• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary

Hakim Danish Fokus Bangkit Selepas Cabaran Sukar di GP Hungary
Amzar Hazeeq
June 8, 2026

Pelumba Moto3 negara tekad kembali memburu mata kejuaraan di Grand Prix Republik Czech selepas terkandas awal di Balaton Park.

Hakim Danish GP Hungary

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, bertekad untuk bangkit semula selepas berdepan hujung minggu yang mencabar di Grand Prix (GP) Hungary apabila perlumbaannya berakhir lebih awal susulan kemalangan pada pusingan pertama di Litar Balaton Park.

Walaupun gagal mengutip sebarang mata kejuaraan, pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu melihat pengalaman di Hungary sebagai satu proses pembelajaran penting dalam musim pertamanya di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia Moto3.

Hakim Danish tiba di Hungary dengan keyakinan tinggi selepas mencipta podium sulung kariernya di GP Itali minggu lalu. Namun, cabaran berbeza menantinya di Balaton Park apabila dia beraksi buat kali pertama di litar berkenaan.

Bergelut Sesuaikan Diri Dengan Litar Baharu

Sepanjang sesi latihan dan kelayakan, pelumba kelahiran Terengganu itu berusaha keras untuk memahami karakter litar yang teknikal dan mencabar. Walaupun menunjukkan peningkatan masa pusingan dari satu sesi ke satu sesi, Hakim Danish gagal menempatkan diri dalam sesi Kelayakan Kedua (Q2) dan terpaksa memulakan perlumbaan dari petak ke-19.

Memulakan perlumbaan dengan agresif untuk memperbaiki kedudukan, Hakim Danish cuba merapatkan jurang dengan kelompok hadapan dalam saingan yang cukup sengit di bahagian tengah.

Bagaimanapun, impiannya untuk mengutip mata kejuaraan tidak kesampaian apabila terlibat dalam insiden dengan pelumba CODE Motorsports, Ruche Moodley, di selekoh kelima pada pusingan pertama. Pelanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua pelumba terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaan.

Hakim Danish GP Hungary

Hakim Danish Anggap Pengalaman Berharga

Meskipun kecewa dengan keputusan tersebut, Hakim Danish memilih untuk mengambil sisi positif daripada pengalaman yang dilaluinya di Hungary.

“Sudah tentu saya agak kecewa kerana tidak dapat menghabiskan perlumbaan hari ini selepas terjatuh pada pusingan awal akibat insiden dengan pelumba lain yang melanggar saya dari arah belakang. Namun, inilah lumrah perlumbaan. Kadangkala perkara di luar jangkaan boleh berlaku dan kami perlu menerimanya sebagai sebahagian daripada sukan ini.

“Secara keseluruhan, hujung minggu di Hungary memang agak mencabar buat saya kerana ini kali pertama saya berlumba di litar ini. Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki dari segi tunggangan dan pemahaman terhadap litar.

“Saya akan mengambil pengalaman ini sebagai satu pengajaran yang sangat berguna untuk membantu saya berkembang sebagai pelumba dan tampil lebih baik pada masa hadapan.

“Kini fokus saya terarah kepada Grand Prix Republik Czech. Saya sangat teruja untuk kembali berlumba dan berharap dapat memberikan aksi yang lebih baik serta memperoleh keputusan yang positif pada pusingan akan datang,” katanya.

Zulfahmi: Pengalaman Penting Dalam Musim Rookie

Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, mengakui GP Hungary sememangnya menjadi ujian sukar buat Hakim Danish, terutama kerana Balaton Park merupakan litar yang memerlukan tahap keyakinan dan pengalaman yang tinggi.

Menurutnya, walaupun pelumba berusia 18 tahun itu masih belum menemui rentak terbaik sepanjang hujung minggu, usaha yang ditunjukkan tetap membanggakan.

“Ini sememangnya satu hujung minggu yang cukup mencabar buat Hakim Danish seperti yang saya jangkakan sejak awal. Litar Balaton Park adalah sebuah litar yang sangat teknikal dan menuntut tahap keyakinan serta pengalaman yang tinggi daripada setiap pelumba.

“Apa yang paling penting ialah Hakim tidak mengalami sebarang kecederaan. Itu adalah perkara paling positif yang boleh diambil daripada perlumbaan ini dan saya percaya insiden tersebut tidak akan mematahkan semangatnya.

“Sebagai seorang pelumba yang sedang mengharungi musim pertamanya di Kejuaraan Dunia Moto3, pengalaman seperti ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang perlu dilalui.

“Setakat ini, kutipan 48 mata dalam musim rookie merupakan satu pencapaian yang sangat baik dan membanggakan. Ia membuktikan bahawa Hakim Danish mempunyai kemampuan untuk bersaing di peringkat tertinggi walaupun masih dalam fasa pembelajaran,” katanya.

Hakim Danish GP Hungary

Sasar Kebangkitan Di Brno

Dengan GP Hungary kini menjadi sejarah, Hakim Danish dan pasukannya akan mengalihkan sepenuh perhatian kepada Grand Prix Republik Czech yang akan berlangsung di Litar Automotodrom Brno dari 19 hingga 21 Jun.

Selepas mengumpul 48 mata kejuaraan setakat ini, pelumba muda negara itu berazam untuk kembali berada dalam kelompok pungutan mata dan meneruskan momentum positif yang telah ditunjukkan sepanjang musim pertamanya dalam Kejuaraan Dunia Moto3.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
June 8, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama

More in Berita

Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road

Amzar HazeeqOctober 16, 2026
Read More

Jualan Clearance Stock di Seluruh Showroom iMotorbike!

Hazique ZairillOctober 15, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor

Amzar HazeeqOctober 15, 2026
Read More

Apa Yang Insurans Motor Tak Cover? Ramai Rider Tak Tahu

Amzar HazeeqOctober 15, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Rider Wanita

Amzar HazeeqOctober 13, 2026
Read More

Belanjawan 2027: Apa Manfaatnya untuk Penunggang Motosikal?

Hazique ZairillOctober 13, 2026
Read More

Motor Kena Banjir, Boleh Claim Insurans Ke? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

Aveta Nova 250 G Elite Edition Dilancarkan di Malaysia pada Harga RM14,888

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Azroy Hakeem Kuasai Perlumbaan Malam Cub Prix, Rangkul Kemenangan CP150

Amzar HazeeqOctober 12, 2026
Read More

MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual

Hazique ZairillOctober 12, 2026
Read More

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Orang Pendek: Lebih Yakin, Lebih Mudah Dikendalikan
    BeritaSeptember 23, 2026
  • iMotorbike Malaysia Day Clearance Tawar Harga Jackpot
    BeritaSeptember 21, 2026
  • 6 Motor Bulanan RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 24, 2026
  • ZXMoto 500RR vs Kawasaki Ninja ZX-4RR: Pendatang Baharu atau Jenama Ternama?
    BeritaSeptember 17, 2026
  • Review Kawasaki KLE500: Selesa Di Jalan Raya, Yakin Di Laluan Off-Road
    BeritaOctober 16, 2026
  • Jualan Clearance Stock di Seluruh Showroom iMotorbike!
    BeritaOctober 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Penang
    Gaya HidupOctober 15, 2026
  • Top 5 Motor Untuk Gaji RM2,500 di iMotorbike Johor
    BeritaOctober 15, 2026
  • Apa Yang Insurans Motor Tak Cover? Ramai Rider Tak Tahu
    BeritaOctober 15, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

iMotorbike Anjur “Motorday Sale” dengan Diskaun Sehingga RM5,550 di Seluruh Negara
2026 Brixton 625V Dialncarkan di Malaysia Pada Harga RM26,888