• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • CSR Programme
  • Loan Calculator
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Tips Balik Kampung Ride Motosikal: Panduan Penting Untuk Perjalanan Lebih Selamat

Tips Balik Kampung Ride Motosikal: Panduan Penting Untuk Perjalanan Lebih Selamat
Hazique Zairill
March 12, 2026

Nak ride balik kampung musim raya? Ini beberapa tips penting supaya perjalanan lebih selamat dan lancar.

Balik Kampung Ride Motosikal

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Musim perayaan memang sinonim dengan perjalanan balik kampung. Ada yang naik kereta, ada yang naik bas dan ada juga yang balik naik flight. Tapi, tak lupa juga yang ride naik motor balik kampung pun ramai. 

Bagi penunggang motosikal, ride jarak jauh untuk pulang beraya atau bertemu keluarga memang ada keseronokannya tersendiri. Angin jalanan, suasana lebuhraya yang meriah, dapat elak jammed yang lama dan paling get konvoi dengan kawan-kawan,  semua ni jadi pengalaman yang sukar dilupakan. 

Tapi sebelum mula perjalanan, ada beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian supaya perjalanan lebih selamat dan selesa. Jom kita tengok dekat bawah. 

Periksa Keadaan Motosikal Terlebih Dahulu

    Sebelum bergerak jauh, pastikan motosikal berada dalam keadaan terbaik. Keadaan motosikal amatlah penting kerana perjalanan yang jauh boleh menjadi sesuatu yang sangat mencabar jika perkara yang tidak diingini berlaku. Macam manusia juga, kita ingin diri kita sihat sentiasa dan fit dari segi fizikal dan mental untuk tempuh perjalanan yang jauh. Begitu juga dengan jentera kenderaan kita. 

    So, periksa minyak enjin, keadaan rantai, brek, tayar dan lampu. Jika tayar sudah botak atau tekanan angin tidak mencukupi, lebih baik tukar atau isi angin terlebih dahulu. Langkah kecil ini boleh mengelakkan masalah besar ketika di tengah perjalanan. 

    Rancang Perjalanan Dengan Baik

      Rancang perjalanan adalah sangat penting. Jangan terus ride tanpa perancangan. Kita mesti kena semak laluan, kira anggaran masa perjalanan dan cari tahu senarai lokasi hentian rehat seperti R&R atau stesen minyak. 

      Planning ni memang kena sebab kita tidak tahu apa bakal terjadi ketika di lebuhraya. Sentiasa lah membuat backup plan jika terjadi sesuatu. Jika perjalanan jauh, cuba berhenti setiap satu atau dua jam untuk berehat seketika supaya badan tidak terlalu letih. 

      Pakai Kelengkapan Keselamatan Lengkap

        Walaupun cuaca panas, jangan abaikan gear keselamatan. Inilah salah satu perkara yang ramai orang tidak ambil berat. Helmet yang baik, visor yang sesuai, riding gloves, jaket riding dan kasut yang sesuai untuk riding sangat penting untuk perlindungan. Selain itu, gear yang betul juga boleh mengurangkan keletihan ketika ride jauh. Tak lupa juga baju hujan dan peralatan yang kalis air. 

        Bawa Barang Secukupnya Sahaja

          Elakkan membawa terlalu banyak barang sehingga membebankan motosikal. Gunakan beg yang sesuai seperti tail bag atau side bag dan pastikan semua barang diikat dengan kemas supaya tidak mengganggu keseimbangan ketika menunggang. 

          Janganlah membebankan diri sendiri dengan membawa barang yang banyak dah tidak sepatutnya. Buat pilihan yang betul dan kalau boleh, pasang box di motor anda agar lagi mudah untuk simpan barang. 

          Ride Dengan Santai dan Jangan Terburu-buru

            Perjalanan balik kampung bukan perlumbaan. Jadi ride secara santai, ikut had laju dan sentiasa peka dengan keadaan jalan raya. Jika cuaca hujan atau trafik padat, lebih baik perlahankan kelajuan dan kekalkan jarak selamat dengan kenderaan lain. 

            Akhir sekali, yang paling penting adalah sampai dengan selamat. Balik kampung dengan motosikal memang satu pengalaman yang seronok, tetapi keselamatan tetap nombor satu. Selamat menunggang dan selamat sampai ke destinasi. Dengan itu kami ucapkan selamat hari raya Aidilfitri! Nak cari motor atau jual motosikal anda? Datang je ke showroom iMotorbike yang terdekat!

            Related Items2026baruberitaducatihari rayaHondamalaysiaRide MotorUtamayamaha
            To read the full story
            login with google
            login with facebook
            or
            Create an account for free
            This won't cost you.
            by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
            Already have an account? Sign in here
            Click here to get notified on every new article
            Berita
            March 12, 2026
            Hazique Zairill

            Related Items2026baruberitaducatihari rayaHondamalaysiaRide MotorUtamayamaha

            More in Berita

            Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi

            Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
            Read More

            Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai

            Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
            Read More

            Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike

            Hazique ZairillSeptember 18, 2026
            Read More

            Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale

            Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
            Read More

            Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?

            Amzar HazeeqSeptember 18, 2026
            Read More

            iMotorbike Motor Day Sale Kembali Dengan Diskaun RM5,500

            Hazique ZairillSeptember 17, 2026
            Read More

            ZXMoto 500RR vs Kawasaki Ninja ZX-4RR: Pendatang Baharu atau Jenama Ternama?

            Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
            Read More

            5 Tanda Bateri Motosikal Anda Akan Habis

            Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
            Read More

            Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Cemerlang di GP Austria

            Amzar HazeeqSeptember 17, 2026
            Read More

            Kawasaki Ninja H2 2027 Kembali dengan Enjin Euro 5+

            Hazique ZairillSeptember 17, 2026
            Read More

            5 Motor Untuk Kerja Jauh di iMotorbike

            Amzar HazeeqSeptember 15, 2026
            Read More

            4 Tanda Motor Korang Dah Sampai Masa Tukar Minyak Hitam

            Hazique ZairillSeptember 15, 2026
            Read More
            Scroll for more
            Tap
            @imotorbike.my
            • Popular

            • Latest

            • Comments

            • Top 5 Motor untuk Female Rider yang Rendah dan Pendek
              BeritaAugust 26, 2026
            • MForce Umum Penarikan Balik Keeway XDV 180 Evo
              BeritaAugust 24, 2026
            • Brixton Moucca 250, ARIIC Touch 250 Kini Rasmi di Malaysia
              BeritaAugust 24, 2026
            • Review Honda CBR250RR 2026: Sportbike 250cc Paling Bagus?
              BeritaAugust 21, 2026
            • iMotorbike Lancar Merdeka Promo dengan Diskaun Sehingga RM690
              BeritaAugust 24, 2026
            • Top 5 Motosikal Sesuai Untuk Orang Tinggi
              BeritaSeptember 18, 2026
            • Jangan Percaya Bulat-Bulat! 5 Mitos Tentang Motosikal Terpakai
              BeritaSeptember 18, 2026
            • Promosi Hangat Minggu Ini: Minggu Ketiga September 2026 di iMotorbike
              BeritaSeptember 18, 2026
            • Championship on the Line as MotoMini Malaysia 2026 Hits Season Finale
              BeritaSeptember 18, 2026
            • Quickshifter: Perlu Ke Untuk Kegunaan Harian?
              BeritaSeptember 18, 2026
            • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

              […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

            • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

              […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

            Corporate

            About Us
            Terms of Use
            Privacy Policy
            Disclosure Policy
            Contact Us
            SUBSCRIBE NOW!

            2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

            JPJ Melancarkan Aplikasi JPJvBid Untuk Lelongan Kenderaan Rampasan
            Tekanan Angin Tayar Motor: Kenapa Ramai Penunggang Masih Abaikan?

            iMotorbike Promotion

            Express Service from RM49

            Limited-time price for first-time Express Service customers:

            • Kapcai & scooter, 150cc and below First-time Express Service customers, Standard Package only Until 30 Sep 2026
            Book Express Service
            • Eneos oil change + OEM oil filter included
            • Full bike inspection before you ride off

            Or call us: 013-833 3259

            View full terms

            *Terms and conditions apply. Standard Package, 150cc and below, first-time customers only.