Naik Taraf

Amzar HazeeqAugust 26, 2026
Read More

Top 5 Motor untuk Female Rider yang Rendah dan Pendek

Hazique ZairillAugust 26, 2026
Read More

83 Pelumba Dari 17 Negara Buru Gelaran Kejuaraan Moto4 Asia 2027 

Hazique ZairillAugust 26, 2026
Read More

RCB Day 2026 Himpun Lebih 2,500 Pengunjung

Hazique ZairillAugust 26, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Merdeka Promo dengan Diskaun Sehingga RM690

Hazique ZairillAugust 24, 2026
Read More

Apa Itu NCD Insurans? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqAugust 24, 2026
Read More

Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 Kini Rasmi di Malaysia

Hazique ZairillAugust 24, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MForce Sekali Lagi Panggil Balik QJMotor AX200S
    BeritaAugust 18, 2026
  • 5 Perkara yang Perlu Diperiksa Sebelum Menunggang Motosikal 
    BeritaAugust 10, 2026
  • Top 5 Motor Pilihan Bulan Ogos di iMotorbike
    BeritaAugust 6, 2026
  • iMotorbike Merdeka Ride Kembali Ogos Ini dengan Perjalanan yang Lebih Besar dan Tujuan yang Lebih Bermakna
    BeritaAugust 4, 2026
  • RXZ Members 8.0 Pecah Rekod 200,000 Peserta
    BeritaAugust 3, 2026
  • Izan Guevara Sertai MotoGP Prima Pramac Yamaha Untuk Musim 2027
    BeritaAugust 28, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Terakhir Ogos 2026 di iMotorbike
    BeritaAugust 28, 2026
  • Cara Pilih Helmet Yang Sesuai Dengan Bentuk Kepala
    BeritaAugust 28, 2026
  • Yamaha YZF-R2 Dilancarkan di India
    BeritaAugust 28, 2026
  • Cara Menjaga Motosikal Anda: 5 Tips Penting Setiap Rider Kena Tahu
    BeritaAugust 28, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Cara Membonceng Motosikal Dengan Selamat
Sesi Pemilihan MotoMini Malaysia 2026 Berlangsung Meriah di Beranang
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat