• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

MForce Lancar WMOTO NEXY+180 dan ARIIC GOBI 250 di Malaysia

MForce Lancar WMOTO NEXY+180 dan ARIIC GOBI 250 di Malaysia
Hazique Zairill
August 3, 2026

Dua skuter baharu diperkenalkan dengan pelbagai ciri premium dan teknologi moden, ditawarkan pada harga bermula RM9,288.

MForce

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

MForce Bike Holdings memperluaskan lagi penawaran skuternya di Malaysia menerusi pelancaran rasmi WMOTO NEXY+180 dan ARIIC GOBI 250 sempena sambutan ulang tahun cawangan Smartshop di Kluang, Johor.

Kedua-dua model kini dibuka untuk tempahan, menawarkan pilihan kepada penunggang yang mahukan skuter harian lengkap dengan teknologi moden serta skuter bergaya adventure untuk tunggangan jarak jauh.

Model pertama yang diperkenalkan ialah WMOTO NEXY+180, ditawarkan pada harga RM9,288, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Skuter ini boleh didapati dalam empat pilihan warna iaitu Midnight Black, Nardo Grey, Magic Blue dan Xtreme White.

WMOTO NEXY+180

WMOTO NEXY+180 dikuasakan enjin 174cc satu silinder, empat lejang, empat injap, penyejukan cecair yang menghasilkan 13.6 kW pada 8,500 rpm dan 17.2 Nm tork pada 6,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik CVT.

Dari aspek suspensi, NEXY+180 menggunakan fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang. Sistem brek pula terdiri daripada cakera hadapan bersaiz 260 mm dengan angkup empat omboh serta cakera belakang 220 mm, lengkap dengan ABS dwi-saluran sebagai kelengkapan standard.

Skuter ini turut hadir dengan pelbagai ciri premium termasuk paparan TFT 6 inci, sistem keyless, port pengecas USB Type-A dan Type-C, Traction Control System (TCS), Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), kamera pemuka hadapan, sambungan Bluetooth, aplikasi Carbit Ride dan RoadCam, notifikasi panggilan masuk serta suis keselamatan tongkat sisi.

WMOTO NEXY+180

Turut melengkapkan pakej ialah lampu hadapan Projector LED bersama Daytime Running Light (DRL), lampu bantuan low beam, ruang simpanan magnetik di bahagian hadapan, penghadang angin, rak belakang terbina dalam, lampu sambutan (welcome light) serta tempat duduk dengan penyandar.

Setiap pembelian WMOTO NEXY+180 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km, yang mana terdahulu.

Turut membuat penampilan sulung di Malaysia ialah ARIIC GOBI 250, yang ditawarkan pada harga RM13,988, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Model bergaya adventure ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Carbon Black, Velocity Grey dan Mystic Purple, selepas diperkenalkan kepada rangkaian pengedar semasa Top 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign di Zhejiang, China, tahun lalu.

ARIIC GOBI 250

Kuasa ARIIC GOBI 250 dijana oleh enjin 249cc satu silinder, empat lejang, empat injap, penyejukan cecair yang menghasilkan 16.5 kW pada 8,000 rpm dan 23.5 Nm tork pada 5,000 rpm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik jenis V-Belt, selain menggunakan sistem Electronic Fuel Injection (EFI).

Bagi melengkapkan karakter adventure, GOBI 250 dipadankan dengan fork upside-down di hadapan, penyerap hentak berkembar di belakang serta rim jejari yang dipasang dengan tayar bersaiz 110/80-14 di hadapan dan 130/70-13 di belakang. Tangki bahan api berkapasiti 12.5 liter.

Sistem brek menggunakan cakera tunggal di hadapan dan belakang bersama ABS dwi-saluran, manakala senarai kelengkapannya merangkumi paparan TFT, sistem keyless, port pengecas USB Type-A dan Type-C, Traction Control System (TCS) yang boleh dinyahaktifkan, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), kamera pemuka hadapan, penghadang angin, crash bar serta ruang simpanan bawah tempat duduk.

ARIIC GOBI 250

GOBI 250 juga menyokong aplikasi MotoFun, membolehkan sambungan Bluetooth untuk navigasi, integrasi kamera pemuka dan notifikasi panggilan telefon. Setiap pembelian ARIIC GOBI 250 turut disertakan dengan jaminan dua tahun tanpa had perbatuan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Sempena pelancaran tersebut, pengunjung turut berpeluang menyertai sesi tunggang uji kedua-dua model baharu selain menikmati diskaun 20 peratus bagi produk MForce Oil dan MForce CVT Belting. Pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk topi keledar LS2, YHPro Top Box dan produk MForce Oil turut disediakan sepanjang sambutan berkenaan.

Related Items2026ARIICJohormalaysiaMForceMforce Bike Holding Sdn BhdnewnewsscooterUtamaWMoto
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 3, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026ARIICJohormalaysiaMForceMforce Bike Holding Sdn BhdnewnewsscooterUtamaWMoto

More in Berita

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike
    BeritaNovember 13, 2026
  • Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?
    BeritaNovember 12, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

RXZ Members 8.0 Pecah Rekod 200,000 Peserta
Panggilan Terakhir! Promo Hari Gaji iMotorbike Tamat 7 Ogos Ini