• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

MyLesen B2 2026: Kerajaan Tawar Lesen Motosikal Percuma Untuk Belia dan Pelajar

MyLesen B2 2026: Kerajaan Tawar Lesen Motosikal Percuma Untuk Belia dan Pelajar
Hazique Zairill
June 19, 2026

Sebanyak 90,000 kuota disediakan menerusi program MyLesen B2 dan MyB2S bagi membantu golongan muda mendapatkan lesen motosikal secara sah tanpa kos.

MyLesen B2 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Pengangkutan (MOT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus memperkukuhkan usaha meningkatkan keselamatan jalan raya dengan menawarkan lesen motosikal Kelas B2 secara percuma kepada golongan belia dan pelajar sekolah menerusi Program MyLesen B2 2026.

Inisiatif ini diwujudkan bagi memastikan lebih ramai rakyat, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah, dapat memiliki lesen memandu yang sah tanpa dibebani kos latihan dan peperiksaan.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperluaskan akses kepada pelesenan memandu yang lebih selamat, berstruktur dan mematuhi undang-undang jalan raya.

Bagi tahun 2026, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM29 juta untuk pelaksanaan dua program utama melibatkan lesen motosikal B2.

Program MyLesen B2 yang menyasarkan golongan belia menerima peruntukan RM10.5 juta dengan kuota sebanyak 30,000 peserta. Sementara itu, Program MyB2S yang khusus untuk pelajar sekolah menerima peruntukan RM18.5 juta dan bakal memberi manfaat kepada 60,000 pelajar di seluruh negara.

Di Johor sahaja, seramai 8,000 belia dijangka menerima manfaat melalui program ini dengan peruntukan berjumlah RM2.4 juta.

MyLesen B2 2026

Kurangkan Risiko Kemalangan Jalan Raya

Selain membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan lesen secara sah, program ini turut dilihat sebagai langkah penting dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dalam kalangan penunggang motosikal muda.

Menurut statistik keselamatan jalan raya, lebih 60 peratus kematian akibat kemalangan di Malaysia melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Lebih membimbangkan, majoriti mangsa terdiri daripada golongan muda berusia bawah 30 tahun.

Melalui latihan memandu yang lebih sistematik dan pelesenan yang sah, kerajaan berharap dapat membentuk generasi penunggang yang lebih berhemah, bertanggungjawab dan memahami aspek keselamatan ketika berada di jalan raya.

MyLesen B2 2026

Syarat Permohonan

Antara syarat utama untuk memohon Program MyLesen B2 2026 adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 16 hingga 35 tahun
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar sekolah, IPT dan institusi MARA
  • Tergolong dalam kategori B40 atau tanggungan keluarga berpendapatan rendah
  • Sihat dari segi fizikal dan mental
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Tidak disenarai hitam oleh Mahkamah, JPJ atau PDRM

Dengan pelaksanaan program ini, kerajaan berharap lebih ramai belia dan pelajar dapat memiliki lesen motosikal yang sah, sekali gus mengurangkan jumlah penunggang tanpa lesen di jalan raya serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya secara keseluruhan.

Related Items2026baruberitajpjkpmlesen b2pengangkutan malaysiaUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 19, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitajpjkpmlesen b2pengangkutan malaysiaUtama

More in Berita

Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3

Amzar HazeeqNovember 19, 2026
Read More

VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia

Hazique ZairillNovember 18, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888

Amzar HazeeqNovember 17, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Thanat Laoongplio Juara MSBK600 2026 di Sepang

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

Boleh Ke Beli Motor Terpakai Dengan Mileage Rendah?

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

LEXIN Malaysia Lancar Tiga Interkom Bluetooth Baharu, Harga Bermula RM98

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 
    BeritaOctober 21, 2026
  • Hakim Danish Sasar Momentum Positif di GP Portugal Moto3
    BeritaNovember 19, 2026
  • VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888
    BeritaNovember 18, 2026
  • Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya
    BeritaNovember 18, 2026
  • 5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia
    BeritaNovember 18, 2026
  • ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888
    BeritaNovember 17, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

iMotorbike Anjur Garage Sale dengan Aksesori Motosikal Serendah RM3
Hakim Danish Cipta Sejarah di GP Republik Czech