• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

RXZ Members 8.0 Pecah Rekod 200,000 Peserta

RXZ Members 8.0 Pecah Rekod 200,000 Peserta
Hazique Zairill
August 3, 2026

Edisi kelapan RXZ Members mencatat rekod kehadiran tertinggi sejak diperkenalkan pada 2017, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara himpunan motosikal terbesar di Malaysia.

RXZ Members 8.0
GAMBAR: FB/@rxzmemberofficial

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Program RXZ Members 8.0 terus membuktikan popularitinya apabila berjaya menghimpunkan lebih 200,000 peserta sepanjang penganjurannya selama tiga hari di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus, sekali gus mencatat rekod kehadiran tertinggi sejak acara itu diperkenalkan pada 2017.

Memetik laporan Berita Harian, penganjur RXZ Members 8.0, Mohamad Faizal Mat Ali, berkata jumlah itu mengatasi rekod 160,000 peserta yang dicatatkan pada edisi tahun lalu.

Menurut beliau, pihak penganjur pada awalnya menjangkakan jumlah kehadiran akan berkurangan sekitar 10 peratus memandangkan program tersebut berlangsung serentak dengan hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, sambutan yang diterima jauh melebihi jangkaan apabila lebih 200,000 peminat motosikal hadir memeriahkan acara berkenaan.

RXZ Members 8.0
GAMBAR: FB/@rxzmemberofficial

“Jumlah itu sekali gus menjadikan RXZ Members 8.0 sebagai edisi terbesar pernah dianjurkan sejak program ini diperkenalkan,” katanya.

Beliau berkata, himpunan kali ini bukan sahaja menerima penyertaan peminat Yamaha RXZ dari seluruh negara, malah turut disertai peserta dari beberapa negara jiran.

Menurutnya, kehadiran peserta antarabangsa membuktikan jenama RXZ Members semakin dikenali di luar negara dan berjaya menarik perhatian komuniti permotoran serantau.

Mohamad Faizal turut menjelaskan bahawa peningkatan jumlah peserta tahun ini bukan hanya disumbangkan oleh pemilik Yamaha RXZ, malah turut melibatkan pemilik serta pengguna motosikal daripada pelbagai jenama dan model lain.

Katanya, keadaan itu menunjukkan RXZ Members kini berkembang daripada sekadar himpunan komuniti Yamaha RXZ kepada sebuah festival permotoran berskala besar yang menghimpunkan peminat motosikal tanpa mengira jenama.

RXZ Members 8.0
GAMBAR: FB/@rxzmemberofficial

“Ramai yang datang bukan semata-mata membawa RXZ. Pengguna motosikal jenama dan model lain juga hadir untuk merasai kemeriahan program, bertemu rakan-rakan serta menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

“Faktor itu antara penyumbang utama kepada peningkatan jumlah peserta pada edisi kali ini sehingga melepasi sasaran kami,” katanya.

Beliau berharap RXZ Members akan terus mendapat sokongan daripada komuniti motosikal pada masa akan datang, sekali gus mengukuhkan kedudukan Terengganu sebagai destinasi utama penganjuran himpunan motosikal terbesar di negara ini.

Program RXZ Members 8.0 yang berlangsung selama tiga hari turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran motosikal, jualan produk dan aksesori, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti santai yang mengeratkan hubungan dalam komuniti permotoran.

Dengan jumlah kehadiran yang terus meningkat dari tahun ke tahun, RXZ Members bukan sahaja menjadi acara wajib bagi peminat Yamaha RXZ, malah kini muncul sebagai salah satu festival motosikal paling besar dan berpengaruh di Malaysia, menarik kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara.

Related Items2026baruberitaRXZRXZ Member 8.0terengganuUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 3, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaRXZRXZ Member 8.0terengganuUtamayamaha

More in Berita

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026

Hazique ZairillOctober 21, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Rapid KL Sediakan 85 Bas untuk Perkhidmatan Shuttle MotoGP Malaysia 2026

Hazique ZairillOctober 20, 2026
Read More

5 Barang Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal

Amzar HazeeqOctober 20, 2026
Read More

Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More

Op Bersepadu Samseng Jalanan: 945 Saman Dikeluarkan, 111 Motosikal Disita

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Pelajar Dapat Cuci Motor Percuma di iMotorbike

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Givi Asia Hulur Sumbangan Khas Kepada PDRM Sempena LTdL 2026
    BeritaSeptember 25, 2026
  • JKR Siasat Kemalangan Motosikal di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan
    BeritaSeptember 25, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia
    BeritaOctober 21, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?
    BeritaOctober 21, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026
    BeritaOctober 21, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Terakhir Bulan Julai
MForce Lancar WMOTO NEXY+180 dan ARIIC GOBI 250 di Malaysia