• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Mat Rempit Berdepan Hukuman Lebih Berat Menerusi Seksyen 42A Baharu

Mat Rempit Berdepan Hukuman Lebih Berat Menerusi Seksyen 42A Baharu
Hazique Zairill
June 29, 2026

Seksyen 42A dicadang membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pelumba haram walaupun tiada kemalangan berlaku.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Kerajaan Malaysia telah membentangkan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang bakal memperkenalkan tindakan lebih tegas terhadap kegiatan lumba haram, termasuk mewujudkan satu kesalahan khusus bagi menangani aktiviti “mat rempit” di jalan raya.

Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 yang dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, bertujuan memperkukuh kuasa penguatkuasaan dan kawal selia pihak berkuasa menerusi beberapa pindaan baharu.

Antara perubahan paling penting ialah Fasal 15, yang memperkenalkan Seksyen 42A bagi menutup kelompongan undang-undang sedia ada berkaitan perlumbaan haram atau ujian kelajuan di jalan awam.

Sebelum ini, tindakan terhadap pelumba haram kebanyakannya dibuat di bawah kesalahan memandu secara berbahaya yang memerlukan bukti bahawa kemalangan telah berlaku atau terdapat bahaya sebenar kepada pengguna jalan raya. Keadaan ini menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan sekiranya perlumbaan berlaku tanpa sebarang insiden.

Menerusi Seksyen 42A yang dicadangkan, perbuatan menyertai perlumbaan atau ujian kelajuan melibatkan dua atau lebih kenderaan di jalan awam akan dianggap sebagai satu kesalahan, walaupun tiada kemalangan berlaku. Pindaan ini dijangka memberi asas undang-undang yang lebih kukuh kepada pihak berkuasa untuk mendakwa pelumba haram.

Mengikut rang undang-undang tersebut, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak melebihi RM10,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, hukuman akan menjadi lebih berat dengan denda antara RM5,000 hingga RM20,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Anthony Loke berkata rang undang-undang pindaan yang merangkumi 11 skop utama melibatkan 42 peruntukan itu akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung.

Sekiranya diluluskan, pindaan ini dijangka memperkukuhkan usaha kerajaan dalam membanteras kegiatan lumba haram dengan membolehkan tindakan diambil lebih awal sebelum perlumbaan tersebut mengakibatkan kemalangan atau kehilangan nyawa di jalan raya.

Related Items2026baruberitaHondajpjKedai Motorpdrmpengangkutan malaysiaUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 29, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaHondajpjKedai Motorpdrmpengangkutan malaysiaUtamayamaha

More in Berita

VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqNovember 18, 2026
Read More

5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia

Hazique ZairillNovember 18, 2026
Read More

ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888

Amzar HazeeqNovember 17, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Thanat Laoongplio Juara MSBK600 2026 di Sepang

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

Boleh Ke Beli Motor Terpakai Dengan Mileage Rendah?

Amzar HazeeqNovember 16, 2026
Read More

LEXIN Malaysia Lancar Tiga Interkom Bluetooth Baharu, Harga Bermula RM98

Hazique ZairillNovember 16, 2026
Read More

Sorotan Promosi Mingguan: Minggu Kedua November 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillNovember 13, 2026
Read More

Apa Maksud Sum Insured Dalam Insurans Motor?

Amzar HazeeqNovember 12, 2026
Read More

Motul Bawa Pengalaman MotoGP Lebih Dekat kepada Pengunjung di Sepang 

Hazique ZairillNovember 11, 2026
Read More

Yamaha MT-09 vs Yamaha R9: Evolusi Enjin CP3 Dalam Dua Dunia Berbeza

Amzar HazeeqNovember 6, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni
    BeritaOctober 27, 2026
  • Kenapa Defensive Riding Penting? Ini Sebab Setiap Rider Perlu Amalkannya
    BeritaOctober 21, 2026
  • Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?
    BeritaOctober 23, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NVX: Teman Sempurna untuk Pengguna Bandar 
    BeritaOctober 21, 2026
  • VOGE SR450X Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia Pada Harga RM29,888
    BeritaNovember 18, 2026
  • Kenapa Brake Motor Rasa Bergegar? Ini Punca dan Cara Mengatasinya
    BeritaNovember 18, 2026
  • 5 Pilihan Skuter Harian Paling Berbaloi di Pasaran Malaysia
    BeritaNovember 18, 2026
  • ZXMOTO 820RR Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dari RM39,888
    BeritaNovember 17, 2026
  • iMotorbike Lancar Kempen Baharu, Tawar Diskaun Khas untuk KTM Duke
    BeritaNovember 16, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Top 5 Motor Touring Yang Terdapat di iMotorbike
Top 5 Motor Untuk Student Pada Tahun 2026