• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup

Qabil Irfan Sasar Podium Pertama di Estoril, Mahu Tampil Lebih Agresif di Moto4 European Cup
Amzar Hazeeq
June 9, 2026

Pelumba SIC-GRYD Racing tekad manfaatkan pengalaman di Barcelona untuk memburu keputusan lebih baik pada Pusingan 2 di Portugal.

Qabil Irfan Moto4

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Selepas mencipta impak positif pada penampilan sulungnya dalam Moto4 European Cup 2026, pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan, kini mengalihkan fokus sepenuhnya ke Pusingan 2 di Litar Estoril, Portugal hujung minggu ini dengan sasaran memburu podium pertamanya musim ini.

Qabil tiba di Estoril dengan keyakinan tinggi selepas mempamerkan aksi memberangsangkan pada pusingan pembukaan di Barcelona, Catalunya. Bagaimanapun, cabaran kali ini dijangka lebih sukar apabila pasukan SIC-GRYD Racing tidak menjalani sebarang sesi ujian persendirian di litar tersebut, berbeza dengan beberapa pasukan lain yang telah mengumpul data penting menerusi ujian awal.

Keadaan itu menjadikan setiap sesi rasmi yang bermula pada hari Jumaat amat penting bagi pasukan untuk mendapatkan tetapan jentera terbaik bagi menghadapi perlumbaan. Tambahan pula, tiada sesi latihan tidak rasmi pada hari Khamis seperti yang kebiasaannya diadakan sebelum sesuatu perlumbaan berlangsung.

Dua Perlumbaan, Dua Peluang Penting

Pusingan di Estoril kali ini turut menawarkan cabaran tambahan apabila dua perlumbaan akan berlangsung pada hari Ahad, iaitu Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2, dengan setiap perlumbaan melibatkan 15 pusingan.

Format tersebut menjadikan setiap mata kejuaraan yang ditawarkan cukup berharga dalam usaha pelumba mengukuhkan kedudukan dalam carta keseluruhan musim.

Qabil Irfan Moto4

Prestasi Cemerlang di Barcelona Tingkatkan Keyakinan

Pada perlumbaan pembukaan di Barcelona, Qabil membuktikan kemampuannya bersaing dengan pelumba-pelumba Eropah apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat walaupun memulakan saingan dari petak kelapan.

Pelumba berusia 14 tahun itu mempamerkan aksi matang apabila berjaya berada dalam kelompok hadapan sejak awal perlumbaan dan beberapa kali bertukar posisi dengan pencabar utama kejuaraan. Qabil juga sempat berada dalam perebutan podium sebelum menamatkan perlumbaan hanya sedikit di belakang kelompok tiga terbaik.

Keputusan tersebut membolehkannya mengumpul 13 mata kejuaraan dan berada di kedudukan keempat keseluruhan selepas pusingan pertama.

Prestasi memberangsangkan itu bukan sahaja meningkatkan keyakinannya, malah membuktikan kemampuannya menyesuaikan diri dengan cepat dalam kejuaraan yang lebih kompetitif berbanding saingan yang pernah disertainya sebelum ini.

Estoril Hadirkan Ujian Baharu

Litar Estoril terkenal dengan gabungan selekoh teknikal dan laluan lurus yang panjang, sekali gus menuntut keseimbangan antara kelajuan dan ketepatan tunggangan.

Qabil bagaimanapun mempunyai kenangan manis di litar tersebut selepas pernah mencatat kemenangan pada Pusingan Keenam Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) tahun lalu.

Namun, cabaran dalam Moto4 European Cup jauh berbeza kerana kejuaraan itu menghimpunkan lebih 50 pelumba tetap dari lebih 20 negara, selain turut disertai pelumba wildcard yang menambah sengit persaingan.

Qabil Irfan Moto4

Qabil Mahu Lebih Agresif di Portugal

Menurut Qabil, pengalaman yang diperoleh di Barcelona memberikan banyak pengajaran berharga yang boleh digunakan untuk menghadapi saingan di Estoril.

“Pusingan pertama di Barcelona memberi banyak pengalaman baharu kepada saya. Saya dapat melihat sendiri bagaimana pelumba-pelumba Eropah berlumba dan bagaimana mereka menguruskan perlumbaan dalam kelompok yang sangat rapat.

“Saya belajar banyak perkara sepanjang hujung minggu tersebut. Setiap sesi memberikan pengajaran yang berbeza dan saya rasa pengalaman itu akan membantu saya untuk tampil lebih baik di Portugal nanti.

“Bagi saya, salah satu perbezaan terbesar ialah pelumba-pelumba di sini sangat laju dan agresif. Mereka sentiasa memberikan tekanan dan tidak mudah melakukan kesilapan.

“Untuk pusingan di Portugal nanti, saya mahu menjadi lebih agresif berbanding sebelum ini. Sasaran saya adalah untuk berada dalam kelompok hadapan dan cuba memburu kedudukan podium. Saya akan cuba memanfaatkan segala pengalaman yang diperoleh di Barcelona dan memberikan yang terbaik sepanjang hujung minggu perlumbaan nanti,” kata Qabil.

Zulfahmi Puas Hati Dengan Perkembangan Qabil

Sementara itu, Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, menyifatkan perkembangan yang ditunjukkan Qabil setakat ini sebagai sesuatu yang sangat positif.

“Qabil menunjukkan kematangan yang cukup baik untuk seorang pelumba berusia 14 tahun. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan jentera, pasukan dan juga tahap persaingan di Moto4 European Cup.

“Apa yang paling menggembirakan ialah Qabil bukan sekadar memberi saingan sengit dalam kelompok hadapan, tetapi benar-benar bersaing untuk merebut kedudukan podium sehingga ke penghujung perlumbaan.

“Itu adalah petanda yang sangat positif kerana ia menunjukkan Qabil mempunyai potensi yang besar untuk berkembang dengan lebih jauh.

“Sudah tentu masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki, namun kami gembira dengan kemajuan yang ditunjukkan setakat ini. Harapan saya, saya mahu Qabil memberi persembahan terbaik bermula sesi latihan dan merebut petak terbaik pada sesi kelayakan,” katanya.

Dengan keyakinan yang semakin meningkat dan pengalaman berharga daripada pusingan pembukaan, Qabil kini bersedia untuk mengharungi satu lagi hujung minggu penting di Estoril dalam usaha memburu podium pertama kariernya di Moto4 European Cup.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai Motormalaysiamoto4sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 9, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai Motormalaysiamoto4sukan motorUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Top 5 Motor Jepun di iMotorbike
Cara Renew Insurans Motor Secara Online di Malaysia: Panduan Lengkap 2026