• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Apa Perlu Buat Sebelum Jual Motor? Ini Persediaan Yang Ramai Seller Terlepas Pandang

Apa Perlu Buat Sebelum Jual Motor? Ini Persediaan Yang Ramai Seller Terlepas Pandang
Amzar Hazeeq
May 11, 2026

Sebelum post iklan dan cari buyer, pastikan motosikal anda betul-betul bersedia untuk dijual supaya proses jadi lebih mudah dan cepat.

persediaan jual motor

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Ramai orang fikir kalau nak jual motosikal hanya perlukan gambar dan harga yang menarik. Tetapi sebenarnya, ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum motor boleh diiklankan untuk dijual. Persediaan awal bukan sahaja membantu motosikal nampak lebih menarik di mata pembeli, tetapi juga boleh mempercepatkan proses untuk jual motor. 

Dalam pasaran motosikal terpakai yang semakin kompetitif, ramai pembeli pada masa kini lebih teliti sebelum membuat keputusan. Sebab itu, seller yang membuat persediaan dengan betul biasanya lebih mudah mendapatkan buyer yang serius. Ini adalah antara persediaan yang boleh dilakukan.

Pastikan Keadaan Motor Bersih dan Kemas

Perkara pertama yang patut dilakukan sebelum menjual motosikal ialah memastikan motor bersih dan juga kemas terlebih dahulu. Motor yang bersih mampu memberikan first impression yang lebih baik kepada pembeli. Walaupun nampak seperti perkara kecil, keadaan luaran motosikal boleh mempengaruhi keyakinan buyer terhadap cara motor tersebut dijaga sebelum ini.

Membersihkan motor tak semestinya perlu melakukan detailing yang harga ratusan ringgit. Kadang-kadang, cucian biasa dan membersihkan bahagian yang berhabuk sudah cukup untuk membuat motosikal nampak lebih terurus. Jika ada pelekat lama yang sudah rosak atau aksesori yang nampak uzur, lebih baik untuk menanggalkannya supaya motosikal kelihatan lebih kemas.

Periksa Keadaan Mekanikal Motor

Sebelum menjual motor, cuba pastikan keadaan mekanikal motor berada dalam keadaan baik. Periksa perkara asas seperti tayar, brek, lampu, rantai dan minyak hitam. Jika ada masalah kecil yang boleh diperbaiki dengan kos rendah, lebih baik selesaikan terlebih dahulu sebelum menjual.

Pembeli biasanya lebih yakin apabila motosikal berada dalam keadaan yang boleh terus digunakan tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan selepas membeli. Selain itu, motosikal yang mempunyai keadaan mekanikal baik juga lebih mudah dijual pada harga yang lebih berpatutan.

persediaan jual motor

Semak Harga Pasaran Semasa

Salah satu kesilapan biasa seller ialah meletakkan harga tanpa membuat semakan pasaran terlebih dahulu. Jika harga terlalu tinggi, pembeli mungkin terus mengabaikan iklan tersebut. Tetapi jika terlalu rendah, anda pula mungkin akan rugi.

Sebab itu penting untuk melihat harga motosikal model yang sama di marketplace atau platform motosikal terpakai bagi mendapatkan gambaran market value semasa. Faktor seperti tahun, mileage, keadaan motor dan aksesori tambahan juga boleh mempengaruhi harga jualan.

Sediakan Dokumen Penting Lebih Awal

Ramai seller hanya mula mencari dokumen apabila sudah dapat buyer. Ini kadang-kadang akan melambatkan proses jual beli jika dokumen-dokumen tersebut diletakkan di tempat yang kita sendiri terlupa Sebelum menjual motor, pastikan dokumen seperti geran, insurance dan rekod servis mudah dicari dan lengkap.

Jika motosikal masih mempunyai baki loan pinjaman, semak terlebih dahulu jumlah settlement dengan pihak bank. Ini penting supaya proses pertukaran hak milik menjadi lebih lancar nanti. Buyer biasanya lebih yakin apabila seller nampak bersedia dan tahu proses yang perlu dilakukan ketika ingin menjual motor.

Ambil Gambar Yang Jelas dan Menarik

Gambar memainkan peranan besar dalam menarik perhatian pembeli, terutama untuk jualan online. Pastikan kawasan yang digunakan untuk mengambil gambar motosikal dalam keadaan bersih dan di kawasan yang terang. Cuba ambil gambar dari beberapa sudut seperti depan, belakang, sisi dan bahagian meter.

Jika ada calar atau kecacatan kecil, lebih baik jika ditunjukkan secara jujur. Ini membantu untuk mengelakkan sebarang salah faham apabila buyer datang melihat motor nanti. Gambar yang jelas dan kemas akan membuatkan iklan nampak lebih profesional dan mampu menarik minat ramai potential buyer.

persediaan jual motor

Buang Aksesori atau Barang Peribadi

Sebelum menjual motosikal, pastikan semua barang peribadi dikeluarkan dan ditanggalkan terlebih dahulu. Ini termasuk beg, phone holder, sticker tertentu atau aksesori tambahan yang tidak mahu dijual bersama motor.

Kadang-kadang, motosikal yang terlalu banyak aksesori juga boleh mengecilkan pasaran pembeli kerana tidak semua orang mempunyai citarasa yang sama. Jika mahu jual lebih cepat, keadaan yang lebih clean dan hampir standard biasanya lebih mudah menarik minat ramai buyer.

Pastikan Anda Bersedia Untuk Berurusan Dengan Buyer

Menjual motosikal juga memerlukan komunikasi yang baik dengan pembeli. Bersedia untuk menjawab soalan tentang mileage, servis, penggunaan harian dan keadaan motosikal. Jika anda tahu sejarah motor dengan baik, pembeli juga akan terasa lebih yakin. Selain itu, cuba balas mesej dengan cepat dan jelas supaya buyer tidak terasa untuk beralih kepada seller lain.

Kesimpulan

Persediaan sebelum menjual motosikal sangat penting walaupun ramai yang memandang remeh perkara ini. Motor yang bersih, dokumen lengkap dan harga yang sesuai bukan sahaja membantu menarik pembeli, tetapi juga mempercepatkan proses jualan secara keseluruhan.

Yang paling penting, pastikan anda jujur tentang keadaan motosikal dan bersedia untuk berurusan dengan buyer secara profesional. Dalam pasaran motosikal terpakai, keyakinan pembeli memainkan peranan besar dalam menentukan sama ada motor anda cepat terjual atau tidak.

Namun, jika anda tidak ada masa atau tidak mempunyai keyakinan untuk menjual motor sendiri, Biar iMotorbike settlekan untuk anda. Jika anda berminat untuk jual, beli motor, atau trade in motor anda, boleh datang ke mana-mana cawangan kami atau layari website iMotorbike. 

@imotorbike.my

Jual motor dengan iMotorbike! ✔️ Semua jenis motor diterima ✔️ Inspection on the spot ✔️ Harga terus dapat ✔️ Bayaran cepat Cepat, selamat & tanpa hassle. Klik link di bio atau singgah ke showroom dan Shell Inspection Centre berdekatan. imotorbike

♬ original sound – iMotorbike MY – iMotorbike MY

Related Items2026baruberitaIndustrijual motorKedai MotorLokalmalaysiaSEOUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
May 11, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaIndustrijual motorKedai MotorLokalmalaysiaSEOUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

7 Kali Beli Motor di iMotorbike: Kisah Abang Razlan dan Dunia Motorsikalnya
Hafizh Syahrin Raih Kemenangan ASB1000 di Buriram