• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

MODENAS Pamerkan Kawasaki Ninja ZX-10R 2026 di Malaysia Bike Show 2026

MODENAS Pamerkan Kawasaki Ninja ZX-10R 2026 di Malaysia Bike Show 2026
Amzar Hazeeq
June 4, 2026

Superbike terkenal Kawasaki kini kembali dengan 204 HP, brek Brembo, suspension Showa dan pelbagai bantuan penunggang elektronik, pada harga RM114,600.  

Kawasaki Ninja ZX-10R

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

MODENAS secara rasmi memperkenalkan model Kawasaki Ninja ZX-10R 2026 di Malaysia Bike Show 2026 yang diadakan di MAEPS, Serdang bersama dua lagi model baharu, secara langsung memperkukuhkan kedudukan Kawasaki Malaysia dalam segmen supersport premium.

Dengan harga jualan RM114,600 tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran, Ninja ZX-10R terbaru ini terus mengekalkan DNA perlumbaan Kawasaki dengan kejuruteraan berasaskan prestasi, elektronik canggih dan penggayaan aerodinamik yang diinspirasikan oleh kejayaan jenama tersebut di dalam sukan permotoran antarabangsa.

Bagi model tahun 2026, ZX-10R ditawarkan dengan skema warna tunggal, Lime Green/Blue 24, mengekalkan penampilan ikonik yang diinspirasikan oleh Kawasaki Racing Team yang sinonim dengan barisan model Ninja.

Kawasaki Ninja ZX-10R

Motosikal ini bernadikan enjin 998cc penyejukan cecair empat silinder sebaris yang mematuhi piawaian Euro 5 sementara mengekalkan nilai prestasi mengagumkan yang dijangka daripada superbike Kawasaki ini.

Enjin ini menghasilkan 203 PS pada 13,200 rpm dan 114.9 Nm tork pada 11,400 rpm. Dengan bantuan sistem Ram Air, kuasa maksimum yang dapat dicapai adalah 204 horsepower, menjadikan ia salah satu motosikal paling berkuasa dalam barisan motosikal Kawasaki. Kuasa dihantar melalui gearbox enam kelajuan yang didatangkan dengan quickshifter, membenarkan penukaran gear keatas dan kebawah tanpa penggunaan clutch untuk prestasi yang ditambah baik di atas jalan dan di atas trek lumba.

ZX10-R menggunakan roda bersaiz 17-inci dan dibaluti tayar Bridgestone Racing Street RS12 bersaiz 120/70 di hadapan dan 190/55 di belakang. Suspensi yang digunakan hanyalah komponen Showa yang premium, yang terdiri daripada Showa Balance Free Front Fork (BFF) di hadapan dan monoshock BFRC Lite (Balance Free Rear Cushion) di bahagian belakang.

Kawasaki Ninja ZX-10R

Prestasi braking yang mengagumkan datang daripada barangan Brembo, yang terdiri daripada disk hadapan berkembar 330 mm yang digandingkan dengan caliper radial mount M50 empat piston, sementara bahagian belakang menggunakan disc 250 mm beserta caliper satu piston.

Superbike ini didatangkan dengan paparan TFT-LCD full colour yang mampu memberikan akses kepada semua informasi menunggang yang penting. Paparan ini juga menyokong penyambungan telefon pintar, membenarkan penunggang menyambung peranti mereka untuk kemudahan tambahan.

Kawasaki Ninja ZX-10R

Kawasaki juga melengkapkan ZX10-R dengan pakej elektronik komprehensif, termasuk empat riding modes berbeza; Sport, Road, Rain dan Rider, membenarkan penunggang untuk menyesuaikan prestasi motosikal berdasarkan keadaan menunggang dan pilihan peribadi rider.

Electronic cruise control juga didatangkan secara standard, meningkatkan lagi keselesaan ketika menunggang jarak jauh.

Dengan teknologi berasaskan perlumbaan, enjin berkuasa dan juga sistem bantuan penunggan yang canggih, Kawasaki Ninja ZX10-R 2026 terus mengekalkan kedudukannya sebagai motosikal supersport flagship Kawasaki Malaysia, buat para penunggang yang mencari sebuah jentera yang mampu memberikan prestasi di atas trek dan juga praktikaliti di atas jalan raya.

Related Items2026baruberitaIndustrikawasakiKedai Motormalaysiapanduan pembeliUtamazx10-r
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 4, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaIndustrikawasakiKedai Motormalaysiapanduan pembeliUtamazx10-r

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

MODENAS lancar Kawasaki Z650S di Malaysia Bike Show 2026
Kawasaki Malaysia Lancar Z1100 SE 2026 Pada Harga RM69,900