• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika
Amzar Hazeeq
October 8, 2026

Qayyim Razin dan Muhammad Naqib Rifqi tekad kembali memburu kelompok hadapan serta mengutip mata penting dalam Pusingan 4 Idemitsu Moto4 Asia Cup di Indonesia.

Moto4 Mandalika

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Selepas mengharungi hujung minggu yang penuh cabaran di Motegi, Jepun, dua pelumba muda negara kini mengalihkan fokus sepenuhnya kepada Pusingan Keempat Kejuaraan Idemitsu Moto4 Asia Cup yang berlangsung di Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika dari 9 hingga 11 Oktober.

Qayyim Razin Razali dan Muhammad Naqib Rifqi tiba di Lombok dengan semangat baharu untuk kembali bersaing dalam kelompok hadapan serta memburu kutipan mata penting dalam usaha memperbaiki kedudukan mereka dalam kejuaraan.

Bagi pusingan kali ini, pasukan negara masih turun tanpa khidmat Qabil Irfan Azlan yang sedang menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan kaki. Qabil dijangka kembali beraksi pada Pusingan 5 yang akan berlangsung sempena Grand Prix Malaysia di Sepang pada penghujung bulan ini.

Mandalika Uji Ketahanan Fizikal dan Mental Pelumba

Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika sepanjang 4.3 kilometer mempunyai 17 selekoh, terdiri daripada enam selekoh kiri dan 11 selekoh kanan. Karakter litar yang teknikal, digabungkan dengan zon brek berkelajuan tinggi serta cuaca panas di Lombok, menjadikan ia antara cabaran terbesar dalam kalendar Moto4 Asia Cup.

Keadaan ini menuntut pelumba memiliki tahap kecergasan fizikal yang tinggi selain keupayaan mendapatkan tetapan jentera terbaik dalam tempoh yang singkat sepanjang sesi latihan.

Qayyim Mahu Bangkit Selepas Kekecewaan di Motegi

Bagi Qayyim, pusingan di Mandalika menjadi peluang terbaik untuk menebus kekecewaan selepas kemalangan ketika sesi kelayakan di Motegi serta masalah teknikal yang menjejaskan aksinya dalam Perlumbaan 2.

Pemenang berganda di pusingan pembukaan Sepang itu kini meletakkan fokus utama terhadap persediaan fizikal bagi memastikan beliau mampu menghadapi cuaca panas dan cabaran teknikal litar Mandalika.

“Perasaan saya sangat gembira dan teruja menjelang pusingan Mandalika bagi saingan Moto4 Asia Cup ini. Keputusan saya di Jepun sebelum ini agak kurang memuaskan, jadi saya perlu bangkit pada pusingan di Mandalika ini.

“Saya perlu kekal fokus, kekal bersemangat, dan akan cuba memberikan aksi terbaik. Dari segi persiapan, saya terus mengekalkan tahap kecergasan secara konsisten termasuk menjalani latihan larian setiap hari menjelang pusingan di Mandalika nanti.”

Naqib Bawa Momentum Positif ke Mandalika

Sementara itu, Muhammad Naqib Rifqi hadir dengan keyakinan lebih tinggi selepas menamatkan Perlumbaan 2 di Motegi di kedudukan kesembilan untuk membawa pulang tujuh mata buat Malaysia.

Keputusan tersebut memberi suntikan semangat kepada Naqib yang kini menyasarkan peningkatan prestasi serta podium pertamanya dalam saingan Moto4 Asia Cup.

“Menjelang saingan Moto4 Asia Cup di Mandalika hujung minggu ini, saya berasa sangat teruja dan bersedia sepenuhnya.

“Pada perlumbaan di Jepun minggu lalu, saya berjaya mempelajari cara mengawal engine brake dengan baik dan ia terbukti amat berkesan apabila saya mampu bersaing dalam kelompok hadapan.

“Untuk pusingan minggu ini, fokus saya adalah cuba menyesuaikan diri serta memahami karakter litar dengan jentera ini secepat mungkin. Saya berharap dapat mempamerkan aksi terbaik dan menyasarkan kedudukan podium di Mandalika.”

Pengalaman di Motegi Jadi Bekalan Penting

Pasukan ZK Racing percaya pengalaman yang diperoleh di Motegi mampu menjadi bekalan berharga menjelang aksi di Mandalika.

Fokus utama pasukan adalah memastikan kedua-dua pelumba dapat membina rentak sejak sesi latihan pertama, mendapatkan tetapan jentera yang optimum serta mengekalkan konsistensi sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, yakin kedua-dua pelumba mampu memberi saingan sekiranya berjaya mengawal tekanan dan mengekalkan disiplin sepanjang perlumbaan.

“Pusingan di Motegi telah memberi banyak pengajaran berguna kepada pelumba kita mengenai aspek ketahanan mental dan keupayaan mengatasi tekanan. Di Mandalika, keutamaan kami adalah memastikan kedua-dua pelumba pantas mencari rentak sejak sesi latihan pertama lagi.

“Perlumbaan Moto4 sentiasa sengit dan kita harap dua pelumba negara mengutip sebanyak mungkin pengalaman terutama menempatkan diri dalam barisan kelompok hadapan. Kami percaya jika pelumba kekal berdisiplin dan fokus terhadap perlumbaan, peluang untuk kita mencabar kelompok podium amat cerah.”

Misi Kembali Bersaing di Kelompok Hadapan

Dengan saingan kejuaraan yang semakin sengit, Pusingan 4 di Mandalika menjadi medan penting buat Qayyim Razin Razali dan Muhammad Naqib Rifqi untuk mengembalikan momentum positif musim ini.

Sekiranya kedua-dua pelumba berjaya memanfaatkan sesi latihan serta kelayakan dengan baik, peluang untuk kembali bersaing dalam kelompok hadapan dan membawa pulang keputusan memberangsangkan buat Malaysia dilihat cukup cerah.

Related Items2026IndustryKedai MotorLokalmalaysiamoto4newnewsUtamazk racing
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 8, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026IndustryKedai MotorLokalmalaysiamoto4newnewsUtamazk racing

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 
Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia