• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai

Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai
Amzar Hazeeq
September 18, 2026

Anda rasa ragu-ragu untuk beli motosikal terpakai? Jangan biarkan apa-apa menghalang anda. Berikut adalah lima tanggapan salah tentang motosikal terpakai dan kebenaran di sebaliknya.

mitos motosikal terpakai

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Membeli motosikal terpakai telah menjadi pilihan yang semakin popular dalam kalangan rider Malaysia. Sama ada anda pembeli kali pertama, mencari motosikal kedua atau cuba untuk ikut bajet anda, pasaran motosikal terpakai menawarkan banyak pilihan pada harga yang lebih berpatutan.

Walau bagaimanapun, ramai orang masih ragu-ragu kerana tanggapan salah orang ramai terhadap motosikal terpakai. Ada yang fikri ia tak boleh diharap, ada juga berpendapat mileage yang tinggi secara automatik bermaksud motosikal itu dalam kondisi yang teruk. Pada hakikatnya, banyak andaian ini tak selalunya benar.

Mari kita lihat beberapa mitos paling biasa tentang membeli motosikal terpakai dan mengapa ia tak sepatutnya menghalang anda daripada mencari motosikal yang sesuai.

Mitos 1: Semua Motosikal Terpakai Bermasalah

Salah satu tanggapan terbesar ialah setiap motosikal terpakai penuh dengan masalah tersembunyi. Memang betul sesetengah motosikal mungkin tak diselenggara dengan baik, itu tak bermakna setiap motosikal terpakai tak boleh diharap.

Sebuah motosikal yang telah diservis secara berkala, diselenggara dengan betul, dan ditunggang secara bertanggungjawab boleh kekal dalam keadaan cemerlang selama bertahun-tahun. Malah, ramai owner menjaga motosikal mereka dengan baik dan menyimpan rekod servis yang terperinci, menjadikannya pilihan yang boleh dipercayai untuk owner seterusnya.

Daripada menilai motosikal hanya kerana ia terpakai, luangkan masa untuk memeriksa keadaannya, semak sejarah servisnya jika ada, dan semak sebarang tanda-tanda pengabaian sebelum membuat keputusan.

Mitos 2: Motosikal Mileage Tinggi Tak Bagus

Ramai buyer terus menolak motosikal dengan mileage yang lebih tinggi, dengan andaian ia akan mengalami masalah mekanikal yang besar tak lama lagi. Walaupun mileage merupakan faktor penting, ia tak sepatutnya menjadi satu-satunya perkara yang anda pertimbangkan.

Motosikal dengan mileage yang lebih tinggi tapi telah diservis tepat pada waktunya dan dijaga dengan rapi mungkin merupakan pilihan yang lebih baik daripada motosikal dengan mileage rendah tapi tak diselenggara dengan baik atau tak digunakan untuk jangka masa yang lama.

Daripada hanya memberi tumpuan kepada odometer, beri perhatian kepada keadaan keseluruhan motosikal, sejarah penyelenggaraan, prestasi enjin dan sejauh mana ia telah dijaga dengan baik.

Mitos 3: Membeli Daripada Private Seller Sentiasa Lebih Murah

Memang betul private seller selalu iklankan motosikal pada harga yang lebih rendah daripada dealer. Walau bagaimanapun, harga terendah tak selalunya bermakna anda mendapat nilai yang terbaik.

Apabila membeli daripada private seller, anda mungkin perlu menguruskan dokumen sendiri, mengatur pemeriksaan dan menerima risiko sebarang isu tersembunyi yang mungkin hanya muncul selepas pembelian.

Dealer yang bereputasi mungkin mengenakan bayaran yang lebih tinggi, tapi kos tambahan itu mungkin memberi anda ketenangan fikiran, pemeriksaan profesional dan sokongan after’sales yang boleh menjadikannya berbaloi untuk ramai buyer.

Mitos 4: Motosikal Terpakai Lebih Mahal untuk Dipelihara

Satu lagi mitos biasa ialah motosikal terpakai sentiasa memerlukan pembaikan dan maintenance yang mahal.

Pada hakikatnya, setiap motosikal, sama ada baharu atau terpakai, memerlukan servis berkala. Perbezaannya ialah sejauh mana motosikal itu diselenggara dengan baik oleh owner sebelumnya.

Jika penukaran minyak secara berkala, penyelenggaraan rantai, servis brek dan penjagaan rutin yang lain telah dibuat, ia boleh membuat motosikal terus memberikan prestasi yang baik untuk tahun-tahun yang mendatang.

Mitos 5: Anda Tak Dapat Jumpa Tawaran Baik untuk Motosikal Terpakai

Sesetengah buyer percaya bahawa semua motosikal terpakai yang baik telah pun dijual dan hanya motosikal yang bermasalah sahaja yang tinggal di pasaran.

Sebenarnya, motosikal terpakai yang berkualiti boleh didapati sepanjang tahun apabila ownernya upgrade, mengubah gaya riding atau hanya memutuskan untuk menjual motosikal mereka. Kuncinya ialah mengetahui di mana hendak mencari dan membeli daripada sumber yang dipercayai.

Meluangkan masa anda, membandingkan pelbagai motosikal dan memeriksa setiap satunya dengan teliti akan meningkatkan peluang anda untuk mencari motosikal yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.

Kesimpulan

Membeli motosikal terpakai tak semestinya satu pengalaman yang berisiko. Dengan memahami fakta di sebalik mitos-mitos umum ini, anda boleh membuat keputusan yang lebih tepat dan mengelakkan daripada terlepas pandang motosikal yang boleh menawarkan nilai yang sangat baik.

Jika anda ingin membeli motosikal terpakai, jangan terlepas iMotorbike Motor Day Sale 2026 yang akan diadakan pada 25 hingga 27 September. Ia merupakan peluang terbaik untuk melihat pelbagai jenis motosikal terpakai yang berkualiti, membandingkan model yang berbeza di satu tempat, dan menikmati promosi eksklusif.

Sama ada anda membeli motosikal pertama anda atau ingin upgrade, ini merupakan peluang terbaik untuk mencari motosikal yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda. Tandakan kalendar anda, anda pasti tak mahu terlepas peluang ini.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaMotor Day Sale 2026panduan pembeliSEOUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 18, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaMotor Day Sale 2026panduan pembeliSEOUtama

More in Berita

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike
Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi