• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

WMOTO Griffin 205 Secara Rasmi Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM8,888

WMOTO Griffin 205 Secara Rasmi Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM8,888
Amzar Hazeeq
July 21, 2026

Skuter kembara urban terbaharu ini kini secara rasmi berada di pasaran Malaysia pada harga yang kompetitif dan ciri-ciri yang menarik.

WMOTO Griffin 205

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

WMOTO secara rasmi telah melancarkan skuter terbaru mereka, Griffin 205 yang telah diperkenalkan di Malaysia Bike Show 2026 pada 29 Mei yang lalu. Pelancaran rasmi skuter ini diadakan bersempena majlis perasmian Mforce Smartshop Kedai Motor Yoon Loi di Pusing, Perak. 

Diedarkan secara rasmi oleh Mforce Bike Holdings, Griffin 205 berharga RM8,888 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Skuter “crossover” ini didatangkan dalam empat pilihan warna menarik: Glacier Grey, Action Blue, Xtreme White dan Nitro Red.

WMOTO Griffin 205

Dipasarkan sebagai skuter kembara urban, Griffin 250 direka bagi memenuhi keperluan penunggang Malaysia untuk kegunaan harian mahupun tunggangan santai dengan reka bentuk crossover yang sangat moden.

Skuter ini menggunakan enjin 198cc satu silinder yang didatangkan dengan penyejukan cecair. Enjin ini menghasilkan 14.5 hp pada 8,250 rpm dan 17.5 Nm tork pada 6,500 rpm, dan kuasanya disalurkan ke roda belakang melalui transmisi automatik CVT serta sistem klac automatik.

WMOTO Griffin 205

Griffin 250 menggunakan roda 14-inci di bahagian hadapan dan belakang, dan dipadankan dengan tayar bersaiz 100/80 di hadapan dan tayar 120/70 di bahagian belakang. Suspensi yang digunakan ialah fork hadapan teleskopik dan setup penyerap hentakan belakang berkembar.

Prestasi brek datang daripada brek disc pada bahagian hadapan dan juga belakang, dan disokong dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dwi saluran. Nilai keselamatan pada skuter ini ditambahkan lagi dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh dimatikan.

WMOTO Griffin 205

Nilai praktikal skuter ini dilengkapkan lagi dengan ruang simpanan hadapan di sebelah kiri dan juga ruang simpanan di bawah seat. Ciri moden termasuk port pengecas USB Type-A dan Type-C, suis keselamatan tongkat sisi serta suis kawalan pada bahagian kiri hendal yang memudahkan pengendalian.

Griffin 250 juga didatangkan dengan meter TFT, sementara lampu LED penuh dipasangkan pada keseluruhan skuter untuk penampilan yang tampak lebih moden. Kapasiti tangki minyak dikatakan sekitar 11-liter.

Dengan gaya kembara urban , ciri-ciri moden dan ciri praktikal harian, WMOTO Griffin 250 mampu untuk menjadi pilihan yang menarik bagi penunggang yang ingin mencari skuter gaya “crossover” yang mampu menawan setiap jenis jalan dan pada harga yang sangat mampu milik.

Related Items2026Gaya HidupGriffinIndustriKedai Motormalaysianewnewspanduan pembeliskuterUtamaWMoto
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 21, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026Gaya HidupGriffinIndustriKedai Motormalaysianewnewspanduan pembeliskuterUtamaWMoto

More in Berita

Qabil Irfan Sasar Kembali Ke Kelompok Hadapan di Ricardo Tormo

Amzar HazeeqSeptember 4, 2026
Read More

MotoGP 2027: Tarikh Ujian Pramusim dan Pelancaran Musim Baharu Disahkan

Hazique ZairillSeptember 4, 2026
Read More

Keeway Patagonian Eagle 250 vs QJMotor SRV250: Gaya Retro atau Prestasi Moden?

Amzar HazeeqSeptember 4, 2026
Read More

Third Party vs Comprehensive Insurance: Mana Satu Lebih Sesuai Untuk Motosikal Anda?

Amzar HazeeqSeptember 2, 2026
Read More

Hakim Danish Kekal Dalam Kelompok 10 Terbaik Moto3

Amzar HazeeqSeptember 2, 2026
Read More

Akid Aziz Sertai VOGE AS25 Racing Team Bagi Baki Musim Cub Prix 2026

Amzar HazeeqSeptember 2, 2026
Read More

MKA Group Tawar Diskaun Khas Untuk ‘Delivery Rider’

Hazique ZairillSeptember 2, 2026
Read More

Pelumba CP150 Farres Putra Meninggal Dunia Selepas Insiden di Kuala Terengganu

Amzar HazeeqSeptember 1, 2026
Read More

Suzuki DR-Z4S vs Suzuki DR-Z4SM: Platform Sama, Personaliti Berbeza

Amzar HazeeqAugust 30, 2026
Read More

Review Brixton BX150 R 2024: Motosikal Retro Yang Pasti Disukai Rider Wanita 

Amzar HazeeqAugust 29, 2026
Read More

Izan Guevara Sertai MotoGP Prima Pramac Yamaha Untuk Musim 2027

Amzar HazeeqAugust 28, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Terakhir Ogos 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillAugust 28, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MForce Sekali Lagi Panggil Balik QJMotor AX200S
    BeritaAugust 18, 2026
  • 5 Perkara yang Perlu Diperiksa Sebelum Menunggang Motosikal 
    BeritaAugust 10, 2026
  • Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia, Harga RM12,998
    BeritaAugust 10, 2026
  • JPJ Cadang Peserta RXZ Members Kemuka Maklumat Lesen dan Lesen Kenderaan
    BeritaAugust 14, 2026
  • Op Samseng Jalanan: 147 Motosikal Disita, 827 Saman Dikeluarkan
    BeritaAugust 11, 2026
  • Qabil Irfan Sasar Kembali Ke Kelompok Hadapan di Ricardo Tormo
    BeritaSeptember 4, 2026
  • MotoGP 2027: Tarikh Ujian Pramusim dan Pelancaran Musim Baharu Disahkan
    BeritaSeptember 4, 2026
  • Keeway Patagonian Eagle 250 vs QJMotor SRV250: Gaya Retro atau Prestasi Moden?
    BeritaSeptember 4, 2026
  • Third Party vs Comprehensive Insurance: Mana Satu Lebih Sesuai Untuk Motosikal Anda?
    BeritaSeptember 2, 2026
  • Hakim Danish Kekal Dalam Kelompok 10 Terbaik Moto3
    BeritaSeptember 2, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Top 6 Clearance Bikes Yang Terdapat di iMotorbike Penang
SENKE SK400-KG dilancarkan di Malaysia pada harga RM21,800
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat