• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Keeway RKR250 Tiba di Pasaran Malaysia 

Keeway RKR250 Tiba di Pasaran Malaysia 
Hazique Zairill
April 20, 2026

Sportbike keluaran RKR250 menggunakan dua silinder yang mampu milik tampil dengan ciri moden, rekaan ringan dan teknologi terkini.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Mforce Bike Holdings secara rasmi memperkenalkan Keeway RKR250 di pasaran Malaysia, menawarkan pilihan menarik dalam segmen sportbike 250cc pada harga RM13,888, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Model ini kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia selepas dipratonton lebih awal ketika acara Top 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign yang berlangsung di Zhejiang, China pada November tahun lalu.

RKR250 dikuasakan oleh enjin 249.3cc dua silinder, DOHC, penyejukan cecair, yang menghasilkan 31.5 hp pada 10,500 rpm dan 22.5 Nm tork pada 9,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang, menggunakan gear enam kelajuan yang dilengkapi slipper clutch serta pacuan rantai.

Motosikal ini direka dengan berat hanya 130 kg, menjadikannya sesuai untuk penunggang baharu dan pertengahan. Ketinggian tempat duduk 770 mm. RKR250 menggunakan rim 17 inci dengan tayar 110/70 di hadapan dan 150/60 di belakang, manakala tangki bahan api berkapasiti 12 liter memastikan jarak perjalanan yang praktikal untuk kegunaan harian dan tunggangan hujung minggu.

Suspensi hadapan menggunakan fork teleskopik 40 mm dengan jarak pergerakan 100 mm, manakala bahagian belakang dilengkapi monoshock boleh laras dengan jarak 42.5 mm. Sistem brek terdiri daripada kaliper radial tunggal 4-piston depan dan belakang, dengan cakera hadapan berdiameter 320 mm bersama, serta kaliper brek 1-piston belakang dengan cakera brek 240mm. Ia juga turut disokong oleh ABS dua saluran sebagai ciri keselamatan standard.

Keeway RKR250 dilengkapi dengan paparan TFT-LCD bersaiz 5 inci untuk maklumat tunggangan. Turut disediakan ialah port pengecas USB Type-A dan Type-C bagi kemudahan mengecas peranti ketika menunggang. 

Antara bantuan elektronik yang ditawarkan termasuk, Kawalan Traksi (TCS) boleh laras, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), ABS dua saluran dan Bluetooth connectivity. Model ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Night Black dan Flame Red, serta hadir dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km terhadap kecacatan pembuatan.

Dengan gabungan prestasi enjin dua silinder, ciri moden dan harga yang kompetitif, Keeway RKR250 2026 dilihat sebagai antara pesaing kuat dalam segmen sportbike permulaan di Malaysia.

Related Items2026250ccbaruberitaKeewaymalaysiaMforce Bike Holding Sdn BhdsportbikeUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
April 20, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026250ccbaruberitaKeewaymalaysiaMforce Bike Holding Sdn BhdsportbikeUtama

More in Berita

Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia

Amzar HazeeqOctober 9, 2026
Read More

Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika

Amzar HazeeqOctober 8, 2026
Read More

[PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[PENANG] Review Brixton BX150: Gaya Retro Klasik Untuk Kegunaan Harian

Hazique ZairillOctober 7, 2026
Read More

[JOHOR] SYM Husky 150 Review: Gaya Adventure Dengan Keselesaan Harian

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

[JOHOR] Yamaha YZF-R15 Review: Sportbike Kecil Dengan Jiwa Besar

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Samseng Jalanan, Mat Rempit Bakal Berdepan Hukuman Lebih Berat 

Hazique ZairillOctober 6, 2026
Read More

Cara Tukar Nama Motor di Malaysia: Panduan Lengkap Untuk Pembeli dan Penjual

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Hakim Danish Bangkit Raih Mata Berharga di GP Jepun

Amzar HazeeqOctober 6, 2026
Read More

Punca Motosikal Rosak Tengah Jalan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqOctober 5, 2026
Read More
Scroll for more
Tap
@imotorbike.my
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MODENAS Z15GT Kini Hadir Dengan Warna dan Naik Taraf Komponen Baharu
    BeritaSeptember 10, 2026
  • ZXMOTO Rasmi Masuki Pasaran Malaysia Dengan Tiga Model Baharu
    BeritaSeptember 15, 2026
  • 6 Motor Bulanan Bawah RM200 di iMotorbike
    BeritaSeptember 22, 2026
  • ZXMOTO 500RR vs CFMOTO 500SR VOOM: Pertarungan Sportbike 500cc 4-Dapur
    BeritaSeptember 10, 2026
  • Honda E-Clutch Diperluas kepada Honda NX500, CB750 dan Transalp di Malaysia
    BeritaSeptember 11, 2026
  • Honda ADV350 vs Zontes 368G: Perbandingan Dua Skuter Adventure Moden
    BeritaOctober 9, 2026
  • Kenapa Enjin Motor Cepat Panas? 5 Punca Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaOctober 9, 2026
  • Hakim Danish Sedia Bangkit di GP Indonesia
    BeritaOctober 9, 2026
  • Pelumba Moto4 Negara Sasar Kebangkitan di Mandalika
    BeritaOctober 8, 2026
  • [PENANG] Review Yamaha NMAX 155: Pilihan Skuter Harian Terbaik 
    BeritaOctober 7, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Che Sayang Kitchen Taja 4R Racing Team dalam MotoMini Malaysia 2026
Morbidelli F252 Rasmi Masuk Segmen Street Fighter 250cc di Malaysia