• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Qabil Irfan Menyala di Debut Moto4 European Cup di Barcelona

Qabil Irfan Menyala di Debut Moto4 European Cup di Barcelona
Amzar Hazeeq
May 26, 2026

Pelumba muda negara tampil cemerlang dengan penamat tempat keempat bersama pasukan SIC-GRYD Racing dalam aksi pembukaan musim 2026.

Qabil Irfan Moto4 European Cup

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba muda sensasi Malaysia, Qabil Irfan Azlan, memulakan kempen sulungnya di pentas Eropah dengan aksi cukup memberangsangkan apabila menamatkan perlumbaan pembukaan Moto4 European Cup 2026 di tempat keempat di Litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol, hari ini.

Mewakili pasukan SIC-GRYD Racing, Qabil membuktikan beliau mampu bersaing dengan pelumba Eropah yang lebih berpengalaman apabila tampil kompetitif sejak awal perlumbaan meskipun baru membuat penampilan pertama di kejuaraan tersebut.

Qabil Irfan Moto4 European Cup

Bangkit dari petak kelapan, Qabil beri saingan sengit kelompok podium

Dalam perlumbaan yang berlangsung selama 13 pusingan itu, pelumba berusia 14 tahun tersebut memulakan saingan dari petak kelapan sebelum mempamerkan tunggangan agresif dan konsisten untuk berada dalam kelompok lima terbaik.

Qabil beberapa kali bertukar posisi dengan kelompok hadapan sebelum berjaya memasuki kedudukan podium di pertengahan perlumbaan. Namun, persaingan sengit hingga ke garisan penamat menyaksikan beliau terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat.

Pelumba muda negara itu menamatkan perlumbaan hanya 0.192 saat di belakang pemenang dari Sepanyol, Álvaro Lucas, yang mencatat masa keseluruhan 24 minit 19.948 saat. Tempat kedua menjadi milik pelumba Itali, Edoardo Savino, manakala rakan senegaranya, Lorenzo Pritelli, melengkapkan kedudukan podium.

Qabil Irfan Moto4 European Cup

Kutip 13 mata kejuaraan dalam debut Eropah

Keputusan tersebut membolehkan Qabil membawa pulang 13 mata kejuaraan, sekali gus membuka kempen pertamanya di Moto4 European Cup dengan pencapaian yang cukup positif.

Lebih penting, persembahan di Barcelona membuktikan Qabil kini berada dalam kelompok pencabar podium dan berpotensi menjadi antara prospek terbaik negara dalam laluan menuju ke pentas tertinggi perlumbaan motosikal dunia.

Qabil Irfan Moto4 European Cup

Qabil mahu tampil lebih agresif di Portugal

Mengulas mengenai perlumbaannya, Qabil mengakui berpuas hati dengan permulaan yang dipamerkan walaupun perlu menyesuaikan diri dengan corak tunggangan pelumba Eropah yang lebih agresif.

“Bagi saya, permulaan berjalan dengan sangat baik. Saya bermula dari petak kelapan dan berjaya naik ke kedudukan keempat. Untuk berada dalam kelompok depan, saya perlu melakukan permulaan yang baik dan cuba memintas seramai mungkin pelumba di hadapan,” kata Qabil.

“Saya ada sedikit masalah dari segi keyakinan terhadap tayar hadapan, tetapi saya tetap cuba mengekalkan kedudukan. Pelumba di Eropah sangat laju dan cara mereka menunggang juga lebih agresif berbanding di ESBK. Ini satu pengalaman baharu buat saya.”

Qabil turut menyatakan hasrat untuk tampil lebih agresif pada pusingan seterusnya di Portugal dalam usaha memburu podium pertamanya di Moto4 European Cup.

“Untuk pusingan di Portugal nanti, saya akan cuba menjadi lebih agresif untuk memburu kedudukan podium. Bersama pasukan ini semuanya berjalan dengan baik dan saya sangat gembira.”

SIC Racing puji kematangan Qabil

Sementara itu, Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, memuji prestasi dan kematangan yang dipamerkan Qabil sepanjang perlumbaan debutnya.

“Qabil menunjukkan kematangan yang cukup baik untuk seorang pelumba muda. Dia tidak gentar bersaing dengan pelumba Eropah yang lebih berpengalaman dan berjaya kekal dalam kelompok hadapan sepanjang perlumbaan,” kata Zulfahmi.

“Apa yang paling menggembirakan, dia bukan sekadar mengikut rentak perlumbaan tetapi benar-benar bertarung untuk podium. Tempat keempat adalah permulaan yang positif dan kami percaya dia mampu pergi lebih jauh.”

Dengan aksi meyakinkan di Barcelona, Qabil kini dilihat sebagai antara pelumba muda Malaysia paling berpotensi untuk mencipta nama di pentas antarabangsa dalam masa terdekat.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto4sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 26, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiamoto4sukan motorUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Cara Elak Kena Scam Bila Jual Motor Online
Review Triumph Street Triple RS 2017: Motor Track Inline-Three Terbaik