• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Vespa Malaysia Lancar Barisan Model 180cc Baharu di Art of Speed 2026

Vespa Malaysia Lancar Barisan Model 180cc Baharu di Art of Speed 2026
Amzar Hazeeq
August 5, 2026

Model Primavera, Sprint, dan Sprint Tech terbaharu membuktikan kemajuan reka bentuk dan teknologi Vespa yang kekal mempertahankan warisan asalnya.

Vespa Malaysia

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Vespa Malaysia secara rasmi memperkenalkan tiga skuter 180cc baharu di acara Art of Speed 2026 yang berlangsung di MAEPS Serdang. Diedarkan oleh ByDIDI, barisan model ini menampilkan Primavera S 180 (RM21,500), Sprint S 180 (RM21,900), dan Sprint Tech 180 (RM23,500). Kesemua model dilengkapi jaminan kilang selama 4 tahun atau 60,000 km dan bakal berada di pengedar sah seluruh negara bermula bulan Ogos ini.

Mewakili evolusi reka bentuk Itali Vespa yang tidak dapat disangkal, barisan Primavera dan Sprint terkini menggabungkan gaya abadi dengan penambahbaikan teknologi yang bermakna, keselesaan penunggang yang dipertingkatkan, dan enjin yang lebih berkuasa. Semua ini menawarkan keyakinan dan prestasi yang lebih tinggi sambil mengekalkan semangat mereka kepada kebebasan dan ekspresi diri Vespa.

Rangkaian skuter baharu ini dikuasakan oleh enjin berkapasiti 180cc satu silinder air-cooled i-Get terkini Vespa, yang mampu memberikan pecutan yang lebih baik, penyampaian kuasa yang lebih lancar dan kecekapan yang lebih baik. Kuasanya serupa pada seluruh rangkaian, dengan enjin yang mampu menghasilkan 14.75 hp pada 8,250 rpm dan 13.7 Nm tork pada 6,500 rpm.

Vespa Malaysia

Kedua-dua Primavera S 180 dan Sprint S 180 kini menampilkan instrumen LCD berwarna penuh baharu yang memaparkan antara user interface yang lebih baik dan maklumat menunggang. Model-model ini juga kini didatangkan dengan operasi tanpa kunci yang membolehkan penunggang lock, unlock dan menghidupkan skuter mereka menggunakan key fob pintar. Dari segi brek, ia menggunakan cakera brek tunggal dengan ABS di hadapan dan brek dram mekanikal di belakang.

Bagi model flagship Sprint Tech 180, ia menampilkan paparan TFT berwarna penuh 5-inci serta operasi tanpa kunci. Dari segi brek, ia mendapat tetapan yang lebih canggih. Brek cakera di hadapan dan belakang beserta ABS 2-saluran untuk keselamatan dan kawalan yang lebih baik. 

Apa yang baharu untuk model di seluruh rangkaian ini ialah rim aloi yang direka bentuk semula, perincian badan yang diubah suai, logo tali leher Vespa yang baharu di bahagian hadapan, cangkuk beg retractable dan lambang ulang tahun ke-80 yang meraikan lapan dekad warisan Vespa. Pemilik boleh memperibadikan lagi Vespa mereka dengan pelbagai aksesori tulen daripada katalog Vespa.

Vespa Primavera S memperkenalkan aksen gangsa premium, roda potongan berlian, bahan tempat duduk yang dinaik taraf dan sentuhan akhir yang halus, dan tersedia dalam dua skema warna: White Innocente dan Blue Capri. 

Vespa Sprint S menampilkan karakter yang lebih dinamik melalui aksen merah yang menarik, tempat duduk yang direka bentuk baharu dan kemasan roda yang dikemas kini, tersedia dalam lima skema warna: White Innocente, Matt Black Convinto, Grey Intrepido, Green Tenace dan Grey Essenziale. 

Vespa Sprint Tech mewakili Sprint paling canggih yang pernah dibuat, menggabungkan estetika moden dengan teknologi penunggang premium ke dalam satu pakej lengkap dan terdapat dalam tiga skema warna: White Innocente, Matt Black Convinto dan Matt Grey Travolgente.

Bagi memperkukuhkan komitmen Vespa terhadap kualiti dan keyakinan pelanggan, setiap model 180cc didatangkan dengan jaminan kilang selama 4 tahun atau 60,00km , yang mana datang terlebih dahulu. Ini memberikan pemilik ketenangan fikiran tambahan dan mencerminkan keyakinan Vespa terhadap ketahanan, kebolehpercayaan dan kecemerlangan kejuruteraan skuter generasi terkini mereka.

Vespa Malaysia

Pelancaran siri Vespa Primavera dan Sprint 2026 di Art of Speed 2026 membuktikan komitmen berterusan Vespa terhadap kreativiti, reka bentuk, dan budaya kontemporari. Pengunjung ke booth Vespa Malaysia boleh melihat secara dekat model-model baharu ini dan mendalami pelbagai inovasi terkini yang terus mendefinisikan jenama ikonik berkenaan.

Related Items2026baruberitadidi groupIndustriKedai MotorLokalMAEPSmalaysiapanduan pembeliUtamavespaVespa PrimaVespa Sprint
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 5, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitadidi groupIndustriKedai MotorLokalMAEPSmalaysiapanduan pembeliUtamavespaVespa PrimaVespa Sprint

More in Berita

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026

Hazique ZairillOctober 21, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More

Rapid KL Sediakan 85 Bas untuk Perkhidmatan Shuttle MotoGP Malaysia 2026

Hazique ZairillOctober 20, 2026
Read More

5 Barang Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal

Amzar HazeeqOctober 20, 2026
Read More

Irfan Haykhal Bangkit Raih Kemenangan Emosi di Sepang

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Aveta Nova 200 Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia, Harga RM8,788

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More

Op Bersepadu Samseng Jalanan: 945 Saman Dikeluarkan, 111 Motosikal Disita

Amzar HazeeqOctober 19, 2026
Read More

Pelajar Dapat Cuci Motor Percuma di iMotorbike

Hazique ZairillOctober 19, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Givi Asia Hulur Sumbangan Khas Kepada PDRM Sempena LTdL 2026
    BeritaSeptember 25, 2026
  • JKR Siasat Kemalangan Motosikal di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan
    BeritaSeptember 25, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia
    BeritaOctober 21, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Sebelum Motor Dijual?
    BeritaOctober 21, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Toprak Razgatlıoğlu Terlepas Baki Musim MotoGP 2026
    BeritaOctober 21, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Lambretta J200 diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada Art of Speed 2026
5 Kesilapan yang Dilakukan oleh Pemilik Motosikal Baharu