• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Yamaha XMAX 250 vs Aveta Nova 250: Premium Berteknologi Tinggi Mana Lebih Berbaloi?

Yamaha XMAX 250 vs Aveta Nova 250: Premium Berteknologi Tinggi Mana Lebih Berbaloi?
Amzar Hazeeq
April 20, 2026

Dua skuter 250cc dengan pendekatan berbeza, satu fokus keselesaan dan refinement, satu lagi hadir dengan harga agresif dan teknologi mengejutkan pasaran.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Pasaran skuter 250cc di Malaysia kini semakin kompetitif dengan kehadiran model baharu yang cuba mencabar dominasi jenama Jepun. Yamaha XMAX 250 sudah lama dikenali sebagai antara maxi scooter paling premium dalam segmennya, menawarkan keselesaan tinggi, build quality yang kukuh, dan pengalaman ride yang memuaskan.

Namun, kemunculan Aveta Nova 250 telah mengubah sedikit pasaran skuter maxi. Dengan harga yang jauh lebih rendah tetapi dilengkapi pelbagai teknologi moden, ramai mula tertanya-tanya sama ada model baharu ini mampu memberikan nilai yang lebih baik berbanding XMAX. Jadi, perbandingan Yamaha XMAX 250 vs Aveta Nova 250 ini akan melihat dengan lebih mendalam dari segi prestasi, teknologi, dan kesesuaian penggunaan harian untuk kesenangan pengguna agar tidak tersalah pilih.

Yamaha XMAX 250 vs Aveta Nova 250

Enjin dan Prestasi

Yamaha XMAX 250

Yamaha XMAX 250 dikuasakan oleh enjin 250cc satu silinder yang terkenal dengan karakter yang sangat smooth dan konsisten. Kuasa yang dihasilkan mungkin tak terlalu agresif, tetapi power deliverynya sangat linear, menjadikannya mudah dikawal terutama dalam trafik bandar dan juga ketika cruising di highway.

Apa yang membezakan XMAX adalah tahap refinement seperti getaran enjin yang minimum dan power delivery yang stabil memberikan pengalaman ride yang lebih premium. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk rider yang sering ulang-alik menggunakan highway atau perjalanan yang lebih panjang.

Aveta Nova 250

Sebaliknya, Aveta Nova 250 hadir dengan enjin 244cc yang secara atas kertas menawarkan kuasa lebih tinggi. Ini memberikan karakter tunggangan yang lebih agresif sedikit, terutama pada pecutan awal dan mid-range. Dalam situasi bandar, Nova terasa lebih responsif dan ringan, sesuai untuk rider yang mahukan pergerakan cepat dalam trafik sesak.

Namun, dari segi refinement, Nova masih ketinggalan sedikit berbanding XMAX. Walaupun prestasinya mencukupi untuk kegunaan harian, pengalaman ride keseluruhan XMAX masih lebih smooth dan stabil, terutama pada kelajuan tinggi.

Yamaha XMAX 250 vs Aveta Nova 250

Features dan Teknologi

Yamaha XMAX 250

Yamaha XMAX 250 hadir dengan pakej teknologi yang serba lengkap. Ia dilengkapi dengan sistem seperti traction control, ABS, keyless ignition, serta paparan TFT yang boleh disambungkan ke telefon pintar melalui aplikasi Yamaha Y-Connect dan Garmin StreetCross.

Semua ini memberikan pengalaman yang lebih premium dan user-friendly, terutama untuk rider yang menghargai kemudahan dan kestabilan sistem. Apa yang menarik, semua fungsi ini beroperasi dengan sangat lancar dan konsisten, mencerminkan tahap kualiti yang tinggi. Semua features yang ditawarkan terasa solid dan boleh dipercayai.

