• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Kerajaan Turunkan Harga RON95 Kepada RM1.99 Seliter

Kerajaan Turunkan Harga RON95 Kepada RM1.99 Seliter
Hazique Zairill
September 22, 2025

Melalui inisiatif BUDI95, rakyat Malaysia bakal menikmati harga petrol lebih murah bermula 30 September 2025.

RON95

Langgan saluran Telegram kami untuk berita terkini segera!

Kerajaan mengumumkan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter untuk semua rakyat Malaysia bermula 30 September 2025 menerusi pelaksanaan inisiatif penyasaran subsidi BUDI95.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah tersebut adalah tanda penghargaan kerajaan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, selain memastikan manfaat subsidi hanya dinikmati secara adil oleh warganegara.

RON95

“Melalui BUDI95, kerajaan menurunkan harga RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia, sebagai penghargaan dan manfaat terus kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulan September 2025 Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, hasil daripada penjimatan subsidi sebelum ini yang turut dinikmati bukan warganegara serta syarikat besar akan disalurkan kembali untuk kepentingan rakyat.

Sebagai langkah awal, anggota polis dan tentera akan mula menikmati harga RM1.99 seliter bermula 27 September, diikuti golongan B40 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 September, sebelum diperluaskan kepada semua warganegara pada 30 September 2025.

RON95

“Subsidi RON95 ini khusus untuk rakyat Malaysia sahaja, manakala bukan warganegara dan syarikat besar perlu membayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter. Tiada syarat tahap pendapatan dikenakan, dengan dianggarkan lebih 16 juta rakyat layak menikmati subsidi ini,” tambah Anwar.

Bagi mendapatkan harga subsidi, rakyat hanya perlu menggunakan MyKad sah di pam minyak atau melalui aplikasi digital seperti Touch ‘n Go dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel. Tiada pendaftaran tambahan diperlukan, sekali gus memudahkan proses pembelian tanpa menjejaskan kelancaran transaksi.

Perdana Menteri turut menjelaskan, pelaksanaan subsidi secara berperingkat ini bertujuan memberi masa kepada rakyat membiasakan diri dengan mekanisme baharu sebelum pelaksanaan penuh bermula hujung bulan ini.

Related Items2025baruberitamalaysiaMinyakpetrolSubsidiUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 22, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitamalaysiaMinyakpetrolSubsidiUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Fungsi ABS pada Motosikal: Lebih Selamat di Jalan Raya
Hakim Danish Terlepas Podium di JuniorGP Misano