• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Aprilia SR GT 200 Sport 2026 Kini Lebih Mampu Milik, Harga Baharu RM15,900

Aprilia SR GT 200 Sport 2026 Kini Lebih Mampu Milik, Harga Baharu RM15,900
Amzar Hazeeq
April 27, 2026

Didi Group umum penurunan harga untuk skuter urban adventure popular, tawarkan prestasi sporty dengan nilai lebih menarik kepada rider Malaysia.

Aprilia SR GT 200 Sport 2026 Malaysia

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Aprilia SR GT 200 terus menunjukkan prestasi kukuh di pasaran Malaysia sejak pelancarannya. Lebih 2,000 unit telah berjaya diserahkan kepada pelanggan di seluruh negara. Model ini membantu mengukuhkan lagi jenama Aprilia dalam segmen skuter premium urban adventure. Ia juga berjaya menarik lebih ramai peminat motosikal di Malaysia.

Untuk tahun 2026, Didi Group mengumumkan harga baharu yang lebih kompetitif bagi Aprilia SR GT 200 Sport, menjadikannya lebih mudah dimiliki oleh rider di Malaysia. Bermula sekarang, model ini ditawarkan pada harga RM15,900. Pelarasan ini menjadikan SR GT 200 Sport lebih menarik dalam segmennya.

Langkah ini bertujuan untuk menjadikan model ini lebih mudah diakses oleh pasaran tempatan, terutamanya bagi rider yang mahukan skuter sporty tetapi masih praktikal untuk kegunaan harian. Aprilia SR GT 200 Sport direka sebagai skuter urban adventure yang menggabungkan keselesaan skuter harian dengan karakter lebih lasak.

Aprilia SR GT 200 Sport 2026 Malaysia

Reka bentuknya lebih tinggi dan tegap dan memberikan posisi menunggang yang lebih yakin dalam trafik bandar. Suspension long-travel membantu meningkatkan keselesaan dan juga kestabilan ketika melalui jalan yang tidak rata.

Dari segi prestasi, SR GT 200 Sport dikuasakan oleh enjin 174cc satu silinder, 4-stroke, liquid-cooled yang menghasilkan sekitar 17.4 hp pada 8,500 rpm dan 16.5 Nm tork pada 7,000 rpm dan dipadankan dengan transmisi CVT automatik. Kelajuan maksimum sekitar 120 hingga 125 km/j bergantung kepada keadaan jalan. Ini menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian di bandar.

Dari segi ciri keselamatan, model ini menggunakan brek cakera depan dan belakang berserta sistem ABS di kedua-dua roda yang membantu untuk meningkatkan kawalan ketika membrek dan memberikan prestasi membrek yang lebih stabil. Suspensi depan menggunakan telescopic fork dan bahagian belakang pula menggunakan sistem preload adjustment untuk keselesaan tambahan.

Aprilia SR GT 200 Sport 2026 Malaysia

Lampu LED penuh digunakan pada kesluruhan motosikal. Paparan digital LCD pula memudahkan bacaan maklumat ketika sedang menunggang. Moto ini mempunyai tangki bahan api berkapasiti sekitar 9 liter yang sesuai untuk perjalanan harian tanpa perlu kerap mengisi minyak.

Dari segi ergonomik, ketinggian tempat duduk sekitar 799mm yang mampu memberikan posisi menunggang yang lebih tegak. Posisi ini membantu rider melihat jalan dengan lebih jelas dan juga mengurangkan keletihan ketika menunggang jauh. Walaupun sedikit tinggi untuk sesetengah rider, keseluruhannya masih selesa untuk kegunaan harian.

Di peringkat global, Aprilia terus menunjukkan prestasi baik dalam MotoGP 2026. Beberapa podium dan kemenangan telah berjaya dicapai, mengukuhkan lagi reputasi jenama Aprilia. Teknologi perlumbaan ini turut dibawa ke model jalanan seperti SR GT 200 Sport.

Aprilia SR GT 200 Sport 2026 Malaysia

Menurut Didi Group, harga baharu ini bertujuan untuk mendekatkan Aprilia kepada lebih ramai pengguna di Malaysia. Gabungan prestasi, reka bentuk sporty dan teknologi menjadikan model ini antara skuter urban adventure paling seimbang di pasaran.

Aprilia SR GT 200 Sport 2026 kini boleh didapati di semua pengedar rasmi Aprilia di Malaysia. Pelanggan boleh melawat bilik pameran untuk melihat model ini dengan lebih dekat. Dengan harga baharu RM15,900, model ini menjadi lebih kompetitif dalam segmennya. Ia menawarkan gabungan gaya, prestasi dan keselesaan untuk rider Malaysia.

Related Items2026apriliabaruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiaUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 27, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026apriliabaruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiaUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Review Blueshark R1: Ride Dalam Bandar, Kini Lebih Mesra Alam
Modenas MEV-1 Pro SX vs Modenas MEV-2: Yang Mana Lagi Best?