• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Qabil Irfan Mulakan Cabaran Eropah di Moto4 European Cup 2026

Qabil Irfan Mulakan Cabaran Eropah di Moto4 European Cup 2026
Hazique Zairill
May 21, 2026

Pelumba muda negara sertai MLav Junior Team untuk saingan di Barcelona sambil membawa misi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Qabil Irfan

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Qabil Irfan Azlan secara rasmi memulakan cabaran baharunya di pentas Eropah menjelang pusingan pembukaan Moto4 European Cup 2026 yang akan berlangsung di Circuit de Barcelona-Catalunya hujung minggu ini.

Pelumba muda berbakat besar negara itu bakal bersaing bersama MLav Junior Team dalam usaha membina karier di peringkat antarabangsa sambil berdepan saingan sengit daripada pelumba muda terbaik dunia.

Walaupun sedar cabaran di Eropah jauh lebih mencabar, Qabil tetap optimis untuk memberikan aksi terbaik hasil persiapan intensif dan peningkatan latihan yang dilakukan sebelum ini.

Penyertaan Qabil bersama MLav Junior Team turut dilihat sebagai langkah strategik dalam pembangunan kariernya kerana pasukan berpangkalan di Britain itu terkenal sebagai antara program pembangunan bakat paling aktif dalam saingan JuniorGP dan Moto3.

Hubungan baik antara bekas pelumba negara Zulfahmi Khairuddin dengan pemilik pasukan, Michael Laverty, turut memainkan peranan penting dalam membuka peluang buat Qabil menyertai pasukan tersebut.

Malah, walaupun beberapa pasukan lain turut menunjukkan minat terhadap pelumba muda Malaysia itu, MLav Junior Team akhirnya dipilih kerana reputasi serta keupayaannya menyediakan platform terbaik untuk pembangunan jangka panjang.

Setakat ini, Qabil dilaporkan semakin serasi dengan jentera Moto4 miliknya dan menunjukkan perkembangan positif sepanjang sesi latihan bersama pasukan baharu itu.

Kejuaraan Moto4 European Cup 2026 akan berlangsung dalam tujuh pusingan bermula di Catalunya sebelum menutup tirai di Motor Valley Emilia-Romagna, Itali pada Oktober nanti.

Qabil Irfan

Bagi Qabil, perlumbaan di Barcelona bakal menjadi ujian sebenar untuk menilai tahap kemampuannya di pentas Eropah.

“Saya sangat teruja untuk memulakan cabaran di Moto4 European Cup kerana ini peluang besar untuk saya belajar dan bersaing dengan pelumba terbaik di Eropah,” kata Qabil.

“Sudah tentu sasaran saya adalah untuk memberikan aksi terbaik dan bersaing dalam kelompok hadapan.”

“Saya tahu cabaran di sini sangat berbeza dan tahap persaingan lebih tinggi, jadi saya perlu bekerja lebih keras terutama dari segi kecergasan, adaptasi dengan jentera serta memahami litar dengan lebih baik.”

“Setakat ini, saya rasa semakin serasi dengan jentera. Saya akan cuba lakukan yang terbaik pada perlumbaan hujung minggu ini dan berharap dapat mengharumkan nama Malaysia.”

Sebagai rekod, Qabil hadir ke Eropah dengan momentum positif selepas menamatkan Perlumbaan 2 Moto4 Asia Cup di Chang International Circuit di tempat kedua pada awal Mac lalu.

Keputusan tersebut meletakkan beliau di tangga ketiga keseluruhan carta kejuaraan Asia dengan 30 mata di belakang pelumba Jepun Hayato Chishiki dan Waku Kunitate.

Sementara itu, Zulfahmi percaya penyertaan Qabil di Eropah merupakan langkah penting dalam proses pembangunan karier pelumba muda itu.

“Penyertaan Qabil di Moto4 European Cup adalah satu langkah penting dalam proses pembangunan kariernya kerana pendedahan di Eropah akan membantu meningkatkan tahap kematangan, disiplin serta pemahaman terhadap persaingan di peringkat lebih tinggi,” katanya.

“Kami percaya Qabil mempunyai bakat dan potensi besar, namun perjalanan di sini bukan mudah kerana dia akan berdepan pelumba-pelumba terbaik yang sudah biasa dengan suasana perlumbaan di Eropah.”

“Apa yang penting sekarang adalah proses pembelajaran dan bagaimana dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat.”

Menurut Zulfahmi lagi, perkembangan Qabil bersama pasukan ketika ini sangat positif dan menunjukkan petanda baik untuk masa depan.

“Dia menunjukkan komitmen tinggi ketika latihan dan semakin selesa dengan jentera serta corak kerja pasukan. Itu petanda baik untuk pembangunan jangka panjangnya.”

“Kami tidak mahu meletakkan tekanan berlebihan dari segi keputusan, tetapi sasaran utama adalah melihat dia terus berkembang, konsisten dan mampu memberi saingan. Jika momentum itu berterusan, saya yakin dia mampu pergi lebih jauh pada masa depan.”

Related Items2026baruberitaeropahmalaysiaMLav Juniormoto4UtamaZulfahmi Khairuddin
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 21, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaeropahmalaysiaMLav Juniormoto4UtamaZulfahmi Khairuddin

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Kawasaki Malaysia Anjur Velocity Weekend Riding Camp di Litar Beranang
Kawasaki Ninja 650 vs Honda CBR650R: Praktikal atau Prestasi?