• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Perkara Student Patut Tahu Bila Nak Beli Motor

5 Perkara Student Patut Tahu Bila Nak Beli Motor
Amzar Hazeeq
July 1, 2026

Ini merupakan perkara-perkara yang perlu diambil tahu oleh student jika merancang untuk membeli sebuah motosikal untuk kegunaan harian mereka.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Motosikal kini telah menjadi mod pengangkutan yang menjadi sinonim kepada majoriti rakyat Malaysia. Motosikal menjadi pilihan orang ramai kerana kos maintenance yang agak murah berbanding kereta, boleh jimatkan masa perjalanan kerana tak perlu hadap trafik, dan senang untuk parking. Motosikal sememangnya menjadi pilihan utama bagi mereka yang duduk di kawasan yang sering sesak atau kawasan yang susah untuk parking.

Zaman sekarang, ramai student juga telah memilih untuk bawa motor ke sekolah kerana ia dapat memudahkan urusan mereka untuk pergi ke sekolah, pergi latihan, atau pergi ke tuisyen. Tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil tahu sebelum membuat keputusan untuk membeli motosikal, jadi ini adalah 5 perkara yang student patut tahu bila nak beli motor.

1. Jangan ikut trend semata-mata

Kalau nak pilih motor yang hendak dibeli, buat keputusan sendiri. Jangan terlalu ikut trend motor apa yang sedang “hot” sekarang atau motor apa yang kawan pakai. Tak semestinya motor yang kawan pakai, akan sesuai untuk anda. Beli motor ni bukan sekadar nak nampak “cool” saja, tapi perlu ambil kira apa keperluan untuk beli motor tu, bajet untuk beli motor, dan lifestyle anda. 

Pastikan fikir betul-betul dan ambil kira semua faktor sebelum membuat pilihan, takut bila dah beli, rasa motor tak “ngam” pulak. Antara motor-motor yang kami recommend untuk student, Y15, LC V8, Honda Vario, atau Honda Dash. Gaya ada, praktikaliti pun ada, maintenance pun takde lah mahal sangat. Jadi pilih motor ikut pilihan sendiri dan ketentuan sendiri, sebab nanti anda juga yang akan pakai motor tu.

Perkara Student Patut Tahu Bila Nak Beli Motor

2. Kira kos bulanan, bukan ansuran sahaja

Ramai orang terlepas pandang perkara ini. Ramai yang ambil kira bayaran ansuran sahaja ketika membuat perkiraan pada setiap bulan, tapi sebenarnya bukan itu sahaja yang perlu diambil kira. Perlu fikir juga tentang kos maintenance, minyak, road tax, insurans, dan lain-lain lagi. Ini juga patut diambil kira supaya lebih bersedia dari segi kewangan untuk memiliki motosikal.

Jadi bila ingin membuat perkiraan bulanan tentang motor yang hendak dibeli, jangan ambil kira bayaran ansuran sahaja, ambil kira juga kos keseluruhan untuk memiliki dan menjaga motosikal tersebut. Anda boleh tanya kepada kenalan-kenalan atau tanya online tentang kos keseluruhan menjaga motosikal yang anda ingin beli itu. Kalau tak kira awal-awal, nanti bila dah terkena, bukan anda sahaja yang rasa “sesak nafas”, tapi mak ayah juga akan rasa “sesak nafas” juga.

3. Pilih motor yang jimat dan mudah dijaga

Satu lagi perkara yang perlu diambil kira, terutamanya untuk student ialah memilih motor yang jimat dan mudah dijaga. Kalau untuk student, motor yang lagi simple adalah lagi bagus. Motor yang simple biasanya enjin berkapasiti kecil, bermakna lebih jimat minyak, senang untuk servis, dan kurang sakit kepala.

Memang motosikal berkapasiti lebih besar lebih power, lebih style, dan konfem orang akan kagum seperti R15, CBR, mesti orang akan pandang kalau bawa motor tu. Tapi perlu ingat walaupun nampak style, nampak power, maintenance pon boleh tahan “power” juga. Jadi daripada beli motosikal ikut kehendak sahaja, campurkan kehendak dan juga keperluan supaya tak tersalah beli motosikal yang anda sebenarnya tak mampu untuk miliki.

Perkara Student Patut Tahu Bila Nak Beli Motor

4. Check condition motor betul-betul untuk motor second hand

Perkara ini ditujukan khas untuk mereka yang merancang untuk membeli motor second hand dan bukan motor baharu. Tak salah untuk membeli motor second hand, tetapi terdapat beberapa perkara tambahan yang perlu diambil kira. Jangan main beli saja tanpa usul periksa terlebih dahulu. Zaman sekarang pun banyak penjual motor yang tidak jujur dengan kondisi motor semasa diiklankan.

Jadi untuk mereka yang ingin membeli motor second hand, Pastikan untuk check mileage motor, condition enjin, rekod servis, dan jika motor yang hendak dibeli pernah terlibat di dalam kemalangan atau tidak. Walaupun motor nampak cantik di bahagian luar, tak semestinya ia cantik di bahagian dalaman.

5. Test Ride Terlebih Dahulu

Kalau boleh, test ride terlebih dahulu model motosikal yang hendak dibeli itu. Sekurang-kurangnya boleh dapat feel bawa motor tu dan tentukan sama ada motor tersebut sesuai untuk anda atau tidak. Anda dapat tahu ketinggian dan keselesaan motosikal tersebut semasa anda ride.

Sesetengah orang memandang remeh perkara ini dan tidak test ride sebelum ingin membeli motosikal, Dan akhirnya mereka berasa sedikit menyesal kerana perasaan ketika ride motor itu tidak “ngam”. Walaupun motor nampak cantik dan sedap dipandang, pastikan perasaan ketika membawa terasa sedap juga supaya tidak menyesal di kemudian hari akibat tersalah beli motor.

Perkara Student Patut Tahu Bila Nak Beli Motor

Kesimpulan

Jadi inilah perkara-perkara yang student perlu ambil tahu sebelum membeli motosikal. Buat keputusan yang betul, buat perkiraan dengan elok, dan fikir masak-masak sebelum membuat pilihan. Jika sudah dapat membeli motosikal, jangan lupa untuk mengikuti undang-undang jalan raya. Utamakan keselamatan dan jangan lupa pakai helmet.

Jika anda student dan bercadang untuk membeli motor, kami mempunyai banyak pilihan motosikal yang sememangnya sesuai untuk kegunaan harian. Jika anda berminat, boleh layari laman web iMotorbike untuk maklumat lanjut atau datang ke showroom yang berdekatan dengan anda. Bawa mak ayah datang sekali.

Related Items2026baruberitainsutriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliStudentUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
July 1, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitainsutriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliStudentUtama

More in Berita

Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillSeptember 18, 2026
Read More

Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?

Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
Read More

iMotorbike Motor Day Sale Kembali Dengan Diskaun RM5,500

Hazique ZairillSeptember 17, 2026
Read More

ZXMoto 500RR vs Kawasaki Ninja ZX-4RR: Pendatang Baharu atau Jenama Ternama?

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

5 Tanda Bateri Motosikal Anda Akan Habis

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Cemerlang di GP Austria

Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
Read More

Kawasaki Ninja H2 2027 Kembali dengan Enjin Euro 5+

Hazique ZairillSeptember 17, 2026
Read More

5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike

Amzar HazeeqSeptember 15, 2026
Read More

4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam

Hazique ZairillSeptember 15, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Top 5 Motor untuk Female Rider yang Rendah dan Pendek
    BeritaAugust 26, 2026
  • MForce Umum Penarikan Balik Keeway XDV 180 Evo
    BeritaAugust 24, 2026
  • Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 Kini Rasmi di Malaysia
    BeritaAugust 24, 2026
  • Review Honda CBR250RR 2026: Sportbike 250cc Paling Bagus?
    BeritaAugust 21, 2026
  • iMotorbike Lancar Merdeka Promo dengan Diskaun Sehingga RM690
    BeritaAugust 24, 2026
  • Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?
    BeritaSeptember 18, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Review Yamaha MT-15: Motosikal Naked Terbaik Untuk Beginner? 
6 Motor Naked Terbaik Untuk Dibeli Pada Julai 2026

iMotorbike Promotion

Express Service from RM49

Limited-time price for first-time Express Service customers:

  • Kapcai & scooter, 150cc and below First-time Express Service customers, Standard Package only Until 30 Sep 2026
Book Express Service
  • Eneos oil change + OEM oil filter included
  • Full bike inspection before you ride off

Or call us: 013-833 3259

View full terms

*Terms and conditions apply. Standard Package, 150cc and below, first-time customers only.