• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Permohanan Lesen Motor Percuma 2025 

Permohanan Lesen Motor Percuma 2025 
Hazique Zairill
March 14, 2025

Program MyLesen B2 Kembali Lagi untuk tahun 2025: Lesen Motor Percuma untuk Golongan B40!

Permohanan Lesen Motor Percuma 2025

Langgan  saluran Telegram kami  untuk kemas kini segera!

Berita baik untuk rakyat Malaysia! Program MyLesen B2 akan kembali untuk tahun 2025. Inisiatif oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) ini bertujuan membantu golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 secara percuma.

Kos program ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Jom kita tengok cara daftar dan maklumat lanjut tentang program ini!

Table Of Contents
  1. Pengenalan Program MyLesen B2 2025
  2. Impak Program MyLesen B2
  3. Syarat Permohonan MyLesen B2 2025
  4. Tarikh Permohonan
  5. Cara Memohon
  6. Dokumen Sokongan
  7. Info Tambahan
  8. Hubungi JPJ
Permohanan Lesen Motor Percuma 2025
All Pix By: Akademi Memandu Nilai Sdn Bhd – N1007

Pengenalan Program MyLesen B2 2025

Program MyLesen B2 Tahun 2025 adalah inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 dan tanggungan mereka mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2. Kos program ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, menjadikannya peluang terbaik untuk mereka yang kurang berkemampuan.

Program ini bukan sahaja bertujuan membantu golongan B40, malah turut diperluaskan ke institusi pendidikan untuk membantu pelajar dan belia yang memerlukan. JPJ akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan MARA untuk memastikan program ini berjaya dilaksanakan.

Impak Program MyLesen B2

  • Membantu Golongan Kurang Berkemampuan: Memberi peluang kepada mereka yang tidak mampu untuk memiliki lesen motosikal.
  • Meningkatkan Keselamatan Jalan Raya: Memastikan lebih ramai penunggang motosikal memiliki lesen yang sah.
  • Menggalakkan Pematuhan Undang-Undang: Melahirkan penunggang motosikal yang kompeten dan mematuhi undang-undang jalan raya.
Beli Motor Second Hand Murah

Syarat Permohonan MyLesen B2 2025

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 16 hingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
  • Pelajar sekolah/institut pengajian tinggi atau golongan belia.
  • Golongan B40 atau tanggungan mereka.
  • Sihat fizikal dan mental.
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi kerajaan, badan swasta, atau institusi kewangan.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka dari Februari hingga Oktober 2024. Namun, program ini terhad kepada 35,000 peserta sahaja. Jika jumlah peserta sudah mencapai had, permohonan akan ditutup.

Beli Motor Second Hand Murah

Cara Memohon

  1. Muat Turun Borang: Dapatkan borang permohonan di Portal Rasmi JPJ: https://www.jpj.gov.my/.
  2. Kemudian, CETAK dan Isikan maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  3. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti Kad Pengenalan, Keputusan Ujian Saringan Kesihatan, dan Gambar Pasport.
  4. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal.
  5. Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  6. Selesai.

Dokumen Sokongan

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Gambar pasport terkini.
  • Keputusan Ujian Saringan Kesihatan.

Permohanan Lesen Motor Percuma 2025

Info Tambahan

  • Kos yuran peserta melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan perlu ditanggung oleh peserta sendiri DAN TIDAK TERMASUK di dalam pakej bantuan ini.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Hubungi JPJ

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:

  • Talian Bantuan: +60 3 8000 8000
  • e-Mel: mylesenb2@jpj.gov.my
  • Lawati: Cawangan JPJ berhampiran.
Related ItemsbaruberitalesenLesen Motor Percuma 2025malaysiaUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
March 14, 2025
Hazique Zairill

Related ItemsbaruberitalesenLesen Motor Percuma 2025malaysiaUtama

More in Berita

Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillSeptember 18, 2026
Read More

Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

iMotorbike Motor Day Sale Kembali Dengan Diskaun RM5,500

Hazique ZairillSeptember 17, 2026
Read More

ZXMoto 500RR vs Kawasaki Ninja ZX-4RR: Pendatang Baharu atau Jenama Ternama?

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

5 Tanda Bateri Motosikal Anda Akan Habis

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Cemerlang di GP Austria

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

Kawasaki Ninja H2 2027 Kembali dengan Enjin Euro 5+

Hazique ZairillSeptember 17, 2026
Read More

5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike

Amzar HazeeqSeptember 15, 2026
Read More

4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam

Hazique ZairillSeptember 15, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Top 5 Motor untuk Female Rider yang Rendah dan Pendek
    BeritaAugust 26, 2026
  • MForce Umum Penarikan Balik Keeway XDV 180 Evo
    BeritaAugust 24, 2026
  • Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 Kini Rasmi di Malaysia
    BeritaAugust 24, 2026
  • Review Honda CBR250RR 2026: Sportbike 250cc Paling Bagus?
    BeritaAugust 21, 2026
  • iMotorbike Lancar Merdeka Promo dengan Diskaun Sehingga RM690
    BeritaAugust 24, 2026
  • Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

6 Motosikal Untuk Student di Malaysia 2025
Modenas Lancar Kempen ‘Mai Servis Motor Sambut Raya’

iMotorbike Promotion

Express Service from RM49

Limited-time price for first-time Express Service customers:

  • Kapcai & scooter, 150cc and below First-time Express Service customers, Standard Package only Until 30 Sep 2026
Book Express Service
  • Eneos oil change + OEM oil filter included
  • Full bike inspection before you ride off

Or call us: 013-833 3259

View full terms

*Terms and conditions apply. Standard Package, 150cc and below, first-time customers only.