• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Situasi Harian Yang Tunjukkan Pentingnya Insurans Motosikal

5 Situasi Harian Yang Tunjukkan Pentingnya Insurans Motosikal
Amzar Hazeeq
December 5, 2025

Anda mungkin rasa tak perlu… sampai satu hari insiden kecil buat anda sedar betapa pentingnya insurans motosikal.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Ramai rider fikir insurans motosikal hanya berguna bila berlaku kemalangan besar. Hakikatnya, insurans sebenarnya melindungi anda dalam banyak situasi kecil yang berlaku setiap hari. Kadang-kadang anda sendiri tak perasan betapa pentingnya insurans sehingga sesuatu berlaku secara tiba-tiba. Dalam artikel ini, jom kita tengok beberapa situasi harian biasa yang ramai rider lalui dan bagaimana insurans sebenarnya memainkan peranan penting untuk melindungi anda daripada kos yang tidak dijangka.

Situasi 1: Motor Kena Langgar Semasa Parking

Anda mungkin pernah hadapi situasi ini. Anda park motor elok-elok, dalam kotak, tau-tau nampak calar, signal pecah, atau motor terbalik sebab orang lain terlanggar. Benda macam ni nampak kecil, tapi kos repair boleh jadi lebih mahal daripada yang dijangkakan. Dengan insurans komprehensif, anda boleh claim kerosakan seperti ini tanpa perlu tanggung kos penuh. Insurans membantu untuk kurangkan beban kewangan, terutama kalau pelakunya tak dapat dikenal pasti.

Situasi 2: Dilanggar Kereta yang Tiba-Tiba Masuk Lorong Anda

Situasi macam ini sangat biasa. Anda bawa motor dalam keadaan stabil, tiba-tiba kereta depan tukar lorong tiba-tiba tanpa signal. Anda brek, tapi terkena juga. Walaupun kemalangan kecil, kerosakan pada fairing, handlebar, atau rim boleh menelan belanja tinggi. Insurans membantu anda untuk urus claim dengan pihak ketiga, termasuk laporan polis dan pembaikan, tanpa perlu pening kepala.

Pentingnya Insurans Motosikal

Situasi 3: Terkena Jalan Licin atau Lubang Jalan

Hujan renyai-renyai pun dah cukup buat jalan jadi licin. Bila brek mengejut, motor boleh hilang kawalan dan terjatuh. Ada juga yang terlanggar lubang jalan yang dalam sampai rim bengkok atau tayar pecah. Dalam kes begini, insurans komprehensif ada untuk bantu cover kos repair, terutama jika kerosakan besar atau melibatkan bahagian penting seperti fork, rim atau fairing.

Pentingnya Insurans Motosikal

Situasi 4: Motor Tiba-Tiba Rosak di Tengah Jalan

Ramai rider lupa bahawa insurans bukan hanya melibatkan kemalangan. Ada insurans yang menyediakan add-on seperti towing, roadside assistance, dan bantuan kecemasan jika motor tiba-tiba rosak. Bayangkan motor mati tengah jalan, siapa tak gelabah. Dengan insurans yang ada bantuan kecemasan, anda boleh terus panggil towing tanpa bayar mahal secara tunai. Ia selamatkan masa, tenaga, dan poket anda.

Situasi 5: Motor Hilang dari Parking atau Dicuri

Ini mimpi ngeri setiap rider. Anda park motor di tempat biasa, balik nanti motor dah tak ada. Mula-mula fikir hilang sekejap orang terambik atau kena tarik, rupanya memang hilang terus. Kes kecurian motosikal di Malaysia masih tinggi, terutama model-model yang tengah panas. Insurans komprehensif dengan perlindungan kecurian akan membantu anda kurangkan kerugian besar. Tanpa insurans, anda mungkin perlu tanggung kos beli motor baru sepenuhnya.

Kesimpulan

Setiap hari, rider terdedah kepada risiko kecil dan besar. Kadang-kadang kita rasa semuanya okay, tetapi insiden kecil pun boleh menyebabkan kos yang tak disangka. Insurans motosikal sebenarnya bukan sekadar syarat untuk renew roadtax, ia adalah perlindungan penting untuk keselamatan kewangan dan ketenangan fikiran anda sebagai rider. Dengan coverage yang betul, anda bukan sahaja lebih bersedia, malah lebih yakin setiap kali berada di jalan raya.

Related Items2025baruberitainsurans motosikalKedai Motormalaysiapentingnya insurans motosikalUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
December 5, 2025
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2025baruberitainsurans motosikalKedai Motormalaysiapentingnya insurans motosikalUtama

More in Berita

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Hakim Danish Bangkit Raih Mata Berharga di GP Jepun

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Punca Motosikal Rosak Tengah Jalan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 5, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 9, 2026
  • Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia
    BeritaOctober 9, 2026
  • Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika
    BeritaOctober 8, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 
    BeritaOctober 7, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Cara Claim Insurans Motosikal Tanpa Stress: Panduan Lengkap Untuk Rider
Benda Simple Tapi Ramai Salah: Kesilapan Claim Insurans Motosikal Yang Anda Kena Tahu