• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Fokus Keputusan Terbaik di Jerez

Hakim Danish Fokus Keputusan Terbaik di Jerez
Amzar Hazeeq
April 21, 2026

Pelumba Moto3 negara sasar aksi cemerlang di GP Sepanyol selepas persiapan rapi di Sepanyol.

Hakim Danish Jerez Moto3

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, bertekad untuk mencipta keputusan terbaik menjelang Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix Sepanyol yang akan berlangsung di Litar Jerez dari 24 hingga 27 April ini.

Litar Jerez bukanlah sesuatu yang asing buat pelumba berusia 18 tahun itu. Sebelum ini, Hakim Danish pernah mencipta kejutan apabila berjaya meraih dua podium tempat kedua berturut-turut dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup di litar yang sama. Rekod cemerlang itu menjadi suntikan motivasi tambahan buatnya untuk memburu keputusan positif dalam penampilan Moto3 kali ini.

Hakim Danish Jerez Moto3

Persiapan intensif di Sepanyol jadi kelebihan

Selepas tamat perlumbaan di GP Amerika Syarikat (COTA) tiga minggu lalu, pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu memilih untuk kekal di Sepanyol bagi menjalani persiapan rapi berbanding pulang ke tanah air.

Tempoh tersebut dimanfaatkan sepenuhnya dengan latihan fizikal intensif termasuk berbasikal, latihan kecergasan serta sesi tunggangan bersama pelumba kejuaraan dunia lain. Persiapan ini dilihat sebagai langkah penting untuk memastikan beliau berada pada tahap terbaik menjelang perlumbaan di Jerez.

Hakim Danish Jerez Moto3

Yakin dengan kekuatan di selekoh laju

Hakim Danish turut menyasarkan untuk memanfaatkan kelebihan dirinya di selekoh berkelajuan tinggi, yang merupakan antara kekuatan utamanya. Namun begitu, beliau juga sedar cabaran sebenar di Jerez terletak pada zon ‘hard braking’ serta kombinasi selekoh teknikal yang memerlukan fokus tinggi sepanjang perlumbaan.

Litar sepanjang 4.4 kilometer itu mempunyai lapan selekoh kanan, lima selekoh kiri serta laluan lurus sejauh 607 meter, menjadikannya antara litar yang mencabar dalam kalendar MotoGP.

“Selepas tiga minggu berehat, saya sangat tidak sabar untuk kembali beraksi. Saya berasa cukup bersemangat dan bermotivasi untuk perlumbaan hujung minggu ini.

“Saya kekal di Sepanyol untuk menjalani latihan bersama pelumba lain. Jerez adalah antara litar kegemaran saya kerana mempunyai selekoh berkelajuan tinggi yang saya gemari. Walaupun terdapat zon ‘stop-and-go’ dan ‘hard braking’, saya yakin dapat memberikan yang terbaik,” kata Hakim Danish.

Beliau turut berharap sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia dalam usaha memburu keputusan cemerlang.

Hakim Danish Jerez Moto3

Cabaran besar tetapi kekal optimis

Sementara itu, Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, mengakui cabaran di Jerez bukanlah mudah memandangkan kebanyakan pelumba sudah biasa dengan litar tersebut.

Namun, beliau tetap optimis dengan kemampuan Hakim Danish walaupun berdepan kesukaran ketika sesi pramusim sebelum ini.

“Litar Jerez akan menjadi cabaran besar kerana ramai pelumba sudah biasa berlatih di sini. Tambahan pula, persiapan pramusim Danish tidak berjalan lancar akibat kemalangan.

“Namun, pengalaman daripada tiga perlumbaan musim ini memberi keyakinan. Kami telah menetapkan sasaran tertentu dan saya percaya Danish mampu tampil kompetitif seawal sesi latihan bebas,” katanya.

Sasar kedudukan lebih baik dalam carta keseluruhan

Selepas tiga pusingan, Hakim Danish kini berada di kedudukan ke-14 keseluruhan dengan kutipan sembilan mata. Dengan persiapan mental dan fizikal yang semakin mantap, beliau dijangka mampu memberikan tentangan sengit di Jerez.

Aksi di GP Sepanyol ini bakal menjadi penentu penting buat Hakim Danish dalam usahanya untuk memperbaiki kedudukan dan terus mengukuhkan reputasi sebagai antara bakat muda terbaik negara di pentas dunia.

Related Items2026baruberitahakim danishJerezKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 21, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitahakim danishJerezKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama

More in Berita

Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillSeptember 18, 2026
Read More

Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

iMotorbike Motor Day Sale Kembali Dengan Diskaun RM5,500

Hazique ZairillSeptember 17, 2026
Read More

ZXMoto 500RR vs Kawasaki Ninja ZX-4RR: Pendatang Baharu atau Jenama Ternama?

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

5 Tanda Bateri Motosikal Anda Akan Habis

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Cemerlang di GP Austria

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

Kawasaki Ninja H2 2027 Kembali dengan Enjin Euro 5+

Hazique ZairillSeptember 17, 2026
Read More

5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike

Amzar HazeeqSeptember 15, 2026
Read More

4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam

Hazique ZairillSeptember 15, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Top 5 Motor untuk Female Rider yang Rendah dan Pendek
    BeritaAugust 26, 2026
  • MForce Umum Penarikan Balik Keeway XDV 180 Evo
    BeritaAugust 24, 2026
  • Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 Kini Rasmi di Malaysia
    BeritaAugust 24, 2026
  • Review Honda CBR250RR 2026: Sportbike 250cc Paling Bagus?
    BeritaAugust 21, 2026
  • iMotorbike Lancar Merdeka Promo dengan Diskaun Sehingga RM690
    BeritaAugust 24, 2026
  • Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Morbidelli T502X Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM28,888
iMotorbike Lancar “JB Style Mega Sale 2026” Tawaran Eksklusif untuk Rakyat Johor  

iMotorbike Promotion

Express Service from RM49

Limited-time price for first-time Express Service customers:

  • Kapcai & scooter, 150cc and below First-time Express Service customers, Standard Package only Until 30 Sep 2026
Book Express Service
  • Eneos oil change + OEM oil filter included
  • Full bike inspection before you ride off

Or call us: 013-833 3259

View full terms

*Terms and conditions apply. Standard Package, 150cc and below, first-time customers only.