• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Kawasaki Malaysia Anjur Velocity Weekend Riding Camp di Litar Beranang

Kawasaki Malaysia Anjur Velocity Weekend Riding Camp di Litar Beranang
Hazique Zairill
May 20, 2026

MODENAS dan Kawasaki Malaysia himpun pemilik Kawasaki untuk pengalaman latihan tunggangan litar yang lebih selamat dan profesional.

Kawasaki Malaysia

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

MODENAS menerusi Kawasaki Malaysia berjaya menganjurkan program Kawasaki Velocity Weekend Riding Camp di Beranang Horizon Circuit dengan menghimpunkan pemilik motosikal Kawasaki serta wakil media untuk sesi latihan tunggangan litar sepanjang hari.

Program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang itu memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas tunggangan litar dalam persekitaran yang selamat dan terkawal, selain memperkukuhkan budaya tunggangan berhemah dalam kalangan pemilik siri Kawasaki Ninja dan Z.

Sepanjang program berlangsung, peserta menjalani pelbagai aktiviti termasuk taklimat keselamatan, teknik posisi badan, kawalan penglihatan, teknik membrek, cara mengambil selekoh serta sesi tunggangan praktikal di atas litar. Semua motosikal yang digunakan merupakan model Kawasaki bagi membolehkan peserta merasai sendiri karakter dan pengendalian jentera dalam suasana latihan profesional.

Kawasaki Malaysia

Kem latihan tersebut turut dijalankan bersama iRide Academy atau lebih dikenali sebagai i-RIDE, sebuah akademi latihan motosikal tempatan yang memberi fokus terhadap pembangunan kemahiran dan keselamatan penunggang. Program ini memberi penekanan kepada pembinaan keyakinan penunggang serta teknik tunggangan lebih selamat menerusi latihan profesional.

Selain meningkatkan kemahiran tunggangan, Kawasaki Velocity Weekend Riding Camp turut menjadi platform untuk mengukuhkan komuniti pemilik Kawasaki di Malaysia sambil memberi kesedaran mengenai kawalan motosikal dan keselamatan di jalan raya.

Menariknya, peserta hanya perlu membayar yuran subsidi sebanyak RM300 berbanding anggaran kos asal sekitar RM1,500 bagi program latihan profesional sehari. Inisiatif ini dilihat sebagai usaha Kawasaki Malaysia untuk menjadikan latihan tunggangan lebih mudah diakses oleh pemilik motosikal mereka.

Kawasaki Malaysia

Menurut Husaini Johari, program seperti ini memberi peluang kepada Kawasaki Malaysia untuk mendekati komuniti penunggang dengan lebih bermakna.

“Program seperti Kawasaki Velocity Weekend Riding Camp ini bukan sekadar tunggang atas litar, tetapi membantu pemilik memahami motosikal mereka dengan lebih baik, meningkatkan kemahiran serta merasai pengalaman jenama Kawasaki dalam suasana yang selamat dan tersusun,” katanya.

Kawasaki Malaysia

Acara tersebut turut mendapat sokongan beberapa rakan kerjasama termasuk LEXIN Malaysia sebagai rakan interkom rasmi dan Michelin sebagai rakan tayar rasmi program itu.

Wakil media yang dijemput juga diberi peluang merasai sendiri pengalaman latihan tersebut sebagai persediaan kepada lebih banyak sesi riding camp yang dijangka dianjurkan Kawasaki Malaysia pada masa akan datang.

Kawasaki Malaysia

Related ItemsbaruberitaHorizon Beranangi-RidekawasakimalaysiamodenasUtamazx4r
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 20, 2026
Hazique Zairill

Related ItemsbaruberitaHorizon Beranangi-RidekawasakimalaysiamodenasUtamazx4r

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

iMotorbike Melancarkan Kempen “Penang Mega Sale” di Penang
Qabil Irfan Mulakan Cabaran Eropah di Moto4 European Cup 2026