Aveta Nova 250

Aveta Nova 250 pula mengejutkan pasaran dengan jumlah teknologi yang ditawarkan pada harga yang jauh lebih rendah. Ia dilengkapi dengan beberapa features yang sama dengan XMAX seperti skrin TFT, socket USB, keyless ignition, ABS dan Traction Control. Namun apa yang membuatkan skuter ini lebih menarik adalah kerana ia datang dengan TPMS (tyre pressure monitoring system), dan juga dashcam hadapan.

Dari segi value, Nova memang memberikan pakej yang sangat menarik dengan harganya. Namun, dari sudut pengalaman penggunaan jangka panjang, XMAX masih mempunyai kelebihan dari segi kestabilan sistem dan kualiti keseluruhan.

Yamaha XMAX 250 vs Aveta Nova 250

Ergonomik dan Keselesaan Tunggangan

Yamaha XMAX 250

Sebagai sebuah maxi scooter, Yamaha XMAX 250 direka dengan fokus utama kepada keselesaan. Tempat duduk yang luas, position kaki yang lebih santai, serta windshield yang memberikan perlindungan angin menjadikannya sangat sesuai untuk perjalanan jauh. Rider boleh menunggang dalam tempoh yang lama tanpa cepat penat.

Selain itu, berat dan saiz XMAX memberikan kestabilan tambahan, terutama ketika ride di lebuh raya. Ia terasa lebih melekat di jalan, memberikan keyakinan kepada rider walaupun pada kelajuan tinggi.

Aveta Nova 250

Aveta Nova 250 pula lebih terasa kompak dan ringan, menjadikannya lebih mudah dikendalikan dalam trafik bandar. Posisi tunggangan juga lebih mesra pengguna, terutama untuk rider yang lebih rendah atau yang baru beralih ke skuter 250cc.

Namun, dari segi keselesaan jarak jauh, Nova masih belum mampu menandingi tahap keselesaan yang ditawarkan oleh XMAX. Ia lebih sesuai untuk perjalanan pendek hingga sederhana berbanding ride jarak jauh.

Yamaha XMAX 250 vs Aveta Nova 250

Perbandingan Spesifikasi

SpesifikasiYamaha XMAX 250Aveta Nova 250
Enjin250cc244cc
Kuasa22.5 hp25.5 hp
Tork24.3 Nm23 Nm
TransmisiCVTCVT
Suspensi HadapanTelescopic ForkTelescopic Fork
Suspensi BelakangUnit SwingDual Gas-Charged Shock Absober
Brek HadapanHydraulic Single DiscSingle Disc
Brek BelakangHydraulic Single DiscSingle Disc
Ketinggian Seat795 mm774 mm
Berat181 kg165 kg
Kapasiti Tangki Minyak13 Liter12 Liter
Anggaran HargaRM24,888RM14,388

Yamaha XMAX 250 vs Aveta Nova 250

Sesuai untuk Siapa?

Yamaha XMAX 250

Yamaha XMAX 250 adalah pilihan terbaik untuk rider yang mahukan pengalaman premium secara keseluruhan. Ia sesuai untuk mereka yang kerap menggunakan lebuh raya, melakukan perjalanan jauh, atau sekadar mahukan keselesaan maksimum dalam penggunaan harian.

Aveta Nova 250

Aveta Nova 250 pula lebih sesuai untuk rider yang mahukan motosikal dengan nilai tinggi pada harga yang lebih mampu milik. Ia sangat ideal untuk kegunaan bandar, commuting harian, dan bagi mereka yang ingin mendapatkan banyak teknologi tanpa perlu berbelanja besar.

Yamaha XMAX 250 vs Aveta Nova 250

Kesimpulan

Yamaha XMAX 250 masih kekal sebagai benchmark dalam segmen maxi scooter dari segi keselesaan, refinement, dan build quality. Ia mungkin lebih mahal, tetapi pengalaman ride yang ditawarkan jelas mencerminkan harga tersebut.

Namun, Aveta Nova 250 hadir sebagai alternatif yang sangat menarik. Dengan harga yang jauh lebih rendah tetapi menawarkan pelbagai ciri moden, ia membuka peluang kepada lebih ramai rider untuk menikmati skuter 250cc dengan teknologi terkini. Akhirnya, pilihan bergantung kepada keutamaan, sama ada anda mahukan premium experience atau value for money.

Jika anda mencari skuter atau apa-apa jenis motor, ingin jual, atau trade in motor, boleh layari website iMotorbike atau datang ke cawangan iMotorbike berdekatan anda.

Related Items2026avetabaruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliUtamaxmax 250yamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 20, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026avetabaruberitaIndustriKedai MotorLokalmalaysiapanduan pembeliUtamaxmax 250yamaha

More in Berita

SENKE SK400-KG dilancarkan di Malaysia pada harga RM21,800

Hazique ZairillJuly 21, 2026
Read More

WMOTO Griffin 205 Secara Rasmi Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM8,888

Amzar HazeeqJuly 21, 2026
Read More

Top 6 Clearance Bikes Yang Terdapat di iMotorbike Penang

Amzar HazeeqJuly 20, 2026
Read More

Top 6 Clearance Bikes Yang Terdapat di iMotorbike Johor

Amzar HazeeqJuly 17, 2026
Read More

Aprilia Shiver 750 2016 vs Yamaha MT-07 2016: Pertempuran Torque Monster

Amzar HazeeqJuly 17, 2026
Read More

Enjin Inline vs Enjin Boxer: Mana Satu Lebih Baik Untuk Motosikal?

Amzar HazeeqJuly 16, 2026
Read More

Cara Tukar Nama Kenderaan di JPJ: Panduan Lengkap untuk Pembeli dan Penjual

Amzar HazeeqJuly 16, 2026
Read More

Top 5 Sportbike 600cc Terbaik Pada Tahun 2026

Amzar HazeeqJuly 15, 2026
Read More

Hakim Danish Bakal Miliki Tribun Khas di MotoGP Malaysia 2026

Hazique ZairillJuly 14, 2026
Read More

Top 5 Superbike Terbaik di Malaysia Pada Tahun 2026

Amzar HazeeqJuly 14, 2026
Read More

Top 5 Motor Pergi Kerja Yang Terdapat di iMotorbike Penang

Amzar HazeeqJuly 14, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Promosi Mid-Year Sale di Pulau Pinang dan Johor

Hazique ZairillJuly 13, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Top 5 Motor Untuk Student Pada Tahun 2026
    BeritaJune 29, 2026
  • Mat Rempit Berdepan Hukuman Lebih Berat Menerusi Seksyen 42A Baharu
    BeritaJune 29, 2026
  • 6 Motor Naked Terbaik Untuk Dibeli Pada Julai 2026
    BeritaJuly 2, 2026
  • Top 5 Motor Klasik Yang Berbaloi Dimiliki Pada 2026
    BeritaJune 26, 2026
  • Top 6 Skuter Bawah RM10,000 Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaJune 26, 2026
  • SENKE SK400-KG dilancarkan di Malaysia pada harga RM21,800
    BeritaJuly 21, 2026
  • WMOTO Griffin 205 Secara Rasmi Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM8,888
    BeritaJuly 21, 2026
  • Top 6 Clearance Bikes Yang Terdapat di iMotorbike Penang
    BeritaJuly 20, 2026
  • Top 6 Clearance Bikes Yang Terdapat di iMotorbike Johor
    BeritaJuly 17, 2026
  • Aprilia Shiver 750 2016 vs Yamaha MT-07 2016: Pertempuran Torque Monster
    BeritaJuly 17, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

MotoMini Malaysia 2026: Konsep Berpasukan Tingkatkan Profesionalisme Perlumbaan
Yamaha NVX 155 ABS vs Aveta Nova 160 SE: Nampak Sama, Karakter Berbeza
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat