• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Panduan Lengkap Ambil Lesen Motosikal di Malaysia

Panduan Lengkap Ambil Lesen Motosikal di Malaysia
Amzar Hazeeq
January 19, 2026

Inilah langkah demi langkah untuk dapatkan lesen motosikal dengan selamat dan sah.

cara ambil lesen motosikal di Malaysia

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Ambil lesen motosikal di Malaysia boleh nampak rumit bagi yang pertama kali, tapi sebenarnya ia lebih mudah jika tahu proses dan persediaan yang betul. Artikel ini akan menerangkan semua langkah dari Ujian Komputer sehingga dapat lesen penuh, termasuk tips untuk lulus ujian.

1. Fahami Jenis Lesen Motosikal

Di Malaysia, lesen motosikal dibahagikan kepada jenis dan ia bergantung kepada kapasiti enjin:

  • B2 – Untuk motosikal berkapasiti tidak lebih 250cc.
  • B – Untuk semua jenis motosikal.

Pemilihan lesen bergantung kepada kapasiti motosikal yang anda ingin tunggang. JIka anda ingin mula untuk membawa motosikal, disarankan untuk mengambil lesen B2 terlebih dahulu.

Tiada masalah untuk mengambil lesen B full dan tak ambil lesen B2, tetapi tidak sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai pengalaman membawa motosikal langsung.

2. Daftar di Sekolah Memandu

Langkah pertama adalah untuk mendaftar di sekolah memandu yang berdaftar dengan JPJ. Dokumen yang biasanya diperlukan adalah:

  • Kad pengenalan (IC) atau passport bagi warga asing.
  • Gambar ukuran passport.
  • Bayaran yuran kursus (bergantung kepada sekolah).

Pilih sekolah yang berdekatan dengan anda dan mempunyai reputasi baik, kerana pengalaman belajar yang selesa meningkatkan peluang anda untuk lulus ujian.

cara ambil lesen motosikal di Malaysia

3. Kursus Teori dan Latihan Asas

Setelah daftar, anda akan melalui:

a. Kursus Teori

  • Memahami undang-undang jalan raya, tanda-tanda lalu lintas, dan keselamatan motosikal.
  • Biasanya kelas ini diadakan untuk 1 satu hari sahaja dan berlangsung selama 8 jam.

b. Ujian Komputer (KPP01)

  • Menilai pengetahuan asas undang-undang jalan raya dan keupayaan untuk berada di atas jalan raya.
  • Harus mendapatkan 42 markah dan keatas untuk lulus.
  • Jika anda lulus, anda akan mendapatkan Learner Driving License atau lebih dikenali sebagai Lesen L (LDL).

Latihan ini sangat penting kerana ujian ini memnentukan sama ada anda mempunyai keupayaan mental dan fizikal untuk membawa kenderaan di atas jalan raya.

c. Latihan Praktikal (KPP02 & KPP03)

  • Belajar untuk membuat pemeriksaan terhadap motosikal sebelum mula berkendara
  • Belajar kawalan motosikal di kawasan latihan tertutup.
  • Termasuk kemahiran asas seperti membrek, menunggang lurus, selekoh, zig-zag, dan U-turn.

Latihan ini sangat penting kerana ujian praktikal bergantung kepada penguasaan asas motosikal dan senario-senario yang dihadapi bila berada di atas jalan raya.

4. Ambil Ujian JPJ

Ujian JPJ terbahagi kepada dua bahagian utama:

a. Ujian RPK dan RSM

  • Ujian Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) memerlukan anda untuk memeriksa motosikal untuk memastikan motosikal berada dalam keadaan yang selamat untuk ditunggangi.
  • Ujian Rutin Sebelum Memandu (RSM) memerlukan kita untuk memastikan kita telah menyediakan diri untuk menunggang seperti memastikan cermin sisi telah dilaras, memeriksa lampu menyala, memastikan topi keledar sudah ketat, dan lain-lain lagi.  

b. Ujian Praktikal

  • Diadakan di litar latihan JPJ.
  • Penilaian termasuk kawalan motosikal, keseimbangan, penggunaan gear, dan keselamatan semasa menunggang.

Tips: Fokus semasa latihan, jangan tergesa-gesa, dan fahami setiap langkah ujian.

5. Tamatkan Kursus dan Dapatkan Lesen Sementara (PDL)

Jika lulus ujian, anda akan diberikan Provisional Driving License atau lebih dikenali sebagai lesen P (PDL) :

  • Tempoh biasanya 2 tahun.
  • Beberapa peraturan ketat dikenakan sepanjang tempoh lesen ini berjalan.
  • Perlu memaparkan stiker P pada motosikal.

Dalam tempoh ini, pengalaman menunggang sangat penting untuk meningkatkan kemahiran sebelum ambil lesen penuh.

cara ambil lesen motosikal di Malaysia

6. Dapatkan Lesen Penuh (CDL)

Selepas tempoh latihan dan jika tiada rekod pelanggaran peraturan, anda boleh memohon lesen penuh:

  • Tidak perlu memaparkan stiker P pada motosikal.
  • Memberi kebebasan penuh untuk menunggang motosikal di seluruh Malaysia.

Pastikan semua dokumen lengkap dan bayaran diperbaharui untuk mengelakkan sebarang masalah.

7. Tips Berguna Semasa Proses Mengambil Lesen

  • Pilih motosikal latihan yang sesuai untuk belajar.
    Sentiasa pakai helmet dan kelengkapan keselamatan semasa latihan.
  • Belajar dengan konsisten. Lebih baik untuk praktis setiap hari daripada praktis yang tidak konsisten.
  • Jangan takut untuk bertanya kepada guur sekolah memandu jika ada perkara yang tidak difahami.

Kesimpulan

Ambil lesen motosikal di Malaysia tidak sesukar yang disangka jika anda ikut langkah yang betul. Dari mendaftar di sekolah memandu, mengikuti kursus teori dan latihan praktikal, hingga ujian JPJ dan akhirnya dapatkan lesen penuh, setiap langkah adalah peluang untuk belajar menjadi penunggang yang selamat dan bertanggungjawab.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai Motorlesen motosikalmalaysiaPanduan LengkapSEOUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
January 19, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai Motorlesen motosikalmalaysiaPanduan LengkapSEOUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Kelajuan vs Kawalan: Apa Yang Sebenarnya Membuatkan Seorang Rider Itu Hebat?
Cara Membonceng Motosikal Dengan Selamat