• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
Amzar Hazeeq
October 6, 2026

Baru beli atau jual motosikal terpakai? Ketahui langkah-langkah pertukaran hak milik motosikal supaya proses berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Cara Tukar Nama Motor

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Membeli motosikal terpakai merupakan pilihan popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana harganya lebih berpatutan berbanding membeli motosikal baharu. Namun, selepas urusan jual beli selesai, masih ada satu langkah penting yang tak boleh diabaikan, iaitu pertukaran hak milik atau tukar nama motosikal.

Ramai yang anggap proses ini rumit dan mengambil masa yang lama. Sebenarnya, jika semua dokumen disediakan lebih awal dan kedua-dua pihak memahami prosedur yang ditetapkan, proses pertukaran nama boleh diselesaikan dengan mudah. Jadi, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menukar nama motosikal di Malaysia?

1. Pastikan Motosikal Tak Mempunyai Sekatan

Sebelum memulakan proses pertukaran hak milik, pastikan motosikal tersebut tak mempunyai sebarang sekatan seperti pinjaman yang masih aktif, saman yang belum dijelaskan atau status yang menghalang proses pertukaran nama.

Sekiranya motosikal masih berada di bawah pembiayaan bank, owner perlu menyelesaikan pinjaman atau mendapatkan pelepasan daripada pihak institusi kewangan terlebih dahulu sebelum proses pertukaran hak milik boleh diteruskan. Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang masalah apabila urusan dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Cara Tukar Nama Motor

2. Lakukan Pemeriksaan PUSPAKOM (Jika Diperlukan)

Bagi kebanyakan urusan pertukaran hak milik motosikal persendirian, pemeriksaan PUSPAKOM tak diperlukan.

Walau bagaimanapun, pemeriksaan mungkin diperlukan dalam situasi tertentu seperti motosikal yang telah diubah suai secara ketara, motosikal import atau kes-kes khas yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Jika anda tak pasti, semak terlebih dahulu dengan JPJ sebelum hadir bagi mengelakkan kelewatan.

3. Selesaikan Urusan Tukar Milik Melalui MySikap atau JPJ

Cara Tukar Nama Motor Melalui MySikap

Jika anda ingin menjimatkan masa, pertukaran hak milik boleh dilakukan secara online melalui portal MySikap JPJ. Namun, kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli perlu mempunyai akaun MySikap yang aktif.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Penjual log masuk ke akaun MySikap.
  2. Pilih menu Kenderaan dan klik Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar).
  3. Masukkan nombor pendaftaran motosikal serta maklumat pembeli.
  4. Semak semula semua maklumat sebelum menghantar permohonan.
  5. Pembeli kemudian log masuk ke akaun MySikap untuk menerima dan mengesahkan permohonan tersebut.
  6. Pilih menu Kenderaan dan klik Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baharu).
  7. Setelah permohonan disahkan, pembeli boleh meneruskan proses yang diarahkan oleh sistem, termasuk mendapatkan insurans jika belum berbuat demikian dan renew roadtax jika perlu.

Menggunakan MySikap membolehkan sebahagian besar proses dilakukan secara dalam talian sebelum hadir ke JPJ sekiranya diperlukan.

Cara Tukar Nama Motor di Kaunter JPJ

Bagi mereka yang lebih selesa berurusan secara bersemuka, pertukaran hak milik juga boleh dilakukan di mana-mana cawangan JPJ.

Langkah-langkahnya adalah:

  1. Pastikan penjual dan pembeli telah menyediakan semua dokumen yang diperlukan.
  2. Hadir ke mana-mana cawangan JPJ. Sebaiknya penjual dan pembeli hadir bersama bagi memudahkan urusan.
  3. Serahkan dokumen kepada pegawai JPJ untuk semakan.
  4. Pembeli perlu memastikan insurans motosikal telah aktif sebelum proses pertukaran hak milik diselesaikan.
  5. Setelah permohonan diluluskan, pertukaran hak milik akan didaftarkan atas nama pembeli.
  6. Pembeli kemudiannya boleh renew roadtax sekiranya perlu sebelum motosikal digunakan di jalan raya.

Berurusan di kaunter sesuai bagi mereka yang kurang biasa menggunakan MySikap atau memerlukan bantuan terus daripada pegawai JPJ.

Cara Tukar Nama Motor

4. Pastikan Pembeli Mempunyai Insurans Yang Sah

Selepas pertukaran hak milik diselesaikan, pembeli perlu mempunyai insurans motosikal yang sah atas nama sendiri.

Ini kerana insurans merupakan antara syarat utama sebelum roadtax baharu boleh dikeluarkan. Oleh itu, sebaik sahaja urusan jual beli dipersetujui, pembeli digalakkan mendapatkan perlindungan insurans terlebih dahulu bagi mempercepatkan proses pertukaran nama.

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Bagi memastikan proses berjalan lancar, sediakan beberapa dokumen berikut:

  • Kad pengenalan penjual dan pembeli
  • Geran atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
  • Dokumen tambahan jika diminta oleh JPJ

Menyediakan semua dokumen lebih awal dapat membantu mempercepatkan urusan dan mengelakkan anda terpaksa datang semula kerana dokumen yang tidak lengkap.

Kesimpulan

Proses tukar nama motosikal di Malaysia sebenarnya tak sesukar yang disangka. Selagi semua syarat dipenuhi dan dokumen disediakan dengan lengkap, urusan pertukaran hak milik boleh dilakukan dengan lebih cepat dan lancar.

Bagi pembeli, pastikan motosikal yang dibeli bebas daripada sebarang masalah sebelum pertukaran nama dilakukan. Manakala bagi penjual, selesaikan proses pertukaran hak milik secepat mungkin supaya anda tak lagi bertanggungjawab terhadap motosikal tersebut selepas urusan jual beli selesai.

Jika anda sedang mencari motosikal terpakai yang telah diperiksa dan melalui proses jual beli yang lebih mudah, kunjungi iMotorbike. Selain menawarkan pelbagai pilihan motosikal berkualiti, anda juga boleh mendapatkan bantuan berkaitan pertukaran hak milik motosikal dan pembaharuan insurans motosikal bagi memudahkan proses pemilikan motosikal anda. Layari website iMotorbike untuk maklumat lanjut atau boleh datang ke showroom berdekatan anda.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 6, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliUtama

More in Berita

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026

Hazique ZairillOctober 21, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Rapid KL Sediakan 85 Bas untuk Perkhidmatan Shuttle MotoGP Malaysia 2026

Hazique ZairillOctober 20, 2026
Read More

5 Barang Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal

Amzar HazeeqOctober 20, 2026
Read More

Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More

Op Bersepadu Samseng Jalanan: 945 Saman Dikeluarkan, 111 Motosikal Disita

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Pelajar Dapat Cuci Motor Percuma di iMotorbike

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia
    BeritaOctober 21, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?
    BeritaOctober 21, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026
    BeritaOctober 21, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Hakim Danish Bangkit Raih Mata Berharga di GP Jepun
Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat