• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Operasi Bersepadu KL: 7 Ditahan, 98 Motosikal Disita

Operasi Bersepadu KL: 7 Ditahan, 98 Motosikal Disita
Hazique Zairill
April 20, 2026

Polis keluarkan 751 saman dalam Ops Mabuk, Op Motosikal dan Op Samseng Jalanan sepanjang malam.

Operasi Bersepadu KL

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Sebanyak 98 motosikal disita manakala 751 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu besar-besaran yang dijalankan sekitar ibu negara pada Ahad lalu 19 April, bermula jam 10 malam hingga 7 pagi.

Memetik laporan Berita RTM, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, operasi tersebut melibatkan pemeriksaan ke atas 750 motosikal dan 80 kereta.

Menurut beliau, seramai tujuh individu ditahan sepanjang operasi dijalankan, termasuk kes berkaitan penyalahgunaan dadah dan pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Operasi Bersepadu KL
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa.

“Dua individu ditahan selepas didapati positif methamphetamine, tiga lagi kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, selain dua penunggang motosikal atas kesalahan lain,” katanya.

Tambah beliau, antara kesalahan lain yang dikesan termasuk pengubahsuaian motosikal yang tidak mengikut spesifikasi, seperti tiada sistem brek, serta kes mengubah suai nombor pendaftaran.

“Salah satu tangkapan dibuat di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengubah suai nombor pendaftaran dengan meletakkan gambar,” jelasnya.

Operasi bersepadu ini dijalankan di beberapa lokasi utama termasuk Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Plaza Tol Sentul Pasar Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Jalan Pantai Baharu.

Pihak polis turut mengambil tindakan dengan mengepung kawasan di Jalan Tun Razak yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti “mat rempit” untuk berlumba serta melakukan aksi berbahaya.

Operasi Bersepadu KL
PIX: Facebook/@PolisKL

Dalam operasi tersebut, terdapat penunggang yang cuba melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus, namun berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa.

“Dalam keadaan kelam-kabut, ada yang cuba melarikan diri, namun kecekapan pihak polis berjaya menghalang cubaan tersebut dan semua yang ditahan telah diperiksa,” katanya.

Operasi ini turut melibatkan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Antidadah Kebangsaan serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Operasi bersepadu ini menunjukkan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti samseng jalanan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya di ibu negara terus terjamin.

Related Items2026baruberitakuala lumpurmalaysiaOperasi BersepadupdrmpolistrafikUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 20, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitakuala lumpurmalaysiaOperasi BersepadupdrmpolistrafikUtama

More in Berita

CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  

Hazique ZairillOctober 29, 2026
Read More

MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan

Amzar HazeeqOctober 29, 2026
Read More

Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Amzar HazeeqOctober 28, 2026
Read More

Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Diambil Kira Ketika Beli Glove Motosikal

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Kenapa Motor Bau Hangit? Jangan Abaikan Tanda-tanda Ni

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Evolusi Kawasaki Z650: Perbandingan Model 2017, 2023 dan 2026

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Yamaha Memperkenalkan Model MT-125 Tahun 2027

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

MForce Serah Enam Motosikal kepada PDRM JSPT untuk Ujian

Amzar HazeeqOctober 27, 2026
Read More

Top 5 Motor Untuk Gaji RM4,000

Amzar HazeeqOctober 26, 2026
Read More

Jenis Minyak Hitam Motor: Mana Satu Sesuai Untuk Motor Anda?

Amzar HazeeqOctober 23, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • ZXMOTO 500RR Tiba di Malaysia Penyerahan Unit Bermula
    BeritaOctober 2, 2026
  • Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 
    BeritaOctober 6, 2026
  • Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual
    BeritaOctober 6, 2026
  • MotoGP Malaysia: 80 Peratus Tiket Habis Dijual
    BeritaOctober 12, 2026
  • Kenapa Rider Malaysia Suka Yamaha YZF-R15?
    BeritaOctober 2, 2026
  • CelcomDigi, ZK Racing Bekerjasama Cungkil Pelumba Muda  
    BeritaOctober 29, 2026
  • MotoGP Malaysia 2026 Di Sepang: Jadual Lengkap Tiga Hari Perlumbaan
    BeritaOctober 29, 2026
  • Hakim Danish Sasar Aksi Terbaik di GP Malaysia 2026
    BeritaOctober 28, 2026
  • Motor Hilang? Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat
    BeritaOctober 28, 2026
  • Apa Yang Mekanik Akan Check Bila Servis Motor?
    BeritaOctober 27, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Morbidelli F252 Rasmi Masuk Segmen Street Fighter 250cc di Malaysia
QJMotor Berlumba di Assen, Lepasi Halangan Homologasi