• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Tiga Pelumba Muda Negara Sedia Gempur Moto4 Asia Cup 2026 di Sepang

Tiga Pelumba Muda Negara Sedia Gempur Moto4 Asia Cup 2026 di Sepang
Amzar Hazeeq
July 30, 2026

Qabil Irfan, Naqib Rifqi dan Qayyim Razin bersedia memburu mata penting di Pusingan Kedua Idemitsu Moto4 Asia Cup 2026 di Sepang.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Tiga pelumba muda negara bakal membawa cabaran Malaysia pada Pusingan Kedua Idemitsu Moto4 Asia Cup 2026 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini. Perlumbaan yang berlangsung serentak dengan Pusingan Ketiga Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) itu dijangka menjadi pentas penting buat pelumba-pelumba muda Asia untuk memburu mata kejuaraan selepas berehat hampir enam bulan.

Malaysia sekali lagi mempertaruhkan Qabil Irfan Azlan, Naqib Rifqi dan Qayyim Razin, yang masing-masing telah menjalani program pembangunan berbeza sepanjang musim bagi memastikan mereka berada pada prestasi terbaik menjelang aksi di laman sendiri.

Qabil hadir ke Sepang sebagai sandaran utama negara selepas mempamerkan aksi cemerlang pada pusingan pembukaan di Buriram, Thailand. Pelumba kelahiran Terengganu itu menghadiahkan podium pertama Malaysia musim ini menerusi tempat kedua dalam Perlumbaan Kedua, sekali gus mengumpul 30 mata untuk menduduki tangga ketiga keseluruhan kejuaraan.

Selain bersaing dalam Moto4 Asia Cup, Qabil turut menimba pengalaman berharga menerusi penyertaannya dalam Moto4 European Cup. Pendedahan di pentas antarabangsa itu dijangka memberi kelebihan kepada beliau untuk menghadapi cabaran di Litar Antarabangsa Sepang.

Naqib pula terus mengembangkan kemahirannya dengan beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) menerusi kelas TVS Asia One Make Championship. Selain itu, beliau turut bersaing dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia dan MSBK bagi mengekalkan rentak perlumbaan sepanjang musim.

Sementara itu, Qayyim meneruskan pembangunan bakatnya menerusi Kejuaraan MotoMini Malaysia 190cc, yang menjadi platform penting dalam melahirkan pelumba muda sebelum melangkah ke saingan antarabangsa.

Penyertaan dalam pelbagai kejuaraan sepanjang tempoh rehat membolehkan ketiga-tiga pelumba mengekalkan kecergasan fizikal, meningkatkan kemahiran teknikal serta mengumpul lebih banyak pengalaman perlumbaan menjelang aksi di Sepang.

Selepas pusingan pertama di Buriram, Qabil kini berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan 30 mata. Naqib pula menghuni tangga ke-14, manakala Qayyim berada di kedudukan ke-22. Ketiga-tiga pelumba bertekad memanfaatkan sokongan penyokong tempatan untuk memperbaiki kedudukan dalam carta kejuaraan.

Qabil berkata beliau teruja dapat kembali berlumba di hadapan penyokong sendiri selepas mengutip mata penting di Buriram.

“Saya sangat teruja dapat berlumba di Sepang di hadapan penyokong sendiri. Selepas mengutip mata penting di Buriram, sasaran saya adalah untuk terus mengumpul mata berharga dan memberikan aksi terbaik sepanjang perlumbaan.

Saya mahu bersaing dalam kelompok hadapan dan akan menggunakan pengalaman yang saya peroleh di Eropah untuk memberikan saingan sengit kepada pelumba-pelumba lain di Sepang.”

Qayyim turut menganggap perlumbaan di Sepang sebagai peluang terbaik untuk memperbaiki kedudukannya dalam kejuaraan.

“Saya gembira dapat kembali beraksi dalam Moto4 Asia Cup di Sepang. Saya mahu memanfaatkan pengalaman yang diperoleh sepanjang musim ini untuk memberikan saingan terbaik dan terus meningkatkan prestasi.

