• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Morbidelli T502X Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM28,888

Morbidelli T502X Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM28,888
Hazique Zairill
April 21, 2026

Motosikal adventure pertengahan ini tampil dengan ciri moden dan pakej lengkap untuk kegunaan touring serta off-road ringan.

Morbidelli T502X

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Segmen motosikal adventure touring pertengahan di Malaysia kini semakin menarik dengan kehadiran Morbidelli T502X, yang dibawa masuk secara rasmi oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd. 

Model ini ditawarkan pada harga RM28,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, serta hadir dalam dua pilihan warna iaitu Bulk Black dan Thunder Blue. T502X direka untuk penunggang yang mahukan motosikal serba boleh, sesuai untuk tunggangan atas jalan raya dan juga laluan off-road ringan.

Morbidelli T502X dikuasakan oleh enjin dua silinder selari, DOHC, penyejukan cecair, yang menghasilkan 46.9 hp pada 8,500 rpm dan 45 Nm tork pada 6,750 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui gearbox dengan enam kelajuan lengkap dengan slipper clutch dan pacuan rantai, memberikan penghantaran kuasa yang lancar dan responsif.

Morbidelli T502X

Di bahagian hadapan, motosikal ini menggunakan fork terbalik (USD) dengan pelarasan redaman, manakala di belakang dilengkapi monoshock dengan pelarasan preload dan redaman untuk keselesaan dan kestabilan dalam pelbagai keadaan jalan.

Sistem brek menggunakan komponen daripada J.Juan, dengan cakera berkembar 300 mm di hadapan bersama kaliper empat omboh, serta cakera 240 mm di belakang dengan kaliper satu omboh. ABS dua saluran turut disediakan sebagai ciri standard.

Morbidelli T502X

T502X menggunakan tayar Pirelli bersaiz 110/80-19 di hadapan dan 150/70-17 di belakang. Maklumat tunggangan dipaparkan melalui skrin TFT-LCD 7 inci, lengkap dengan sambungan telefon pintar melalui sistem T-Box dan aplikasi Morbidelli.

Antara ciri tambahan termasuk:

  • Lampu LED penuh dengan projektor hadapan
  • Port pengecas USB Type-A dan Type-C
  • Mod tunggangan (Road & Off-Road)
  • Kawalan traksi
  • Sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS)
  • Cermin hadapan boleh laras dan pelindung tangan

Sebagai motosikal adventure, T502X turut didatangkan dengan set bagasi lengkap, termasuk pannier sisi 32 liter dan kotak atas 45 liter, menjadikannya sedia untuk perjalanan jauh sebaik keluar dari showroom.

Motosikal ini mempunyai berat sekitar 210 kg, tangki bahan api berkapasiti 18 liter, serta ketinggian tempat duduk 830 mm.

Setiap pembelian Morbidelli T502X disertakan dengan waranti dua tahun tanpa had perbatuan, serta kemudahan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian melalui Mforce.

Dengan harga yang kompetitif, spesifikasi lengkap dan keupayaan serba boleh, Morbidelli T502X 2026 dilihat sebagai salah satu pilihan menarik dalam segmen adventure touring di Malaysia.

Related Items2026adventurebaruberitamalaysiaMforce Bike Holding Sdn BhdmorbidellitouringUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 21, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026adventurebaruberitamalaysiaMforce Bike Holding Sdn BhdmorbidellitouringUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

QJMotor Berlumba di Assen, Lepasi Halangan Homologasi
Hakim Danish Fokus Keputusan Terbaik di Jerez