• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish dilantik Duta Taman Tema Genting SkyWorlds

Hakim Danish dilantik Duta Taman Tema Genting SkyWorlds
Hazique Zairill
July 31, 2026

Pelumba Moto3 negara bekerjasama dengan Genting SkyWorlds bagi menginspirasikan generasi muda sambil mempromosikan tarikan baharu bertemakan perlumbaan, Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing.

Hakim Danish

Subscribe to our Instagram channel for the latest info and news!

Pelumba muda motosikal negara, Hakim Danish, terus mengukir satu lagi pencapaian apabila secara rasmi dilantik sebagai Duta Taman Tema Genting SkyWorlds menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Resorts World Genting.

Kerjasama itu bukan sahaja mengiktiraf pencapaian Hakim di pentas perlumbaan antarabangsa, malah menjadi sebahagian daripada inisiatif “Inspirasi Anak Malaysia”, yang bertujuan meraikan bakat tempatan serta memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mengejar impian mereka.

Pelantikan tersebut turut hadir menjelang pembukaan tarikan terbaharu di Genting SkyWorlds, Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing, yang menawarkan pengalaman bertemakan perlumbaan motosikal menerusi permainan imersif berkonsepkan aksi dan kelajuan.

Sebagai Duta Taman Tema, Hakim akan bekerjasama dengan Genting SkyWorlds dalam pelbagai program termasuk sesi perkongsian bersama belia, aktiviti pembangunan bakat serta inisiatif yang bertujuan membawa dunia perlumbaan motosikal lebih dekat kepada keluarga dan peminat muda.

Hakim Danish

Kerjasama itu juga dijalankan bersama ZK Racing dengan matlamat membantu melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam sukan permotoran serta menyemarakkan minat terhadap arena perlumbaan di Malaysia.

Dilahirkan di Terengganu, Hakim Danish merupakan antara pelumba muda paling menyerlah dalam sukan permotoran negara. Beliau mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menjuarai Idemitsu Asia Talent Cup 2022, sebelum sekali lagi mengharumkan nama negara musim ini apabila muncul sebagai rakyat Malaysia pertama dalam tempoh lebih sedekad meraih podium dan kemenangan Grand Prix dalam Kejuaraan Dunia Moto3.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting, Spencer Lee, berkata Hakim merupakan individu yang tepat untuk mewakili jenama Genting SkyWorlds kerana semangat, keazaman dan pencapaiannya di pentas antarabangsa.

Menurut beliau, kerjasama itu bukan sekadar meraikan kejayaan seorang atlet, malah bertujuan mendekatkan masyarakat dengan kisah inspirasi anak tempatan yang berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Beliau turut berharap orang ramai akan dapat melihat Hakim sendiri merasai pengalaman tarikan baharu Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing apabila ia dibuka kepada pengunjung.

Selain itu, Spencer turut mengajak peminat sukan permotoran untuk mengunjungi Genting SkyWorlds menjelang perlumbaan Formula 1 yang bakal berlangsung di Malaysia, dengan pelbagai tarikan bertemakan aksi dan kelajuan disediakan di Genting SkyWorlds serta Skytropolis Indoor Theme Park.

Hakim Danish

Sementara itu, Hakim Danish melahirkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan untuk menjadi wajah kepada salah satu destinasi pelancongan dan hiburan terkemuka negara.

“Saya amat berbesar hati dan bersyukur kepada Taman Tema Genting SkyWorlds kerana memberikan kepercayaan kepada saya serta memilih saya sebagai duta. Kerjasama ini bukan sekadar mengenai kerjaya perlumbaan saya, malah merupakan satu platform untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda Malaysia agar berani bermimpi, berusaha gigih dan tidak pernah berputus asa dalam mengejar cita-cita mereka,” katanya.

Beliau berharap kerjasama itu akan membolehkan beliau berkongsi pengalaman sebagai pelumba di pentas antarabangsa sambil terus mengharumkan nama Malaysia, bukan sahaja di litar malah di luar litar.

Bagi meraikan pelantikan tersebut, Genting SkyWorlds turut memperkenalkan koleksi cenderamata edisi terhad hasil kolaborasi bersama Hakim Danish. Selain itu, orang ramai juga boleh menikmati Unlimited Pass ke Taman Tema Genting SkyWorlds pada harga promosi RM188, yang ditawarkan sehingga 31 Ogos 2026.

Related Items2026baruberitagenting highlandshakim danishmalaysiamoto3SkyworldUtamazk racing
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 31, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitagenting highlandshakim danishmalaysiamoto3SkyworldUtamazk racing

More in Berita

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Hakim Danish Bangkit Raih Mata Berharga di GP Jepun

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Punca Motosikal Rosak Tengah Jalan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 5, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • 4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam
    BeritaSeptember 15, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 9, 2026
  • Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia
    BeritaOctober 9, 2026
  • Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika
    BeritaOctober 8, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 
    BeritaOctober 7, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Morbidelli T250 dan T250X Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia
iMotorbike Free Motor Check: Inisiatif untuk Penunggang Malaysia