• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

6 Motosikal Untuk Student di Malaysia 2025

6 Motosikal Untuk Student di Malaysia 2025
Hazique Zairill
March 12, 2025

Jom tengok 6 motosikal untuk student di Malaysia yang bukan sahaja berpatutan, tetapi juga praktikal untuk kegunaan harian!

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Adakah anda seorang pelajar atau mengenali seseorang yang masih bergelar student? Jika ya, anda berada di tempat yang betul! Artikel ini akan berkongsi tentang 6 motorsikal untuk student di Malaysia yang sesuai digunakan untuk perjalanan harian ke kelas, tempat kerja sambilan, atau sekadar untuk bergerak ke mana-mana dengan lebih mudah dan jimat.

Pilihan motosikal dalam senarai ini memang sesuai kerana faktor harga, ketahanan, kos penyelenggaraan yang rendah, serta kecekapan bahan api. Jadi, jom kita tengok 6 motosikal untuk student di Malaysia!

1. Yamaha Lagenda 115Z

Yamaha Lagenda 115 ni memang antara kapcai paling popular di Malaysia. Dengan harga yang berpatutan dan kos penyelenggaraan yang rendah, ianya sesuai untuk pelajar yang nak motosikal yang reliable dan jimat minyak. Design dia pun simple tapi elegant, sesuai untuk kegunaan harian.

2. Yamaha Y15ZR

Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai “Y-Suku” ni memang kegilaan ramai pelajar. Dengan enjin 150cc dan design sporty, Y15ZR bukan sahaja nampak gaya, malah memberikan prestasi yang cukup power untuk perjalanan harian. Lagi satu, Y-Suku ni tak perlu nak risau tentang spare part sebab kebanyakan bengkel ada parts untuk motor ni. Kos pun tidak lah tinggi sangat. Dan paling penting, aksesori motor ni banyak cantik-cantik dan juga senang cari!

3. Yamaha Y16ZR

Yamaha Y16ZR ni adalah upgrade dari Y15ZR dengan enjin 155cc yang lebih besar dan ciri-ciri teknologi yang lebih moden. Dengan design yang lebih agresif dan prestasi yang lebih baik, Y16ZR sesuai untuk pelajar yang nak motosikal ala ala premium tapi masih lagi dalam bajet. Dengan enjin 155cc VVA (Variable Valve Actuation), motosikal ini memberikan kuasa yang lebih responsif, terutama ketika memecut. 

Namun, dengan kelebihan ini, harga Y16ZR lebih tinggi sedikit berbanding Y15ZR. Jika anda mahukan motor yang lebih premium dan mampu menanggung kosnya, ini pilihan terbaik. Kalau anda menggunakan motor untuk balik rumah jauh setiap minggu, motor ni sangat sesuai!

4. Honda Dash 110

Honda Dash 110 adalah alternatif kepada Yamaha Lagenda 115Z untuk mereka yang mahukan motosikal bajet dan jimat minyak. Model ini cukup ringan dan senang dikendalikan, menjadikannya pilihan terbaik untuk student yang mahukan motor praktikal tanpa perlu risau tentang kos minyak dan penyelenggaraan. Dengan enjin 110cc yang efisien, ianya sesuai untuk pelajar yang nak motosikal yang simple dan juga sangat sesuai untuk student perempuan. 

5. Yamaha R25

Untuk pelajar yang nak motosikal sport dengan harga berpatutan, Yamaha R25 ni pilihan yang tepat. Dengan enjin 250cc, dua silinder, motor R25 menawarkan prestasi yang lebih power berbanding motosikal kapcai biasa. Design sporty dia pasti buat korang nampak lebih bergaya di jalan raya. 

Walaupun begitu, harga Yamaha R25 agak mahal dan mungkin tidak sesuai untuk semua student, terutama dari segi kos penyelenggaraan dan insurans. Tetapi, jika anda masih juga inginkanya, tidak menjadi masalah sebab imotorbike ada motor second hand R25 yang murah-murah tapi kualiti masih elok. 

6. Benelli RFS 150i

Akhir sekali, kita ada Benelli RFS 150i dalam list kita, motosikal ini adalah pilihan alternatif kepada Yamaha Y15ZR dan Y16ZR bagi mereka yang mahukan motosikal kapcai sporty look tapi masih dengan harga lebih kompetitif. 

Model ini dilengkapi dengan enjin 150cc. Walau bagaimanapun, jenama Benelli mungkin kurang dikenali berbanding Yamaha atau Honda, tetapi ia tetap menawarkan ciri-ciri yang menarik dalam kategori ini.  

Kesimpulan

Memilih motosikal sebagai student bergantung kepada keperluan dan bajet masing-masing. Jika anda mahukan motosikal yang murah dan jimat minyak, Yamaha Lagenda 115Z atau Honda Dash 110 adalah pilihan terbaik. Jika anda mahukan motor kapcai sporty, Yamaha Y15ZR, Yamaha Y16ZR atau Benelli RFS 150i boleh dipertimbangkan. Manakala, bagi mereka yang mahukan motor besar, sportbike, Yamaha R25 adalah pilihan yang lebih eksklusif.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang motosikal ni atau nak dapatkan harga terbaik, jom hubungi iMotorbike sekarang! Jangan lupa share artikel ni dengan kawan-kawan yang masih study. Selamat mencari motosikal impian korang!

Related ItemsbaruberitaHondamalaysiaMotorsikalmurahPelajarStudentUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
March 12, 2025
Hazique Zairill

Related ItemsbaruberitaHondamalaysiaMotorsikalmurahPelajarStudentUtamayamaha

More in Berita

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Moda Sporter-S SKII SE 2026 Dilancarkan di Malaysia Dari RM18,298

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Yamaha NVX 155 SP vs Honda ADV160: Patut Pilih Sporty atau Lebih Praktikal?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More

Boleh Ke Orang Lain Ride Motor Yang Diinsuranskan Atas Nama Kita?

Amzar HazeeqNovember 3, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?
    BeritaOctober 13, 2026
  • Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888
    BeritaOctober 12, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Rider Wanita
    BeritaOctober 13, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike
    BeritaNovember 6, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar
    BeritaNovember 5, 2026
  • RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia
    ARRCNovember 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Yamaha R15: Sporty, Power, Tapi Mesra Bajet!
Permohanan Lesen Motor Percuma 2025