• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Royal Alloy Gran Turismo Dilancarkan di Malaysia, Harga Bermula RM9,800

Royal Alloy Gran Turismo Dilancarkan di Malaysia, Harga Bermula RM9,800
Hazique Zairill
April 27, 2026

Royal Alloy Gran Turismo, Sebuah Skuter gaya klasik dengan teknologi moden ditawarkan dalam varian 125S dan 160S.

Royal Alloy Gran Turismo

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Royal Alloy secara rasmi memperkenalkan Gran Turismo 2026 ke pasaran Malaysia, menambah pilihan baharu dalam segmen skuter dengan gabungan reka bentuk klasik dan ciri moden.

Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 125S pada harga RM9,800 dan 160S pada harga RM12,800, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin satu silinder, empat injap, penyejukan cecair. Varian 125S hadir dengan enjin 124 cc yang menghasilkan 13.14 hp pada 8,500 rpm dan 12 Nm tork pada 6,500 rpm. Manakala varian 160S menggunakan enjin 158 cc dengan kuasa 16.9 hp pada 8,500 rpm dan 13.5 Nm tork pada 5,500 rpm.

Royal Alloy Gran Turismo
Gran Turismo 160S

Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui transmisi CVT bersama pacuan tali sawat, memberikan tunggangan yang lancar dan mudah dikendalikan di kawasan bandar.

Gran Turismo menggunakan roda bersaiz 12 inci dengan tayar 120/70 di hadapan dan belakang. Suspensi terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang.

Sistem brek pula menggunakan cakera hidraulik tunggal di hadapan dan belakang dengan diameter 220 mm, lengkap dengan ABS dua saluran sebagai ciri standard. Dari segi berat, 125S seberat 145 kg, manakala 160S pula 152 kg. Kedua-duanya mempunyai ketinggian tempat duduk 750 mm dan tangki bahan api berkapasiti 9 liter, sesuai untuk kegunaan harian.

Royal Alloy Gran Turismo
Gran Turismo 125S

Skuter ini dilengkapi dengan paparan TFT berwarna yang menyokong sambungan telefon pintar melalui fungsi mirroring, serta sistem kunci pintar (keyless). Untuk varian 160S, ia turut hadir dengan kamera DVR hadapan dan lampu LED DRL, menambah elemen keselamatan dan gaya. Ruang simpanan bawah tempat duduk juga disediakan, cukup untuk memuatkan topi keledar jenis open-face.

Gran Turismo 125S ditawarkan dalam warna Matte Silver, Pink dan Ivory, manakala 160S hadir dengan pilihan Meteorite Grey, Lemon Yellow dan Dark Jade. Kedua-dua model kini boleh didapati di semua pengedar sah Royal Alloy di seluruh Malaysia, dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km terhadap kecacatan pengilangan.

Dengan gabungan gaya retro dan teknologi moden, Royal Alloy Gran Turismo tampil sebagai pilihan menarik bagi penunggang yang mencari skuter praktikal dengan identiti tersendiri.

Related Items125S160S2026baruberitamalaysiaroyal alloyUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 27, 2026
Hazique Zairill

Related Items125S160S2026baruberitamalaysiaroyal alloyUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

EZI Ray 01 Kini Di Malaysia Pada Harga Mampu Milik Dengan Rebat Mforce
SPORTEC 01 dan SPORTEC 01 RS: Rangkaian Baharu Metzeler untuk Jalan Raya dan Trek