• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Yamaha Masih Raja Jalanan? Ini Jenama Motor Paling Banyak Orang Malaysia Beli Pada 2026

Yamaha Masih Raja Jalanan? Ini Jenama Motor Paling Banyak Orang Malaysia Beli Pada 2026
Amzar Hazeeq
May 22, 2026

Data terbaru JPJ menunjukkan Yamaha terus mendominasi pasaran motosikal Malaysia, tetapi jenama baharu mula mencuri perhatian rider tempatan.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Industri motosikal di Malaysia sememangnya sangat besar dan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat tempatan. Sama ada untuk pergi kerja, ride hujung minggu, balik kampung atau sekadar lepak bersama kawan-kawan, motosikal memainkan peranan penting dalam gaya hidup ramai rakyat Malaysia.

Kalau dahulu motosikal sering dikaitkan dengan budaya “mat rempit”, kini ramai rider lebih fokus kepada gaya hidup permotoran yang lebih matang seperti touring, daily riding dan komuniti motosikal. Tambahan pula, keadaan trafik yang semakin sesak serta kos hidup yang semakin meningkat menjadikan motosikal pilihan pengangkutan yang lebih praktikal.

Terbaharu, data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menunjukkan senarai jenama motosikal paling banyak didaftarkan di Malaysia setakat tahun 2026, sekaligus memperlihatkan jenama mana yang paling mendapat perhatian pengguna tempatan ketika ini.

motor paling banyak orang beli

Yamaha Kekal Mendominasi Pasaran Malaysia

Tidak mengejutkan apabila Yamaha terus berada di kedudukan pertama dengan jumlah pendaftaran sebanyak 127,382. Angka tersebut menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Yamaha dalam industri motosikal tempatan. Jenama ini sudah lama menjadi kegemaran rider Malaysia, khususnya dalam segmen kapcai, naked bike dan skuter sporty.

Selain itu, Yamaha juga mempunyai imej jenama yang sangat kuat dalam budaya permotoran tempatan. Bagi sesetengah rider, memiliki motosikal Yamaha bukan sekadar soal pengangkutan, tetapi juga sebahagian daripada lifestyle dan identiti mereka sebagai rider.

Faktor barangan aftermarket juga memainkan peranan besar. Banyak pilihan aksesori, spare part dan modification tersedia untuk model-model Yamaha, menjadikan jenama ini lebih menarik kepada rider yang suka modify motosikal mereka.

motor paling banyak orang beli

Honda Terus Kukuh Dengan Reputasi Reliability

Di tempat kedua pula ialah Honda dengan sebanyak 44,354 pendaftaran. Walaupun jumlahnya agak jauh berbanding Yamaha, Honda masih kekal sebagai salah satu jenama motosikal paling dipercayai di Malaysia.

Honda terkenal dengan motosikal yang tahan lasak, jimat minyak dan mudah dijaga. Sebab itu ramai pengguna memilih Honda sebagai motosikal harian untuk pergi kerja atau kegunaan keluarga. Model seperti RS-X, ADV160, Vario 160 dan EX5 masih mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam pasaran tempatan.

Skuter Honda juga semakin mendapat perhatian kerana menawarkan keselesaan dan praktikaliti yang sangat sesuai untuk penggunaan bandar. Selain itu, ramai pengguna memilih Honda kerana kos maintenance yang lebih predictable dan resale value yang masih kuat di pasaran second hand.

motor paling banyak orang beli

Modenas Terus Membuktikan Potensi Jenama Tempatan

Modenas berjaya menduduki tempat ketiga dengan 15,055 pendaftaran. Pencapaian ini menunjukkan bahawa jenama tempatan masih mampu bersaing dalam pasaran yang semakin kompetitif. Kerjasama antara Modenas dan Kawasaki sedikit sebanyak membantu meningkatkan imej jenama ini dalam kalangan rider tempatan.

Kini Modenas bukan lagi hanya terkenal dengan motosikal commuter, tetapi juga mula mendapat perhatian dalam segmen motosikal premium dan touring. Ramai rider juga mula melihat Modenas sebagai alternatif yang menawarkan nilai yang baik dengan harga yang lebih kompetitif.

motor paling banyak orang beli

Jenama Baru Semakin Mendapat Tempat

Apa yang paling menarik dalam statistik kali ini ialah perkembangan pesat jenama motosikal yang baharu. Aveta mencatatkan 14,251 pendaftaran, manakala QJMotor pula memperoleh sebanyak 11,293 pendaftaran. Selain itu, jenama seperti SM Sport, MODA Sporter, WMoto dan Benelli juga semakin dikenali dalam pasaran Malaysia.

Beberapa tahun dahulu, ramai rider masih skeptikal terhadap jenama motosikal yang baru. Mereka tetap memilih mtoosikal daripada jenama-jenama yang sudah lama menempa nama di dalam pasaran motosikal. Tetapi kini, persepsi tersebut semakin berubah.

Design yang semakin moden, teknologi yang lebih canggih dan harga yang lebih kompetitif membuatkan ramai pengguna mula memberi peluang kepada jenama-jenama ini. Tambahan pula, sesetengah model menawarkan spesifikasi yang tinggi pada harga yang lebih murah berbanding jenama Jepun tradisional.

Pasaran Motosikal Malaysia Kini Lebih Menarik

Kalau dibandingkan dengan beberapa tahun lalu, pasaran motosikal Malaysia kini jauh lebih meriah dan kompetitif. Pengguna sekarang mempunyai lebih banyak pilihan dalam hampir setiap kategori motosikal, sama ada kapcai, skuter, naked bike, adventure bike ataupun sportbike

Persaingan yang semakin sengit ini sebenarnya memberikan manfaat kepada pengguna kerana pengeluar perlu menawarkan produk yang lebih baik dari segi design, teknologi dan harga untuk menarik perhatian pembeli. Rider Malaysia juga kini semakin matang dalam membuat pilihan. Ramai yang tidak lagi hanya melihat jenama semata-mata, tetapi turut mempertimbangkan aspek seperti value for money, teknologi, riding comfort dan kos pemilikan.

Kesimpulan

Walaupun Yamaha masih jelas mendominasi pasaran motosikal Malaysia pada tahun 2026, industri motosikal tempatan sebenarnya sedang mengalami perubahan yang sangat menarik. Honda terus kekal relevan dengan reputasi reliability mereka, Modenas semakin kukuh sebagai jenama tempatan, manakala pelbagai jenama baharu mula mencabar dominasi pemain lama.

Apa yang pasti, rider Malaysia kini mempunyai lebih banyak pilihan berbanding sebelum ini. Tidak kira anda team Yamaha, Honda, Modenas atau mana-mana jenama sekalipun, perkara paling penting adalah menikmati pengalaman menunggang dan sentiasa menunggang dengan selamat.

Related Items2026barubenelliberitaGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamodenasqjmotorUtamaWMotoyamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 22, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026barubenelliberitaGaya HidupHondaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamodenasqjmotorUtamaWMotoyamaha

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Top 5 Motosikal Honda Terbaik Untuk Dibeli Pada Tahun 2026
JPJ Tangguh Sementara Urusan Tukar Hak Milik Online Mulai 25 Mei