• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Tak Payah Jalan Kaki Lagi! Ini 5 Motor Terbaik Untuk Student 2026

Tak Payah Jalan Kaki Lagi! Ini 5 Motor Terbaik Untuk Student 2026
Amzar Hazeeq
April 13, 2026

Dari sportbike mampu milik hingga skuter harian, ini pilihan motosikal paling praktikal untuk pelajar di Malaysia yang mahu bergerak lebih mudah di kampus dan bandar.

motor terbaik untuk student Malaysia 2026

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Untuk pelajar di Malaysia, motosikal sering menjadi kenderaan utama untuk bergerak setiap hari. Dengan saiz kampus yang besar, jarak antara kolej dan fakulti yang jauh, serta keperluan untuk keluar membeli barang atau bekerja part-time, motosikal menjadi pilihan yang paling praktikal.

Selain menjimatkan masa, motosikal juga membantu mengurangkan keperluan untuk menggunakan pengangkutan awam. Faktor seperti penjimatan minyak, kos penyelenggaraan yang rendah, dan kemudahan parkir menjadikan ia pilihan utama dalam kalangan student.

Jadi, inilah dia 5 motosikal terbaik untuk student tahun 2026 yang sesuai dari segi bajet, kegunaan harian, dan keselesaan yang terdapat di iMotorbike Shah Alam!

motor terbaik untuk student Malaysia 2026

1. Kawasaki Ninja 250: Sportbike Mampu Milik untuk Student Gaya Sporty

Kawasaki Ninja 250 masih menjadi antara sportbike used yang sangat popular dalam kalangan rider muda dan student yang nak upgrade dari kapcai atau motor 150cc. Menuggunakan enjin 250cc parallel-twin, ia memberikan kuasa yang cukup untuk kegunaan harian, termasuk jalan bandar dan highway.

Walaupun ia bukan model baru, Ninja 250 masih relevan kerana keseimbangan antara prestasi dan kawalan yang mudah difahami. Riding position yang sporty tapi tak terlalu ekstrem menjadikannya sesuai untuk student yang mahu rasa “big bike experience” tanpa rasa susah untuk kendalikan. Ia juga sesuai untuk ride hujung minggu atau balik rumah ketika cuti panjang.

motor terbaik untuk student Malaysia 2026

2. Yamaha YZF-R15: Sportbike Ringan & Jimat untuk Harian

Yamaha YZF-R15 adalah sportbike 155cc yang terkenal dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation), memberikan kuasa yang lebih responsif terutama pada RPM tinggi. Ini menjadikannya lebih menyeronokkan berbanding kapcai biasa, tetapi masih jimat minyak untuk kegunaan harian student.

Dari segi penggunaan, R15 sangat sesuai untuk mereka yang mahu motor sporty tetapi masih praktikal untuk ulang-alik kampus. Beratnya yang ringan dan handling yang mudah membuatkan ia senang dikawal dalam trafik bandar. Selain itu, reka bentuknya yang agresif juga menjadi tarikan utama bagi student yang mahukan gaya lebih “sporty”.

motor terbaik untuk student Malaysia 2026

3. Yamaha 135LC: Kapcai Legend untuk Student Bajet Rendah

Yamaha 135LC sudah lama dikenali sebagai antara kapcai paling reliable di Malaysia, terutama dalam kalangan pelajar dan pekerja harian. Dengan enjin 135cc, ia menawarkan kuasa yang mencukupi untuk perjalanan dalam bandar, sambil mengekalkan penggunaan minyak yang sangat jimat.

Kelebihan utama 135LC adalah kos maintenance yang rendah dan alat ganti yang mudah didapati di mana-mana. Ia juga ringan dan sangat mudah dikawal, menjadikannya sesuai untuk student yang baru belajar menunggang atau yang mahukan motor tak banyak ragam untuk kegunaan harian.

motor terbaik untuk student Malaysia 2026

4. Yamaha Ego Avantiz: Skuter Ringkas untuk Hidup Kampus Lebih Mudah

Yamaha Ego Avantiz adalah skuter 125cc yang direka untuk kegunaan harian yang sangat praktikal. Tanpa clutch dan gear manual, ia menjadikan tunggangan lebih mudah terutama untuk student yang perlu bergerak dalam kampus atau dalam trafik di luar kampus yang sering sesak.

Selain itu, saiznya yang kompak memudahkan parking dan lalu di kawasan sempit. Ada juga ruang simpanan bawah seat untuk memudahkan bawa beg atau barangan. Walaupun tak terlalu power, Ego Avantiz cukup untuk perjalanan harian seperti pergi kelas, hostel, atau kedai-kedai berdekatan. Ia juga jimat minyak dan sangat sesuai untuk penggunaan harian yang ringan.

motor terbaik untuk student Malaysia 2026

5. Honda Vario 160: Skuter Modern & Lebih Selesa untuk Student Aktif

Honda Vario 160 adalah skuter yang lebih premium, menawarkan enjin eSP+ yang lebih berkuasa dan smooth berbanding skuter 125cc biasa. Ini menjadikannya sesuai untuk student yang selalu bergerak lebih jauh atau mahukan banyak sikit power dalam tunggangan harian.

Selain prestasi, Vario 160 juga menawarkan keselesaan yang lebih baik dengan ruang simpanan bawah seat yang luas dan posisi tunggangan yang sangat ergonomik. Reka bentuknya juga lebih moden dan sporty, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan student yang mahu gabungan gaya, keselesaan dan praktikaliti.

Kesimpulan

Pemilihan motosikal untuk student sangat bergantung kepada bajet, gaya hidup, dan keperluan harian. Jika anda mahukan pengalaman sportbike, Ninja 250 dan R15 adalah pilihan menarik. Jika fokus anda lebih kepada praktikaliti dan penjimatan, 135LC, Ego Avantiz, dan Vario 160 lebih sesuai.

Apa pun pilihan anda, motosikal yang betul boleh membantu menjadikan kehidupan sebagai student lebih mudah, cepat, dan efisien terutama untuk pergerakan harian di kampus dan bandar. Motor-motor dalam senarai ini ready stock di showroom kami. Jika anda berminat, boleh layari website iMotorbike atau boleh datang ke showroom kami pada hari ini.

Related Items2026baruberitaHondaIndustrikawasakiKedai MotorLokalmalaysiaMotor studentUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 13, 2026
Amzar Hazeeq

There is always emotion behind every twist of the throttle.

Related Items2026baruberitaHondaIndustrikawasakiKedai MotorLokalmalaysiaMotor studentUtamayamaha

More in Berita

Izan Guevara Sertai MotoGP Prima Pramac Yamaha Untuk Musim 2027

Amzar HazeeqAugust 28, 2026
Read More

Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Terakhir Ogos 2026 di iMotorbike

Hazique ZairillAugust 28, 2026
Read More

Cara Pilih Helmet Yang Sesuai Dengan Bentuk Kepala

Amzar HazeeqAugust 28, 2026
Read More

Yamaha YZF-R2 Dilancarkan di India

Hazique ZairillAugust 28, 2026
Read More

Cara Menjaga Motosikal Anda: 5 Tips Penting Setiap Rider Kena Tahu

Amzar HazeeqAugust 28, 2026
Read More

Litar Sepang Ditutup Sementara Untuk Naik Taraf

Amzar HazeeqAugust 26, 2026
Read More

Top 5 Motor untuk Female Rider yang Rendah dan Pendek

Hazique ZairillAugust 26, 2026
Read More

83 Pelumba Dari 17 Negara Buru Gelaran Kejuaraan Moto4 Asia 2027 

Hazique ZairillAugust 26, 2026
Read More

RCB Day 2026 Himpun Lebih 2,500 Pengunjung

Hazique ZairillAugust 26, 2026
Read More

iMotorbike Lancar Merdeka Promo dengan Diskaun Sehingga RM690

Hazique ZairillAugust 24, 2026
Read More

Apa Itu NCD Insurans? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqAugust 24, 2026
Read More

Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 Kini Rasmi di Malaysia

Hazique ZairillAugust 24, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MForce Sekali Lagi Panggil Balik QJMotor AX200S
    BeritaAugust 18, 2026
  • 5 Perkara yang Perlu Diperiksa Sebelum Menunggang Motosikal 
    BeritaAugust 10, 2026
  • Top 5 Motor Pilihan Bulan Ogos di iMotorbike
    BeritaAugust 6, 2026
  • iMotorbike Merdeka Ride Kembali Ogos Ini dengan Perjalanan yang Lebih Besar dan Tujuan yang Lebih Bermakna
    BeritaAugust 4, 2026
  • RXZ Members 8.0 Pecah Rekod 200,000 Peserta
    BeritaAugust 3, 2026
  • Izan Guevara Sertai MotoGP Prima Pramac Yamaha Untuk Musim 2027
    BeritaAugust 28, 2026
  • Promo Hangat Minggu Ini: Minggu Terakhir Ogos 2026 di iMotorbike
    BeritaAugust 28, 2026
  • Cara Pilih Helmet Yang Sesuai Dengan Bentuk Kepala
    BeritaAugust 28, 2026
  • Yamaha YZF-R2 Dilancarkan di India
    BeritaAugust 28, 2026
  • Cara Menjaga Motosikal Anda: 5 Tips Penting Setiap Rider Kena Tahu
    BeritaAugust 28, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

MODENAS Kembali ke Malaysian Cub Prix 2026 dengan Z15GT
ARRC 2026 Sepang: Kasma Daniel Raih Kemenangan Race 2
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat