• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Motosikal Low Maintenance di Malaysia – Jimat Poket, Senang Jaga!

5 Motosikal Low Maintenance di Malaysia – Jimat Poket, Senang Jaga!
Hazique Zairill
June 5, 2025

Motor tahan lasak, kos servis rendah dan spare part senang cari — ini 5 motosikal paling mudah jaga yang sesuai untuk kegunaan harian!

Langgan saluran Telegram kami untuk berita terkini!

Kalau korang tengah cari motosikal yang senang jaga, tak banyak ragam, dan spare part pun senang cari, inilah senarai yang wajib korang tengok! Motor-motor ni memang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia sebab tahan lasak, kos selenggara rendah dan sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Lagi best, semua model ni ada dijual dalam keadaan terpakai (used) dekat iMotorbike showroom. Korang boleh juga check online dekat imotorbike.com, boleh survey ikut bajet korang!

1. Yamaha 135LC – Raja Kapcai Sporty

Yamaha 135LC memang tak perlu diperkenalkan lagi. Motor ni jadi pilihan ramai sebab walaupun dia kapcai, tapi prestasi dia memang mantap. Dari dulu lagi motor ni memang leje di atas jalan raya negara kita ni. Enjin 135cc 4-lejang SOHC dia cukup reliable, dan part dia memang senang cari dekat mana-mana bengkel.

Kos minyak pun jimat, dan walaupun korang redah jalan jauh setiap hari, motor ni jarang meragam. Maintenance pun tak tinggi, tukar minyak hitam, servis berkala, settle! Nak gaya sporty, tapi tak nak pening kepala? 135LC memang sesuai.

2. Kawasaki Z250 – Naked Bike Power Tanpa Beban Kos Tinggi

Untuk yang nak rasa motor besar tapi tak nak modal tinggi dalam selenggaraan, Kawasaki Z250 adalah antara pilihan terbaik dalam kelas 250cc. Model ni terkenal dengan enjin 2-silinder yang smooth dan tahan lama.

Meskipun motor kategori sport-naked ni nampak ganas, tapi dari segi penyelenggaraan dia cukup mesra pengguna. Banyak bengkel boleh servis, dan part pun tak susah cari. Sesuai untuk yang nak naik kelas dari motor kecil ke motor lebih ‘berkuasa’ tapi masih nak jimat poket.

3. Honda EX5 – Legend Sepanjang Zaman

Kalau cakap pasal low maintenance, memang tak lengkap kalau tak sebut Honda EX5. Ini memang motor sejuta umat. Dari generasi lama sampai sekarang, EX5 kekal jadi pilihan utama mereka yang cari motor untuk ulang-alik kerja, hantar barang, atau pergi pasar.

Enjin dia ringkas, tahan lasak, dan sangat jimat minyak. Kalau korang servis ikut masa, motor ni boleh tahan bertahun-tahun tanpa masalah besar. Dan harga spare part dia? Sangat mesra bajet! Sesuai untuk pelajar, orang tua, atau siapa saja yang nak motor no-drama.

4. Honda Wave Alpha 110 – Pilihan Bijak Harian

Satu lagi model kapcai jimat yang memang power dalam kategori low maintenance. Honda Wave Alpha 110 ni kecil, ringan, dan sangat mudah untuk dikendalikan, ideal untuk ride dalam bandar dan jalan sesak.

Maintenance dia pun murah dan senang. Kos tukar minyak hitam, servis karburator, atau tukar tayar, semuanya dalam bajet. Nak motor yang senang jaga, tapi boleh tahan lasak harian? Wave Alpha ni memang tak mengecewakan.

5. Yamaha NMAX – Skuter Premium, Penyelenggaraan Tak Menyusahkan

NMAX ni pula kategori skuter yang lebih moden, tapi masih termasuk dalam list sebab dia antara skuter yang senang dijaga walaupun nampak premium. Enjin 155cc VVA dia power, tapi tak cerewet sangat.

Dengan teknologi Blue Core, skuter ni bukan sahaja jimat minyak tapi juga tahan lasak. Minyak hitam, CVT belt, dan servis biasa cukup untuk pastikan NMAX korang kekal tip-top. Sesuai untuk korang yang nak gaya urban tapi tak nak keluar duit banyak untuk jaga motor. Motor pun tinggal pulas je dan jalan tak payah nak tukar gear. Kan mudah tu!

Penutup

Tak kira korang pelajar, pekerja, atau rider harian, kalau nak motor yang tak pening kepala dan jimat dari segi selenggaraan, lima model ni memang antara terbaik di pasaran Malaysia. Yang penting, semua ni ada dalam versi terpakai dekat iMotorbike.com, boleh pilih ikut bajet dan terus test ride!

Kalau nak beli, trade-in atau sekadar survey harga, boleh terus contact admin iMotorbike. Senang, cepat, dan korang boleh terus cari motor impian tanpa risau maintenance tinggi.

Related Items2025baruberitaHondamalaysiaUtamayamahaz250
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 5, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitaHondamalaysiaUtamayamahaz250

More in Berita

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Hakim Danish Bangkit Raih Mata Berharga di GP Jepun

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Punca Motosikal Rosak Tengah Jalan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 5, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • 4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam
    BeritaSeptember 15, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 9, 2026
  • Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia
    BeritaOctober 9, 2026
  • Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika
    BeritaOctober 8, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 
    BeritaOctober 7, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Jom Kongsi Kisah “My Dad’s Motorcycle Legacy” Bersama iMotorbike!
5 Motor Selesa & Bergaya Untuk Bawa GF/Bini Jalan-Jalan!