• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

RCB Day 2026 Himpun Lebih 2,500 Pengunjung

RCB Day 2026 Himpun Lebih 2,500 Pengunjung
Hazique Zairill
August 26, 2026

RCB Day 2026 catat kehadiran lebih 2,500 pengunjung, dengan hampir 40 motosikal menyertai pameran serta pelbagai aktiviti komuniti, pertandingan dan persembahan hiburan. 

RCB Day 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Acara RCB Day 2026 berlangsung meriah pada Ahad, 23 Ogos 2026 di Heritage Valley, Kuala Lumpur, dengan kehadiran dianggarkan lebih 2,500 pengunjung terdiri daripada peminat motosikal, rakan niaga, pasukan lumba, penaja, pelumba negara serta komuniti permotoran.

Berlangsung dari jam 11 pagi hingga 10 malam, RCB Day 2026 menampilkan pelbagai aktiviti termasuk pameran motosikal, zon hiburan, persembahan artis jemputan, persembahan silat, cabutan bertuah serta aktiviti interaktif untuk para pengunjung.

Menurut Pengurus Jenama RCB, Amir Azizi Rahman, sambutan terhadap penganjuran sulung RCB Day di Malaysia itu melebihi jangkaan dan membuka peluang untuk acara berkenaan dijadikan sebagai program tahunan.

RCB Day 2026

“Terima kasih kepada semua pengunjung, penaja, rakan strategik, pelumba-pelumba negara dan rakan-rakan artis yang telah bersama-sama menjayakan RCB Day 2026.

“Kami amat gembira melihat begitu ramai pengguna produk RCB dan penunggang motosikal hadir untuk memeriahkan acara ini. Sejujurnya, saya tidak meletakkan jangkaan terlalu tinggi terhadap sambutan RCB Day yang merupakan tahun pertama diadakan di Malaysia, namun kehadiran amat menggalakkan.

“Melihat kepada sambutan positif tahun ini, kami berhasrat untuk menjadikan RCB Day sebagai acara tahunan dan berharap acara ini menjadi satu bentuk ‘give back’ serta penghargaan kepada komuniti, khususnya pengguna produk RCB yang sentiasa memberikan sokongan kepada jenama ini.

“Apa yang lebih membanggakan ialah kehadiran pelbagai jenis motosikal dan kumpulan yang bersatu sebagai satu komuniti, selaras dengan slogan RCB, ‘Different Ride, One Community’,” katanya.

RCB Day 2026

Hampir 40 motosikal sertai pameran

Antara tarikan utama RCB Day 2026 ialah Pameran Motosikal yang menghimpunkan hampir 40 buah motosikal, memperlihatkan kepelbagaian gaya, kreativiti dan minat dalam kalangan komuniti dua roda.

Selain pameran, RCB turut menyediakan cabutan bertuah yang dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan warna gelang tangan.

Gelang merah dibuka kepada pemilik motosikal yang menggunakan sekurang-kurangnya tiga produk RCB pada motosikal mereka, manakala gelang kuning terbuka kepada semua penunggang motosikal.

Antara hadiah utama yang ditawarkan ialah motosikal AFAZ Kencana Sport yang dimenangi Aiman Edzzuan, motosikal Aveta Nova 200 yang dimenangi Rina Azilah Dollah serta hadiah utama berupa motosikal Honda RS-X yang dimenangi Mohd Noor Iskandar Ismail.

Empat kategori pertandingan pameran

RCB Day 2026 turut menganjurkan empat kategori pertandingan Pameran Motosikal bagi mengiktiraf kreativiti dan usaha komuniti dalam menceriakan jentera masing-masing.

Bagi kategori King of RCB Moped, tempat pertama dimenangi Muhammad Hafiz. Hadiah disampaikan oleh Nor Lina Ayob, Pengurus Korporat Komunikasi MKA, bersama Nazirul Izzat, pelumba daripada pasukan Maju Motor.

Kategori King of RCB Scooter pula dimenangi Azman Borhamdin, dengan hadiah disampaikan oleh Amir Azizi Rahman, Pengurus Jenama RCB.

Sementara itu, kategori RCB Superstar Coverset dimenangi Mohaza Mohd Nor. Hadiah disampaikan oleh Kasma Daniel Kasmayudin, pelumba daripada pasukan Hong Leong Yamaha.

Kategori RCB Drag King / Tayar Sotong pula dimenangi Muhammad Megat Firdaus, dengan hadiah disampaikan oleh Hafizh Syahrin Abdullah, pelumba daripada pasukan JDT Racing.

RCB Day 2026

XPDC dan Black Hanifah meriahkan acara

Kemeriahan RCB Day turut diteruskan menerusi persembahan hiburan. Kumpulan rock terkenal XPDC membawakan lima buah lagu untuk para pengunjung, manakala penyanyi Black Hanifah menghiburkan orang ramai dengan tiga buah lagu.

Pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan silat selain menikmati pelbagai aktiviti dan pameran yang berlangsung sepanjang acara.

RCB Day 2026 mendapat sokongan daripada penaja utama termasuk Boon Siew Honda, Aveta, AFAZ, Suzuki, Pirelli, Windham Genting Highlands, RCB, UMA Racing, KYT dan Samurai.

Turut menyokong penganjuran ialah rakan strategik yang membuka ruang pameran dan jualan sepanjang acara, antaranya TWMR, Sepang International Circuit (SIC), Hong Leong Yamaha, HS 55 Coffee, Ipone dan redONE Mobile.

Secara keseluruhannya, RCB Day 2026 bukan sekadar menjadi acara untuk peminat motosikal, malah berfungsi sebagai platform yang menghimpunkan pelanggan, peminat, rakan niaga, pasukan lumba, pelumba dan pemain industri dalam suasana santai serta berteraskan komuniti.

Related Items2026baruberitaHondaIndustriKedai Motorkuala lumpurmotogprcbRCB Day 2026Utamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
August 26, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaHondaIndustriKedai Motorkuala lumpurmotogprcbRCB Day 2026Utamayamaha

More in Berita

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Bangkit dan Raih Mata Berharga di GP Australia

Amzar HazeeqOctober 21, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Sepang 101: Panduan Lengkap Sebelum Ke Litar Sepang
    BeritaSeptember 29, 2026
  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Motor Kuat Makan Minyak? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Sedar
    BeritaSeptember 29, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

iMotorbike Lancar Merdeka Promo dengan Diskaun Sehingga RM690
83 Pelumba Dari 17 Negara Buru Gelaran Kejuaraan Moto4 Asia 2027