• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Motor Selesa & Bergaya Untuk Bawa GF/Bini Jalan-Jalan!

5 Motor Selesa & Bergaya Untuk Bawa GF/Bini Jalan-Jalan!
Hazique Zairill
June 9, 2025

Motor selesa dan bergaya untuk korang yang nak bawa pasangan jalan-jalan, dari skuter moden sampai ke jentera touring, semua ada di iMotorbike!

5 Motor Untuk Bawa GF/Bini

Langgan saluran Telegram kami untuk berita terkini!

Kalau korang dah ada pasangan, tak kiralah girlfriend atau isteri, mesti korang nak bawa dia keluar jalan-jalan naik motor yang selesa, cantik dan nampak bergaya. Takkan nak bawa naik kapcai lama je tiap kali keluar dating, kan? Lagi-lagi bila nak ride jauh atau lepak makan malam hujung minggu. Motor tu kena la selesa dan stabil untuk dua orang.

Kalau motor korang sekarang rasa tak sesuai untuk bawa pasangan, jangan risau. Di iMotorbike kami ada banyak stok motor second hand yang elok, cantik dan ready untuk jadi motor kedua, atau korang boleh terus trade-in motor lama.

Jom tengok pilihan terbaik 5 Motor Untuk Bawa GF/Bini yang confirm buat si dia selesa dan tersenyum sepanjang ride!

5 Motor Untuk Bawa GF/Bini

1. Benelli TRK 502 (Motor Touring Mesra-Pillion)

Benelli TRK 502 memang antara pilihan utama untuk pasangan yang suka ride jauh. Motor ni jenis adventure touring, jadi ia direka khas untuk keselesaan jarak jauh. Tempat duduk dia lebar, empuk dan ketinggian agak berbeza antara rider dan pembonceng sangat lah efisyen untuk bawa pillion.

Suspensi pun padu, jadi jalan berlubang pun tak terasa sangat. Si dia boleh bersandar dengan selesa, tak payah berpaut kuat-kuat setiap kali corner. Tambah dengan box belakang sikit, confirm nampak macam couple biker yang selalu ride jauh! 

5 Motor Untuk Bawa GF/Bini

2. WMoto RT3 (Skuter Bergaya Eropah, Selesa & Praktikal)

Kalau korang jenis chill dan suka motor yang automatik, WMoto RT3 memang ideal. Skuter maxi-style ni bukan je nampak moden dan kemas, tapi dia juga sangat selesa untuk dua orang.

Dudukannya luas, ada sandaran belakang (backrest) untuk pembonceng, dan ruang bawah seat besar gila, boleh simpan helmet pasangan siap! RT3 ni memang perfect untuk city ride, weekend lepak cafe, atau jalan-jalan waktu malam.

5 Motor Untuk Bawa GF/Bini

3. Honda ADV160 (Untuk Couple Yang Aktif & Lasak)

Nak motor yang boleh bawa gf/bini pergi jalan-jalan tapi juga boleh redah sikit jalan off-road ringan? ADV160 jawabannya. Reka bentuk dia rugged, tapi masih lagi nampak stylish dan premium.

Suspensi dia tinggi, jadi bila bonceng dua orang pun masih stabil. Partner korang confirm rasa selesa sebab tempat duduk pembonceng agak tinggi dan empuk. Bawa ke pasar malam, hutan simpan atau naik Genting pun steady je tak tipu!

5 Motor Untuk Bawa GF/Bini

4. Yamaha Tracer 900 GT (Untuk Suami Yang Sayang Bini Nak Bagi Best Riding Experience) 

Kalau korang jenis suka motor berkuasa tinggi dan ada bajet lebih, Yamaha Tracer 900 GT ni memang padu. Enjin 847cc tiga silinder tu smooth, dan motor ni memang dibina untuk touring.

Tempat duduk dia memang ergonomik, plus siap ada pemanas tangan dan cruise control. Bawa pasangan ride jauh? Pergi ride Thailand? Confirm dia on dan tak mengeluh, siap tertidur lagi kalau tak tahan sejuk! 

5 Motor Untuk Bawa GF/Bini

5. Kawasaki Versys 650 – Gabungan Selesa, Bergaya & Value for Money

Versys 650 ni antara motor touring paling underrated untuk bawa pillion. Riding position dia tegak dan selesa, seat lebar dan empuk, dan prestasi dia mantap untuk highway ataupun bandar.

Motor ni senang dikawal walaupun bawa bonceng, dan tak terlalu berat sangat. Kalau korang baru nak upgrade dari kapcai ke motor besar, Versys 650 ni antara pilihan terbaik. Kualiti pun jangan risau, engine sangat reliable dan parts pun banyak.

Kesimpulan

Bawa pasangan naik motor bukan sekadar nak sampai ke destinasi, tapi nak bagi dia rasa dihargai, selesa sepanjang perjalanan dan paling penting selamat. Dengan pilihan-pilihan motor macam TRK 502, ADV160 atau Versys 650 ni, bukan saja korang nampak bergaya, tapi pasangan pun rasa lebih secured.

Nak tengok motor-motor ni secara dekat? Jom singgah showroom kami atau lawat iMotorbike.com. Semua ready stock, boleh tengok, test dan terus bawa balik untuk ride berdua! 

Related Items2025barubenelliberitaHondamalaysiaUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 9, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025barubenelliberitaHondamalaysiaUtamayamaha

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5 Motosikal Low Maintenance di Malaysia – Jimat Poket, Senang Jaga!
Motor Sesuai Untuk Tinggi 160cm – Tak Perlu Risau Tak Sampai Kaki Lagi!