Saya berharap dapat memperbaiki kedudukan keseluruhan kejuaraan serta menghadiahkan keputusan yang membanggakan buat Malaysia.”

Bagi Naqib, tempoh rehat dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan tahap kecergasan serta memahami karakter Litar Antarabangsa Sepang.

“Perasaan saya untuk minggu ini sememangnya sangat bersemangat dan teruja kerana dapat berlumba di laman sendiri. Sepanjang tempoh rehat Moto4 Asia Cup, saya membuat persiapan dengan meningkatkan tahap stamina serta memperkukuhkan kecergasan fizikal.

Selain itu, saya turut menyertai perlumbaan MSBK 600 bagi lebih mengenali karakter Litar Antarabangsa Sepang supaya dapat memberikan aksi terbaik pada minggu ini. Sasaran saya adalah untuk berada dalam kelompok hadapan, bersaing bersama pelumba-pelumba terbaik dan memberikan keputusan terbaik.”

Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, percaya pengalaman yang diperoleh ketiga-tiga pelumba sepanjang musim ini mampu membantu mereka memberikan saingan lebih sengit kepada pencabar dari seluruh Asia.

“Ini merupakan minggu yang sangat penting buat semua pelumba Moto4 Asia Cup selepas tempoh rehat yang panjang sejak pusingan pembukaan di Buriram. Pusingan kedua di Sepang sudah pasti menjadi perlumbaan yang cukup penting untuk semua pasukan dan pelumba.

Tumpuan utama saya sudah tentu kepada Qabil Irfan. Saya berharap pengalaman yang diperoleh menerusi penyertaannya dalam Moto4 European Cup dapat memberikan keyakinan tambahan dan membantunya menghadapi perlumbaan di Sepang dengan lebih baik.

Dalam masa yang sama, Naqib Rifqi dan Qayyim Razin juga telah menjalani persiapan yang rapi termasuk sesi ujian sebelum pusingan ini. Saya berharap ketiga-tiga pelumba dapat bekerjasama, saling membantu dan memberikan aksi terbaik untuk memperoleh keputusan yang membanggakan buat Malaysia.”

Aksi di Sepang bakal menjadi peluang terbaik buat ketiga-tiga pelumba negara untuk memburu keputusan cemerlang di hadapan penyokong sendiri, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam saingan Idemitsu Moto4 Asia Cup 2026.

Related Items2026baruberitaindsutriKedai MotorLokalmalaysiamoto4sepangsukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 30, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaindsutriKedai MotorLokalmalaysiamoto4sepangsukan motorUtama

More in Berita

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026

Hazique ZairillOctober 21, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Rapid KL Sediakan 85 Bas untuk Perkhidmatan Shuttle MotoGP Malaysia 2026

Hazique ZairillOctober 20, 2026
Read More

5 Barang Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal

Amzar HazeeqOctober 20, 2026
Read More

Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More

Op Bersepadu Samseng Jalanan: 945 Saman Dikeluarkan, 111 Motosikal Disita

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Pelajar Dapat Cuci Motor Percuma di iMotorbike

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More

Tiga Hari, 1000 Kilometer: Ride Bersama Kawasaki KLE500

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Top 5 Motor Untuk Orang Pendek: Lebih Yakin, Lebih Mudah Dikendalikan
    BeritaSeptember 23, 2026
  • 6 Motor Bulanan RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 24, 2026
  • Italjet Dragster 200
    6 Motor Dengan Ansuran Bulanan Sekitar RM300 di iMotorbike
    BeritaSeptember 24, 2026
  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia
    BeritaOctober 21, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?
    BeritaOctober 21, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026
    BeritaOctober 21, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 
    BeritaOctober 21, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

LLM Sasar Tambah 18 Tempat Teduhan Motosikal di Lebuh Raya Seluruh Negara Tahun Ini
iMotorbike Insurance: Cara Paling Mudah Renew Insurans Motosikal Anda