• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Azlan Shah Kembali ke Suzuka 8 Hours 2026 Bersama Frontier Team

Azlan Shah Kembali ke Suzuka 8 Hours 2026 Bersama Frontier Team
Hazique Zairill
May 15, 2026

Pelumba Lagenda negara sah kembali beraksi di perlumbaan endurance berprestij Jepun bersama jentera BMW Motorrad.

Azlan Shah

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Azlan Shah Kamaruzaman bakal kembali mewarnai pentas antarabangsa apabila disahkan menyertai perlumbaan ketahanan berprestij Suzuka 8 Hours 2026 bersama Frontier Team yang menggunakan jentera BMW Motorrad.

Walaupun kini sibuk memikul tanggungjawab sebagai prinsipal pasukan Voge Racing Team dalam saingan Cub Prix Malaysia dan Asia Road Racing Championship (ARRC), selain kembali berlumba bersama AMI Suzuki Motorsport dalam Malaysia Superbike Championship (MSBK) 2026, Azlan membuktikan kemampuan dan pengalamannya masih relevan di pentas perlumbaan antarabangsa.

Menerusi perkongsian terbaharunya, pelumba berusia 41 tahun kelahiran Klang, Selangor itu baru sahaja selesai menjalani ujian rasmi Suzuka 8 Hours di Suzuka Circuit bersama Frontier Team.

Azlan mengakui berpuas hati dengan prestasi jentera BMW Motorrad yang diuji dan optimis menghadapi perlumbaan sebenar pada Julai nanti.

“Selesai sudah ujian rasmi Suzuka 8 Hours 2026 bersama Frontier Team. Ia satu ujian yang amat positif, saya mendapat keserasian serta rentak yang kukuh bersama jentera dan kami sudah bersedia sepenuhnya untuk hujung minggu perlumbaan.”

“Kini tiba masanya untuk memberikan segala-galanya di atas litar,” katanya.

Azlan Shah

Suzuka 8 Hours merupakan antara perlumbaan motosikal endurance paling berprestij di dunia dan turut menjadi sebahagian daripada kalender FIM Endurance World Championship (EWC).

Perlumbaan itu sering disertai barisan pelumba bertaraf dunia termasuk pelumba aktif MotoGP dan WorldSBK.

Azlan sendiri memiliki rekod cemerlang di Suzuka apabila pernah muncul juara serta meraih podium tempat kedua bersama Kawasaki Team Green pada edisi 2017.

Pada tahun sama, beliau turut mencipta rekod litar baharu dalam kategori Supersports 600cc dengan catatan masa 2.12.341 saat. Edisi 2026 Suzuka 8 Hours dijadual berlangsung dari 3 hingga 5 Julai ini di Jepun.

Related Items2026azlan shah kamaruzamanBMWewcFrontier TeammalaysiamotorradnewnewsSuzuka 8 HoursUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 15, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026azlan shah kamaruzamanBMWewcFrontier TeammalaysiamotorradnewnewsSuzuka 8 HoursUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Automechanika Kuala Lumpur Kembali Lagi Untuk Edisi ke-15
Review Yamaha MT-09 2023: Mesin Adrenalin Paling Padu