• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Cabaran Le Mans Jadi Pembakar Semangat Hakim Danish Menjelang GP Catalunya

Cabaran Le Mans Jadi Pembakar Semangat Hakim Danish Menjelang GP Catalunya
Amzar Hazeeq
May 14, 2026

Pelumba muda negara tekad bangkit buru keputusan lebih baik selepas aksi penuh dramatik di Perancis.

Hakim Danish GP Catalunya

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, berazam untuk kembali bangkit dan memburu keputusan lebih cemerlang pada saingan GP Catalunya hujung minggu ini selepas mengharungi perlumbaan penuh mencabar di Le Mans, Perancis minggu lalu.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu sebenarnya mempamerkan prestasi cukup positif sepanjang GP Perancis apabila berjaya melayakkan diri ke sesi kelayakan kedua (Q2) hasil aksi konsisten dalam sesi latihan bebas. Namun, keadaan cuaca hujan serta pemilihan setup yang kurang ideal menyaksikan Hakim Danish menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 dan membawa pulang enam mata berharga.

Hakim Danish GP Catalunya

Keadaan litar licin beri cabaran besar di Le Mans

Perlumbaan di Litar Le Mans berlangsung dalam keadaan litar yang sangat licin sehingga hampir separuh pelumba gagal menamatkan saingan akibat kemalangan. Situasi itu memaksa Hakim Danish mengambil pendekatan lebih berhati-hati bagi mengelakkan risiko terjatuh dan kehilangan mata penting dalam kejuaraan.

Walaupun kecewa kerana gagal memanfaatkan sepenuhnya potensi jentera ketika perlumbaan basah, pelumba muda Malaysia itu melihat pengalaman di Le Mans sebagai pengajaran penting untuk memperbaiki prestasi menjelang aksi di Litar Barcelona-Catalunya.

Hakim Danish juga mempunyai rekod memberangsangkan di Catalunya selepas pernah tampil kompetitif dalam perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBRC) musim lalu. Namun begitu, beliau mengakui cabaran dalam saingan Moto3 jauh lebih sengit kerana perbezaan prestasi antara pelumba sangat kecil.

Hakim Danish GP Catalunya

Fokus cari setup terbaik sejak awal minggu perlumbaan

Menurut Hakim Danish, fokus utama pasukan ketika ini adalah mendapatkan setup terbaik seawal sesi latihan bebas pertama bagi memastikan keyakinan penuh dapat dibina sebelum sesi kelayakan dan perlumbaan utama.

“Le Mans banyak mengajar saya tentang bagaimana untuk kekal tenang ketika keadaan sangat sukar. Kadang-kadang dalam perlumbaan, bukan pelumba paling laju yang menang, tetapi pelumba yang paling bijak mengawal risiko.

Saya kecewa kerana kami sebenarnya memiliki kelajuan yang sangat baik sepanjang hujung minggu, tetapi setup ketika hujan tidak begitu menjadi.

Walaupun begitu, saya tetap bersyukur dapat membawa pulang mata ketika ramai pelumba lain gagal menamatkan perlumbaan. Sekarang fokus saya hanya satu iaitu perlumbaan Catalunya.

Saya mempunyai kenangan yang cukup baik di sana dan keyakinan tambahan buat saya. Saya mahu tampil dengan aksi lebih kemas dan jika semuanya berjalan lancar, saya percaya kami mampu bersaing lebih dekat dengan kelompok hadapan,” kata Hakim Danish.

Hakim Danish GP Catalunya

Zulfahmi yakin Catalunya beri peluang lebih baik

Sementara itu, Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, turut menyifatkan prestasi Hakim Danish di Le Mans sebagai sesuatu yang positif walaupun keputusan akhir tidak menggambarkan kemampuan sebenar pasukan.

Menurut beliau, Hakim Danish menunjukkan kematangan luar biasa ketika berdepan situasi sukar dalam perlumbaan basah.

“Secara keseluruhan, prestasi Hakim Danish di Le Mans sangat positif walaupun keputusan perlumbaan mungkin tidak menggambarkan potensi sebenar kami.

Dalam keadaan litar kering, dia antara pelumba paling kompetitif sepanjang hujung minggu. Cuma apabila hujan turun, kami sedikit bergelut dengan setup dan itu menjejaskan keyakinannya ketika perlumbaan.

Apa yang penting, dia menunjukkan kematangan luar biasa apabila memilih untuk kekal tenang dan membawa pulang mata. Itu sangat penting dalam kejuaraan dunia.

Kami yakin Catalunya boleh menjadi satu lagi peluang terbaik buat Hakim Danish kerana dia mempunyai rekod baik di sana. Jika kami berjaya mendapatkan setup yang tepat sejak awal, saya percaya dia mampu mencipta keputusan yang lebih besar hujung minggu ini,” katanya.

Dengan keyakinan baharu serta pengalaman berharga dari Le Mans, Hakim Danish kini dilihat bersedia untuk memberikan cabaran lebih sengit di GP Catalunya dalam usaha memburu keputusan terbaik musim ini.

Related Items2026baruberitahakim danishKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 14, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitahakim danishKedai MotorLokalmalaysiamoto3sukan motorUtama

More in Berita

Izan Guevara Sertai MotoGP Prima Pramac Yamaha Untuk Musim 2027

Amzar HazeeqAugust 28, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Terakhir Ogos 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillAugust 28, 2026
Read More

Cara Pilih Helmet Yang Sesuai Dengan Bentuk Kepala

Amzar HazeeqAugust 28, 2026
Read More

Yamaha YZF-R2 Dilancarkan di India

Hazique ZairillAugust 28, 2026
Read More

Cara Menjaga Motosikal Anda: 5 Tips Penting Setiap Rider Kena Tahu

Amzar HazeeqAugust 28, 2026
Read More

Litar Sepang Ditutup Sementara Untuk Naik Taraf

Amzar HazeeqAugust 26, 2026
Read More

Top 5 Motor untuk Female Rider yang Rendah dan Pendek

Hazique ZairillAugust 26, 2026
Read More

83 Pelumba Dari 17 Negara Buru Gelaran Kejuaraan Moto4 Asia 2027 

Hazique ZairillAugust 26, 2026
Read More

RCB Day 2026 Himpun Lebih 2,500 Pengunjung

Hazique ZairillAugust 26, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Merdeka Promo dengan Diskaun Sehingga RM690

Hazique ZairillAugust 24, 2026
Read More

Apa Itu NCD Insurans? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqAugust 24, 2026
Read More

Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 Kini Rasmi di Malaysia

Hazique ZairillAugust 24, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MForce Sekali Lagi Panggil Balik QJMotor AX200S
    BeritaAugust 18, 2026
  • 5 Perkara yang Perlu Diperiksa Sebelum Menunggang Motosikal 
    BeritaAugust 10, 2026
  • Top 5 Motor Pilihan Bulan Ogos di iMotorbike
    BeritaAugust 6, 2026
  • iMotorbike Merdeka Ride Kembali Ogos Ini dengan Perjalanan yang Lebih Besar dan Tujuan yang Lebih Bermakna
    BeritaAugust 4, 2026
  • RXZ Members 8.0 Pecah Rekod 200,000 Peserta
    BeritaAugust 3, 2026
  • Izan Guevara Sertai MotoGP Prima Pramac Yamaha Untuk Musim 2027
    BeritaAugust 28, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Terakhir Ogos 2026 di iMotorbike
    BeritaAugust 28, 2026
  • Cara Pilih Helmet Yang Sesuai Dengan Bentuk Kepala
    BeritaAugust 28, 2026
  • Yamaha YZF-R2 Dilancarkan di India
    BeritaAugust 28, 2026
  • Cara Menjaga Motosikal Anda: 5 Tips Penting Setiap Rider Kena Tahu
    BeritaAugust 28, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

JPJ Umum Panggilan Semula 430 Motosikal Honda Akibat Isu Keselamatan
Automechanika Kuala Lumpur Kembali Lagi Untuk Edisi ke-15
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat