• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Bakal Miliki Tribun Khas di MotoGP Malaysia 2026

Hakim Danish Bakal Miliki Tribun Khas di MotoGP Malaysia 2026
Hazique Zairill
July 14, 2026

SIC rancang bina Tribun Hakim Danish di MotoGP Sepang, manakala lebih lima pasukan Moto2 dan Moto3 dilapor berminat mendapatkan khidmat pelumba muda negara itu.

Hakim Danish

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, terus mencipta impak dalam arena perlumbaan dunia apabila kepulangannya ke tanah air selepas Grand Prix (GP) Jerman disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Hakim Danish pulang selepas mencatat sejarah dengan meraih kemenangan sulung Moto3 di GP Republik Czech di Brno bulan lalu, sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 pada GP Jerman. Setakat ini, pelumba berusia 18 tahun itu menghuni tangga ketujuh kedudukan keseluruhan Moto3 dengan kutipan 86 mata, sekali gus meletakkannya dalam kelompok pencabar utama gelaran Rookie of the Year 2026.

Sebagai penghargaan terhadap pencapaian cemerlang itu, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengumumkan perancangan untuk menyediakan Tribun Hakim Danish sempena MotoGP Malaysia 2026 yang akan berlangsung di Sepang pada Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, berkata inisiatif itu bertujuan memberi peluang kepada penyokong tempatan berkumpul dan memberikan sokongan padu kepada pelumba muda negara tersebut di laman sendiri. 

Hakim Danish

Beliau menyifatkan kemenangan Hakim Danish di Brno sebagai satu pencapaian luar biasa, lebih-lebih lagi kerana ia hadir pada musim pertamanya di Kejuaraan Dunia Moto3. 

“Jarang-jarang kita dapat lihat seorang pelumba rookie mampu meraih kemenangan pada musim pertamanya. Bagi saya, ini satu kejayaan yang cukup istimewa. Kita tidak mahu ia menjadi kemenangan sekali sahaja, sebaliknya kita mahu melihat lebih banyak podium selepas ini supaya Jalur Gemilang dan lagu Negaraku terus berkumandang di pentas antarabangsa,” katanya ketika menyambut kepulangan Hakim Danish di KLIA. 

Menurut Azhan, SIC merancang menyediakan dua blok tempat duduk berhampiran grandstand utama sebagai permulaan, namun jumlah tersebut boleh ditambah sekiranya menerima sambutan menggalakkan daripada peminat. 

Beliau turut menggalakkan peminat mendapatkan tiket MotoGP Malaysia lebih awal kerana mereka akan diberikan pilihan untuk menukarkannya kepada tempat duduk di Tribun Hakim Danish apabila pengumuman rasmi dibuat. 

Hakim Danish

Hakim Danish mengakui terkejut dengan penghargaan tersebut dan menyifatkannya sebagai suntikan semangat menjelang perlumbaan di hadapan penyokong sendiri. 

“Tribun khas untuk Hakim Danish? Saya pun baru tahu. Alhamdulillah, ini satu rezeki. Terima kasih kepada Encik Shafriman atas penghargaan ini. Ia memberi saya motivasi dan semangat tambahan untuk berlumba di Sepang nanti,” katanya. 

Selain kejayaan di litar, prestasi konsisten Hakim Danish turut menarik perhatian pasukan-pasukan antarabangsa. Pengurus SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, mendedahkan bahawa lebih lima pasukan Moto3 dan Moto2 telah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat pelumba sensasi negara itu bagi musim 2027. 

Menurut beliau, kesemua pasukan yang berminat merupakan pasukan berprofil tinggi, namun pasukan semasa Hakim Danish, MT Helmets-MSi, turut berharap dapat mengekalkan khidmat pelumba tersebut selepas hampir melengkapkan barisan pelumba mereka untuk musim hadapan. 

Dengan satu kemenangan, satu podium dan kedudukan dalam kelompok tujuh terbaik dunia pada musim pertamanya di Moto3, masa depan Hakim Danish kini semakin cerah. Sekiranya momentum ini berjaya dikekalkan, pelumba muda negara itu berpotensi menjadi antara bintang baharu Malaysia di pentas Kejuaraan Dunia MotoGP. 

Related Items2026baruberitahakim danishmalaysiamoto3mt helmet-msisepangUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 14, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitahakim danishmalaysiamoto3mt helmet-msisepangUtama

More in Berita

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Pertama November di iMotorbike

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Cemerlang di GP Qatar

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

RCB Melancarkan Alat Ganti Prestasi Baharu untuk Peminat Motosikal Malaysia

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Kenapa Motor Terpakai Yang Murah Tak Semestinya Berbaloi?

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Top 5 Motor November 2026: 5 Pilihan Terbaik Bulan Ini

Amzar HazeeqNovember 5, 2026
Read More

Solfili Melancarkan Mass Damper Baharu Untuk Yamaha NVX155

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More

Hakim Danish Tamat GP Malaysia Moto3 di Tempat Keempat

Amzar HazeeqNovember 4, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 19, 2026
  • Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike
    BeritaNovember 13, 2026
  • Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?
    BeritaNovember 12, 2026
  • Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 
    BeritaNovember 11, 2026
  • Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza
    BeritaNovember 6, 2026
  • 5 Perkara Yang Buyer Akan Nilai Sebelum Beli Motor
    BeritaNovember 6, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Top 5 Superbike Terbaik di Malaysia Pada Tahun 2026
Top 5 Sportbike 600cc Terbaik Pada Tahun 2026