• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Syamil Juara CP125 Selepas Aksi Mendebarkan di Sepang

Syamil Juara CP125 Selepas Aksi Mendebarkan di Sepang
Hazique Zairill
May 25, 2026

PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING raih kejayaan berganda selepas perlumbaan sengit hingga ke garisan penamat di Pusingan 2 Malaysian Cub Prix 2026.

Malaysian CubPrix

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 kategori CP125 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang menyajikan perlumbaan penuh dramatik apabila PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING berjaya mendominasi perlumbaan dengan kemenangan berganda menerusi Md Syamil Amsyar M Iffende.

Bermula dari petak utama selepas mencatat masa terpantas sesi Shoot Out dengan catatan 1’23.837s, Syamil terus menggunakan kelebihan tersebut untuk mendahului perlumbaan seawal lampu hijau dipadamkan.

Rakan sepasukannya, Md Farid Hakimi Farid Sezli pula mengekori rapat di tempat kedua manakala Md Idlan Haqimi Raduan dari ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM berada di posisi ketiga.

Malaysian CubPrix

Memasuki lap kedua, 31 Racing mula menunjukkan dominasi apabila Syamil dan Farid terus menguasai kelompok hadapan walaupun diasak hebat oleh pencabar lain termasuk Idlan dan Ahmad Jebat Zulkarnain.

Persaingan semakin sengit pada lap ketiga apabila Farish Iqmal Khayrul Elyas mula menyertai kelompok depan sebelum Arash Tsunami Kamarudin dari AHM IPONE RACING TEAM turut memasuki perebutan podium.

Lap kelima pula menyaksikan perubahan besar apabila Farid mengambil alih kedudukan pendahulu diikuti Emil Idzhar Ezuan dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, sementara Syamil jatuh ke tempat ketiga.

Ketika itu, kelompok hadapan kekal sangat rapat dengan perbezaan kurang satu saat, menjadikan strategi perlumbaan memainkan peranan penting menuju ke penghujung saingan.

Syamil bagaimanapun kembali bangkit pada lap berikutnya sebelum merampas semula kedudukan pendahulu pada lap ketujuh.

Malaysian CubPrix

Aksi terakhir perlumbaan menjadi semakin mendebarkan apabila Farid sempat mendahului semula sebelum Syamil melakukan serangan terakhir menuju garisan penamat.

Syamil akhirnya muncul juara dengan catatan masa 11’23.462s, hanya 0.034 saat di hadapan Farid dalam antara penamat paling rapat musim ini.

Pada mulanya, Md Adie Putra Sukarno menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, namun keputusan berubah selepas beliau dikenakan penalti turun dua posisi kerana memotong ketika bendera kuning dikibarkan. Situasi itu membuka ruang kepada Arash untuk naik ke podium ketiga.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan yang telah bekerja keras tanpa henti untuk memastikan kami mampu berada di atas podium hari ini,” kata Syamil.

“Perlumbaan tadi memang telah dirancang dengan teliti. Kami tahu jentera kami mempunyai kelebihan untuk mengetuai kumpulan dan itu menjadi kunci strategi kami.”

“Saya dan Farid berbincang dari awal dan kami berpegang kepada perancangan itu walaupun tekanan sangat sengit. Alhamdulillah, semuanya membuahkan hasil.”

Malaysian CubPrix

TOP 5 FASTEST – FINAL RACE

  1. Md Syamil Amsyar M Iffende – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (11’23.462s)
  2. Md Farid Hakimi Farid Sezli – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (11’23.496s)
  3. Arash Tsunami Kamarudin – AHM IPONE RACING TEAM (11’24.081s)
  4. Md Idlan Haqimi Raduan – ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM (11’24.106s)
  5. Md Adie Putra Sukarno – ZYNERGYS HONDA KC RACING TEAM (11’24.045s)
Related Items2026baruberitaCp125cubprixHondamalaysiaUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 25, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaCp125cubprixHondamalaysiaUtamayamaha

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Haziq Tamat Kemarau Kemenangan CP150 di Sepang
MoT Arah JPJ Aktifkan Semula Urusan Tukar Hak Milik Online Serta-Merta