• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 

Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
Hazique Zairill
October 6, 2026

Penguatkuasaan baharu berkuat kuasa 1 November ini bertujuan membanteras aktiviti lumba haram serta pemanduan secara berbahaya di jalan raya.

Mat Rempit

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Hukuman lebih berat terhadap kegiatan samseng jalanan atau ‘mat rempit’, termasuk hukuman penjara, akan mula berkuat kuasa pada 1 November ini susulan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). 

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata pindaan berkenaan telah diluluskan Parlimen dan kini hanya menunggu proses pewartaan akhir.

Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata pindaan tersebut akan membolehkan anggota penguat kuasa mengambil tindakan lebih tegas terhadap individu yang terbabit dalam perlumbaan haram serta aktiviti menunggang secara berbahaya.

“Pindaan terhadap Akta 333 sudah diluluskan Parlimen dan jika semuanya berjalan lancar, ia akan dikuatkuasakan mulai 1 November.”

“Kita akan mengenakan hukuman yang jauh lebih berat, termasuk hukuman penjara, terhadap kesalahan ‘mat rempit’,” katanya.

Mat Rempit

Beliau berkata pindaan di bawah Seksyen 42(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 turut dijangka memudahkan pegawai penyiasat mengambil tindakan terhadap kesalahan berkaitan.

Menurut Kifli, JPJ kini masih menunggu pandangan daripada Jabatan Peguam Negara, manakala proses yang berbaki ialah pewartaan pindaan berkenaan sebelum ia mula dikuatkuasakan.

Beliau turut menyifatkan kegiatan ‘mat rempit’ sebagai isu yang menjadi kebimbangan di peringkat nasional dan memerlukan tindakan penguatkuasaan berterusan daripada agensi berkaitan.

Dalam perkembangan sama, isu kegiatan ‘mat rempit’ yang berulang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, akan ditangani menerusi kerjasama lebih erat antara JPJ dan polis.

Pindaan terbaharu terhadap Akta 333 itu bertujuan memperkukuh penguatkuasaan terhadap perlumbaan haram, samseng jalanan dan kesalahan lain yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

Ia juga dijangka memberikan peruntukan undang-undang yang lebih kukuh kepada agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terbabit dalam aktiviti pemanduan atau penunggangan secara berbahaya.

Related Items20262027baruberitajpjmalaysiaMat RempitpdrmRempitUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
October 6, 2026
Hazique Zairill

Related Items20262027baruberitajpjmalaysiaMat RempitpdrmRempitUtama

More in Berita

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026

Hazique ZairillOctober 21, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Rapid KL Sediakan 85 Bas untuk Perkhidmatan Shuttle MotoGP Malaysia 2026

Hazique ZairillOctober 20, 2026
Read More

5 Barang Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal

Amzar HazeeqOctober 20, 2026
Read More

Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More

Op Bersepadu Samseng Jalanan: 945 Saman Dikeluarkan, 111 Motosikal Disita

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Pelajar Dapat Cuci Motor Percuma di iMotorbike

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
https://www.tiktok.com/@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia
    BeritaOctober 21, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?
    BeritaOctober 21, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026
    BeritaOctober 21, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar