• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Sesi Pemilihan RCB MotoKidz Championship 2026 Terus Cungkil Bakat Baharu

Sesi Pemilihan RCB MotoKidz Championship 2026 Terus Cungkil Bakat Baharu
Amzar Hazeeq
April 6, 2026

Enam pelumba muda terpilih sertai program pembangunan selepas sesi pemilihan di Litar Horizon Beranang.

RCB MotoKidz Championship 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Sesi pemilihan tahunan RCB MotoKidz Championship 2026 telah berjaya dianjurkan di Litar Horizon Beranang Circuit pada 4 Mac 2026, sekali lagi membuktikan peranan penting program ini dalam mencungkil dan membangunkan bakat pelumba muda di Malaysia.

Diperkenalkan sejak tahun 2025, program ini terus menjadi platform pembangunan akar umbi yang tersusun bagi melahirkan pelumba berpotensi tinggi. Untuk edisi kali ini, seramai 27 peserta telah mendaftar secara dalam talian sebelum melalui proses tapisan ketat berdasarkan syarat umur dan kriteria yang ditetapkan.

RCB MotoKidz Championship 2026

Penilaian menyeluruh kenal pasti potensi sebenar pelumba muda

Sesi pemilihan dijalankan menggunakan format penilaian yang komprehensif, merangkumi dua komponen utama iaitu Basic Riding dan Full Riding.

Dalam sesi Basic Riding, peserta dinilai dari segi kawalan asas jentera, keseimbangan serta tahap keyakinan. Manakala sesi Full Riding pula memberi tumpuan kepada kemahiran lanjutan seperti pemilihan racing line, kawalan throttle serta konsistensi tunggangan di atas litar.

Melalui pendekatan ini, pasukan ZK Racing berjaya mengenal pasti pelumba muda yang bukan sahaja mempunyai asas tunggangan yang kukuh, malah menunjukkan potensi besar untuk berkembang dalam suasana kompetitif.

RCB MotoKidz Championship 2026

Enam pelumba terpilih sertai program pembangunan 2026

Hasil daripada sesi pemilihan tersebut, seramai enam pelumba muda telah dipilih untuk menyertai program pembangunan di bawah RCB MotoKidz Championship bagi musim 2026:

  1. Muhammad Danish Darwish Bin Erwan Shah
  2. Mikael Bin Muslihin
  3. Muhammad Z Malique bin Muhammad Iskandar Z
  4. Uwais Bin Abdulmuiz
  5. Kiden Khoo Yun Shen
  6. Mohammad Raimi Bin Mohd Shubli

RCB MotoKidz Championship merupakan kesinambungan kepada program pembangunan sedia ada di bawah MotoMini Malaysia, yang memberi fokus kepada pembangunan pelumba secara berperingkat dari akar umbi ke tahap lebih tinggi.

RCB MotoKidz Championship 2026

Persaingan lebih sengit musim 2026

Bagi musim 2026, seramai lapan pelumba dari musim 2025 akan kembali bersaing, sekali gus meningkatkan tahap persaingan dan kualiti perlumbaan dalam kalangan pelumba muda.

Dalam perkembangan sama, Juara Keseluruhan RCB MotoMini Championship 2025, Fayyadh Anaqi, akan melangkah ke kategori SIC Ohvale Junior Championship (110cc), menandakan satu lagi langkah penting dalam laluan pembangunan kariernya.

RCB MotoKidz Championship 2026

Sokongan RCB dan UMA Racing perkukuh pembangunan akar umbi

Sebagai penaja utama, RCB terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menyokong pembangunan sukan permotoran dua roda di Malaysia. Kejuaraan ini turut mendapat sokongan UMA Racing sebagai rakan strategik dalam usaha memperkasakan pembangunan bakat muda.

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan dalam melahirkan generasi pelumba yang bukan sahaja kompetitif di peringkat kebangsaan, malah berpotensi untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.

RCB MotoKidz Championship 2026

Zulfahmi Khairuddin puji potensi pelumba muda

Pengarah Kejohanan, Zulfahmi Khairuddin, menyifatkan tahap peserta yang hadir sebagai memberangsangkan:

“Secara keseluruhan, semua pelumba menunjukkan asas tunggangan yang baik dan mampu mengawal jentera dengan baik. Ada beberapa yang masih belum biasa dengan litar penuh, tetapi itu perkara normal di peringkat awal dan boleh dipertingkatkan melalui latihan berterusan.”

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap potensi pelumba muda serta menjangkakan musim 2026 akan menjadi lebih kompetitif dan menarik.

“Kami melihat potensi yang sangat positif dalam kalangan pelumba muda ini dan tidak sabar untuk menyaksikan perkembangan mereka sepanjang musim 2026.”

Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada RCB dan UMA Racing atas sokongan berterusan, serta menggalakkan ibu bapa untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak dalam sukan permotoran.

“Kami sentiasa terbuka untuk membantu dan memberi penerangan kepada ibu bapa yang berminat. Jangan ragu untuk hubungi kami melalui emel atau media sosial.”

Dengan pendekatan pembangunan yang tersusun, RCB MotoKidz Championship terus memainkan peranan penting sebagai platform akar umbi dalam membentuk masa depan sukan permotoran negara.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaRCB MotoKidz Championshipsukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 6, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai MotorLokalmalaysiaRCB MotoKidz Championshipsukan motorUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Cara Bawa Motor Clutch untuk Beginners: Step-by-Step Guide (Tips dari Rider Berpengalaman)
KTM RC 450 Diperkenalkan di China