• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Terlepas Podium di JuniorGP Misano

Hakim Danish Terlepas Podium di JuniorGP Misano
Hazique Zairill
September 22, 2025

Pelumba muda negara berusia 18 tahun itu hanya meraih empat mata di Pusingan 5 akibat isu suspensi, sekali gus menanti kebangkitan pada aksi seterusnya di Barcelona.

Hakim Danish

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Hasrat pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli untuk kembali ke pentas podium pada Pusingan 5 Kejuaraan Dunia JuniorGP (JrGP) di Litar Misano tidak kesampaian selepas hanya mengutip empat mata keseluruhan, hari ini.

Pelumba pasukan SIC Racing MSi berusia 18 tahun itu berdepan cabaran sejak sesi latihan apabila masalah suspensi depan membataskan prestasinya. Bermula dari grid ke-15 dalam Perlumbaan 1, Hakim hanya mampu menamatkan saingan di tempat ke-15 sekali gus membawa pulang satu mata.

Perlumbaan itu dimenangi pelumba Argentina, Marco Morelli dari pasukan GRYD – Mlav Racing, manakala pendahulu kejuaraan Brian Uriarte serta David Gonzalez melengkapkan podium.

Hakim Danish

Dalam Perlumbaan 2, cabaran Hakim berulang apabila bermula dari petak ke-17. Walaupun berjaya naik ke kedudukan ke-11 pada satu ketika, pelumba kelahiran Terengganu itu akhirnya menamatkan saingan di tempat ke-12 untuk menambah tiga lagi mata.

Kemenangan perlumbaan menjadi milik Brian Uriarte dari pasukan UAX Seventytwo ARTBOX, dengan rakan senegara Sepanyolnya Jesus Rios di tempat kedua dan Rico Salmela dari Finland melengkapkan podium.

Keputusan di Misano menyaksikan kedudukan Hakim dalam carta keseluruhan jatuh ke tangga kesembilan, dengan podium terakhirnya hadir pada pusingan pembukaan di Estoril, Portugal pada Mei lalu.

Pusingan seterusnya, iaitu Pusingan 6 Kejuaraan Dunia JuniorGP, dijadualkan berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada 2 November depan.

Related Items2025baruberitahakim danishktmmalaysiaMisanomotogpUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
September 22, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitahakim danishktmmalaysiaMisanomotogpUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Kerajaan Turunkan Harga RON95 Kepada RM1.99 Seliter
Yamaha NVX vs Honda Vario: Skuter 150cc Paling Popular di Malaysia