Riding position yang selesa, position kaki yang selesa dan ergonomik yang sesuai menjadikan lima motosikal ini pilihan terbaik untuk rider bertubuh tinggi.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Tak semua motosikal dibina dengan ergonomik yang sama. Ada model yang lebih sesuai untuk rider bertubuh kecil, ada juga yang menawarkan riding position yang lebih luas untuk mereka yang lebih tinggi.
Bagi rider yang tinggi, faktor seperti seat height, ruang kaki, position handlebar serta saiz keseluruhan motosikal memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan lebih selesa, terutamanya ketika ride buat tempoh yang lama.
Jika anda sedang mencari motosikal yang lebih mesra untuk rider tinggi, berikut ialah lima pilihan yang boleh dipertimbangkan.

1. Yamaha MT-25
Yamaha MT-25 dikuasakan enjin 249cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 35 hp dan 22.6 Nm tork, dipadankan dengan six-speed gearbox. Enjin ini terkenal dengan power delivery yang lancar dan responsif, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian mahupun ride pada hujung minggu. Dengan berat sekitar 169 kg, MT-25 juga mudah dikendalikan walaupun mempunyai penampilan yang agak agresif.
Walaupun ketinggian seatnya sekitar 780 mm, ergonomik MT-25 sangat sesuai untuk rider tinggi. Tangki minyak yang tak begitu besar, handlebar yang lebar serta riding position yang tegak memberikan rasa yang lebih selesa berbanding kebanyakan sportbike. Rider yang tinggi juga tak akan berasa terlalu membongkok ketika menunggang, menjadikannya lebih selesa untuk daily ride mahupun ride yang lebih jauh.

2. Modenas Z500
Modenas Z500 menggunakan enjin 451cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 44 hp dan 42 Nm tork. Prestasi enjin ini cukup untuk kegunaan harian, selain mempunyai kuasa yang mencukupi untuk ride di atas highway. Beratnya yang sekitar 168 kg turut menjadikan motosikal ini mudah dikendalikan walaupun untuk rider yang baru upgrade ke motosikal berkapasiti lebih besar.
Bagi rider yang tinggi, Z500 menawarkan riding position yang cukup mesra. Kedudukan handlebar yang tinggi sedikit bersama footpeg yang tak diletakkan terlalu tinggi membolehkan lutut tak terlalu membengkok ketika menunggang. Ini membantu mengurangkan rasa lenguh terutama jika anda perlu menempuh perjalanan yang jauh setiap hari atau gemar melakukan touring pada hujung minggu.

3. Kawasaki Versys 650
Kawasaki Versys 650 sememangnya terkenal sebagai antara motosikal touring yang paling selesa dalam kelasnya. Ia dikuasakan oleh enjin 649cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 69 hp dan 64 Nm tork, memberikan prestasi yang cukup bertenaga untuk kegunaan bandar dan highway. Selain itu, tangki minyaknya sebesar 21 liter juga membolehkan motosikal ini bergerak lebih jauh sebelum perlu mengisi minyak.
Apa yang menjadikan Versys 650 pilihan utama untuk orang tinggi ialah ergonomiknya. Dengan ketinggian seat sekitar 840 mm, ruang kaki yang luas serta handlebar yang tinggi, rider yang tinggi tak akan terasa sempit bila ride motosikal ini. Riding position yang tegak juga membantu mengurangkan tekanan pada bahagian belakang dan bahu, menjadikannya sangat sesuai untuk ride jarak jauh.

4. Benelli TRK 502 LE
Benelli TRK 502 LE menggunakan enjin 500cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 47 hp dan 45 Nm tork. Motosikal ini juga dibangunkan khusus untuk kegunaan touring, sebab itu ia hadir dengan tangki minyak 20 liter, windshield yang besar, serta casis yang lebih kukuh bagi memberikan keselesaan sepanjang perjalanan.
Dari segi ergonomik pula, TRK 502 LE memang sukar untuk dipertikaikan. Badannya yang besar, seat yang lebar serta keududkan footpeg yang rendah membuatkan ridertinggi boleh duduk dengan lebih santai tanpa terasa sempit. Jika anda suka ride jauh atau kerap ride selama berjam-jam, motosikal ini mampu memberikan keselesaan yang sangat baik sepanjang perjalanan.

5. Yamaha XMAX
Bagi mereka yang lebih menggemari skuter, Yamaha XMAX merupakan antara pilihan terbaik untuk rider tinggi. Ia dikuasakan enjin 250cc liquid-cooled single-cylinder yang menghasilkan sekitar 22.5 hp dan 24.3 Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik CVT yang menjadikan ride lebih santai, terutama ketika berdepan kesesakan lalu lintas.
Salah satu sebab XMAX sering menjadi pilihan rider tinggi ialah ruang kaki yang sangat luas. Rider boleh meluruskan kaki ketika ride atau menukar position kaki mengikut keselesaan, sesuatu yang sukar dilakukan pada kebanyakan skuter biasa. Ditambah dengan tempat duduk yang lebar serta windshield yang besar, XMAX memberikan pengalaman ride yang lebih selesa sama ada untuk kegunaan harian mahupun ride jarak jauh, dan menjadi antara skuter paling selesa untuk rider bertubuh tinggi.
Kesimpulan
Setiap rider mempunyai keperluan yang berbeza, tetapi bagi mereka yang bertubuh tinggi, memilih motosikal dengan ergonomik yang sesuai mampu memberikan perbezaan yang besar dari segi keselesaan dan keyakinan ketika menunggang.
Sama ada anda lebih gemarkan naked bike seperti Yamaha MT-25 dan Modenas Z500, motosikal touring seperti Kawasaki Versys 650 dan Benelli TRK 502 LE, ataupun sebuah scooter seperti Yamaha XMAX, kelima-lima model ini menawarkan riding experience yang lebih selesa untuk rider tinggi.
Jika anda ingin mencari yang bersesuaian dengan ketinggian dan citarasa anda, iMotorbike menyediakan pelbagai pilihan motosikal yang mampu memenuhi keperluan setiap rider. Untuk maklumat lanjut, boleh layari website iMotorbike atau datang ke showroom yang berdekatan dengan anda.




Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS