• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Ketinggian Bukan Halangan: 5 Motor Terbaik Untuk Rider Rendah

Ketinggian Bukan Halangan: 5 Motor Terbaik Untuk Rider Rendah
Amzar Hazeeq
May 8, 2026

Pilihan motosikal dengan seat height rendah, kawalan lebih mudah dan keyakinan maksimum untuk rider berketinggian rendah.

motor terbaik untuk rider rendah

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Bagi rider yang berketinggian rendah, memilih motosikal bukan sekadar soal gaya atau kuasa enjin. Faktor seperti seat height, berat motosikal dan keseimbangan memainkan peranan besar dalam menentukan keselesaan dan keyakinan ketika menunggang.

Jika kaki tak mencecah tanah dengan baik, ia boleh menyukarkan kawalan terutama ketika berhenti, parking atau menunggang dalam trafik sesak. Sebab itu, memilih motosikal yang sesuai sangat penting. Dalam artikel ini, kami senaraikan 5 motosikal yang sesuai untuk rider rendah, lengkap dengan spesifikasi ringkas dan sebab kenapa ia pilihan yang baik.

motor terbaik untuk rider rendah

1. Kawasaki Vulcan S

Kawasaki Vulcan S merupakan antara pilihan paling popular dalam kategori cruiser untuk rider rendah. Ia menggunakan enjin 649cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 60 hp dan 63 Nm tork, dengan karakter kuasa yang smooth dan mudah dikawal walaupun untuk rider yang kurang berpengalaman.

Apa yang membuatkan Vulcan S sangat sesuai ialah seat height yang agak rendah berbanding motosikal di dalam kelasnya, sekitar 705mm. Ini membolehkan rider meletakkan kedua-dua kaki dengan lebih yakin ketika berhenti.

Selain itu, posisi kaki yang ke hadapan dan handlebar position yang santai menjadikan riding position lebih relaks, sesuai untuk perjalanan jauh mahupun harian. Tambahan pula, sistem Ergo-Fit dari Kawasaki membolehkan beberapa pelarasan dibuat mengikut keselesaan rider, menjadikannya lebih mesra untuk pelbagai ketinggian.

motor terbaik untuk rider rendah

2. Harley-Davidson Forty-Eight

Harley-Davidson Forty-Eight terkenal dengan gaya bobber klasik dan stance yang rendah serta agresif. Ia dikuasakan enjin 1200cc V-twin yang menghasilkan sekitar 96 Nm tork, dan mampu memberikan tork kuat pada rpm rendah, menjadikannya sangat menyeronokkan untuk cruising santai tanpa perlu memerah enjin.

Dengan seat height sekitar 660mm bagi model tahun 2010, motosikal ini sangat sesuai untuk rider rendah kerana kaki boleh menjejak tanah dengan lebih stabil. Walaupun motor ini seidkit berat, pusat graviti yang rendah membantu menjadikan motosikal ini terasa lebih seimbang dan mudah dikawal pada kelajuan rendah.

Reka bentuknya yang kompak dan seating position yang rendah juga memberi keyakinan tambahan kepada rider, terutama ketika berhenti di lampu isyarat atau bergerak perlahan dalam trafik.

motor terbaik untuk rider rendah

3. Ducati Diavel Carbon

Ducati Diavel Carbon mungkin kelihatan besar dan berkuasa, tetapi dari segi ergonomik ia sebenarnya agak mesra untuk rider rendah. Ia dilengkapi enjin 1198cc Testastretta 11° yang menghasilkan sekitar 162 hp dan 127 Nm tork, memberikan prestasi yang sangat agresif apabila diperlukan.

Walaupun berkuasa, seat height sekitar 770mm membantu rider rendah untuk menjejak tanah dengan lebih yakin. Tambahan pula, reka bentuk casis dan pengagihan berat yang baik menjadikan motosikal ini terasa lebih stabil daripada yang dijangka, terutama pada kelajuan rendah.

Riding position yang sedikit sporty tetapi masih selesa menjadikannya sesuai untuk rider yang mahukan gabungan prestasi tinggi dan keselesaan dalam satu pakej.

motor terbaik untuk rider rendah

4. Royal Enfield Shotgun 650

Royal Enfield Shotgun 650 menawarkan gabungan gaya retro dan prestasi moden yang semakin popular dalam kalangan rider. Ia menggunakan enjin 648cc parallel-twin yang menghasilkan sekitar 46 hp dan 52 Nm tork, dengan delivery kuasa yang linear dan mudah dijangka.

Seat height sekitar 795mm mungkin tinggi sikit berbanding motor-motor lain dalam senarai ini, tetapi reka bentuk tempat duduk yang lebar dan posisi yang lebih rendah di bahagian tengah membantu rider untuk menjejak tanah dengan lebih mudah. Ini memberikan rasa lebih stabil walaupun mempunyai seat height yang tinggi sedikit.

Dari segi ergonomik, riding position yang santai dan berat yang seimbang menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian serta touring ringan. Ia juga sesuai untuk rider yang mahukan gaya unik tanpa perlu mengorbankan keselesaan.

motor terbaik untuk rider rendah

5. CMC XY400

CMC XY400 adalah pilihan yang lebih mampu milik untuk rider yang ingin mencuba motosikal gaya retro dengan kuasa mengagumkan. Ia menggunakan enjin 397cc yang menhasilkan sekitar 26 hp dan 30 Nm tork, cukup untuk kegunaan harian, terutama bagi rider yang baru beralih dari kapcai atau skuter ke motosikal lebih besar.

Dengan seat height sekitar 790mm, ia mampu memberikan kelebihan besar kepada rider rendah kerana kaki boleh menapak dengan penuh, meningkatkan keyakinan ketika berhenti atau mengawal motosikal pada kelajuan rendah.

Selain itu, reka bentuk yang ringan dan mudah dikendalikan juga menjadikan motosikal ini sebagai pilihan yang praktikal untuk kegunaan harian tanpa rasa terlalu menggentarkan.

Kesimpulan

Memilih motosikal untuk rider rendah bukan sekadar melihat spesifikasi di atas kertas. Faktor seperti seat height, keseimbangan dan posisi menunggang memainkan peranan besar dalam menentukan keselesaan sebenar.

Model seperti Kawasaki Vulcan S dan CMC XY400 menawarkan kemudahan kawalan yang tinggi, manakala model seperti Ducati Diavel Carbon pula membuktikan bahawa motosikal berkuasa tinggi juga boleh mesra rider rendah dengan reka bentuk yang betul.

Apa pun pilihan anda, cuba duduk dan rasa sendiri motosikal tersebut sebelum membuat keputusan. Ini kerana keselesaan setiap rider adalah berbeza dan bergantung kepada pengalaman masing-masing. Jika anda berminat dengan motosikal di dalam senarai ini, atau anda ingin menjual, atau trade in motor, boleh layari website iMotorbike untuk maklumat lanjut atau datang ke showroom berdekatan anda.

@imotorbike.my

U guys dekat luar sana yang mana rendah, boleh try motor motor ni😆🏍️ imotorbike malaysia top5 bikers rendah

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026baruberitacmcducatiharley davidsonIndustrikawasakiKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliroyal enfieldUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 8, 2026
Amzar Hazeeq

Related Items2026baruberitacmcducatiharley davidsonIndustrikawasakiKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliroyal enfieldUtama

More in Berita

Farid Hakimi Pertahan Gelaran CP125 di Jempol

Hazique ZairillJune 30, 2026
Read More

Farres Putra Raih Kemenangan Sulung CP150 di Cub Prix Jempol

Hazique ZairillJune 30, 2026
Read More

Hakim Danish Kini Enam Terbaik Dunia Selepas Cemerlang di GP Belanda

Amzar HazeeqJune 30, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Student Pada Tahun 2026

Amzar HazeeqJune 29, 2026
Read More

Mat Rempit Berdepan Hukuman Lebih Berat Menerusi Seksyen 42A Baharu

Hazique ZairillJune 29, 2026
Read More

Top 5 Motor Touring Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 5 Motor High-End di iMotorbike KL

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 6 Skuter Bawah RM10,000 Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqJune 26, 2026
Read More

Top 5 Motor Klasik Yang Berbaloi Dimiliki Pada 2026

Hazique ZairillJune 26, 2026
Read More

Hakim Danish Cipta Sejarah di GP Republik Czech

Amzar HazeeqJune 22, 2026
Read More

MyLesen B2 2026: Kerajaan Tawar Lesen Motosikal Percuma Untuk Belia dan Pelajar

Hazique ZairillJune 19, 2026
Read More

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3

Hazique ZairillJune 10, 2026
Read More
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Honda Perkenal ADV160 2026 di Malaysia Bike Show
    BeritaJune 3, 2026
  • Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900
    BeritaJune 4, 2026
  • SYM Husky 200 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM10,998
    BeritaJune 5, 2026
  • Top 5 Motosikal Pilihan Jun 2026: Berbaloi Dibeli Untuk Pelbagai Jenis Rider
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 1000MT-X Tiba di Malaysia, Pada Harga RM51,888
    BeritaJune 4, 2026
  • CFMOTO 750SR-S Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM41,888
    BeritaJune 4, 2026
  • MODENAS lancar Kawasaki Z650S di Malaysia Bike Show 2026
    BeritaJune 3, 2026
  • Farid Hakimi Pertahan Gelaran CP125 di Jempol
    BeritaJune 30, 2026
  • Farres Putra Raih Kemenangan Sulung CP150 di Cub Prix Jempol
    BeritaJune 30, 2026
  • Hakim Danish Kini Enam Terbaik Dunia Selepas Cemerlang di GP Belanda
    BeritaJune 30, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Student Pada Tahun 2026
    BeritaJune 29, 2026
  • Mat Rempit Berdepan Hukuman Lebih Berat Menerusi Seksyen 42A Baharu
    BeritaJune 29, 2026
  • Top 5 Motor Touring Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 5 Motor High-End di iMotorbike KL
    BeritaJune 26, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Peugeot Motocycles Secara Rasmi Memasuki Malaysia Dengan Barisan XP400, Django dan Speedfight
Nak Jual Motor, Tapi Tak Laku? Ini Kesilapan Yang Buat Motor Susah Dijual
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat